Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pening, Menggigil, Tak Larat

Pagi semalam, bangun ok lagi. Tapi bila nak turun rumah, rasa pening, menggigil, tak larat. Lemah je. Risau pengsan tengah jalan je. Ajak Harraz temankan ke klinik memandangkan kebetulan sekolah kebangsaan cuti peristiwa. Jalan nak ke klinik pun pegang je tangan si bujang. Risu jatuh tengah jalan je. Masa tu pukul 9 pagi lebih. Ramainya orang kat klinik. Tapi masuk je la. Sebab x tengok pula klinik lagi satu ramai ke x. Biasanya jenguk dulu dari luar klinik mana yg x ramai orang. Demam, Batuk, Selesema Kebanyakannya pun sakit sama. Demam, batuk, selesema. Musim kan sekarang ni. Musim influenza juga. Sha berjangkit dr Harraz. Jumaat lepa dah tak selesa tekak manakala Harraz demam Jumaat tu. Tapi Sha p kerja Jumaat tu. Tinggal dia sorang2 kat rumah. Pagi tu ayahnya bawa p klinik ambil ubat dan MC klinik sama juga. Pukul 12 tengah hari lebih mama balik teman dia sampai 2.40 petang. Tinggal kejap je lagipun dia tidur. Suhu dah turun lepas makan ubat. Kalau jadi pape jiran2 ada. Boleh minta...

Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil

Usaha tidak pernah mengkhianati hasil Kisahnya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil mengenai Sha masuk kerja kat tempat baru. Kerja yang sama cuma tempat sahaja yang berbeza. Tempat berbeza, bos lain, kawan-kawan baru. Cabarannya, data diorang carca-merba. Serabut. Memang Sha pening. Benda simple pun duk atas, tengah, tepi, kiri kanan. Bayangkanlah. Ikutkan ikut je seperti cetakan dari sistem sahaja. Dia punya pusing macam ni, siapa je tak pening. Sha susun balik elok-elok. Teringat pasal kisah Musang Berjanggut yang kena asingkan rempah ratus, gula dan garam. Begitulah Sha rasa time tu. Sha tak buang apa-apa. Malah susun bagi cantik. Siap dengan total lagi. Senang nak tengok. Settle tu, Sha rasa lega sesangat sebab bulan depan nak buat laporan, dah tak perlu nak pening-pening lagi. Settle satu bab. Bab peruntukan, perbelanjaan dan baki buat Sha pening juga. Lama juga pening.  Oh ya, dokumen untuk rujukan Sha limited. Dengan banyak lagi kerja lain nak kena buat. Memang tak boleh nak ...

Hari Pertama Anak-Anak Tidur Di Bilik Sendiri

Katil double decker 15 September 2025 - Hari pertama untuk anak-anak mama tidur di bilik sendiri. Harraz lulus, cuma dia minta teman sehingga dia tidur. Good boy. Hana je tengah malam datang cari mama. Tapi dia ajak tidur bilik sebelah dan bukannya nak tidur di bilik mama. Alhamdulillah.. Biasalah tu. Mula2 memang rasa begitu sebab tak biasa. Mama pun rasa lain sebab tak pernah berpisah tidur dengan Hana. Dia kalau mama xde je, mula la mencari mana mama. Moga2 esok lusa berjaya la tu nak tidur sendiri. Sebelum ini sudah lama perancangan nak pisah tidur. Tapi Hana masih menyusu badan dan Harraz time tu la dia tengok cerita hantu. Memang takutlah. Kali ini pula, kami kemas-kemas bilik. Ubah katil, sarungkan cadar. Bagitau anak-anak supaya tidur di situ. Itu bilik diorang. Sambutannya, diorang seronok. Alhamdulillah. Update: mama pula suka lepak atas katil tu. Sampai tertidurlah. Hahaha. Ingat nak teman Hana tidur sahaja, sekali mama pun mengantuk.  Siangnya mama tidur tengah hari di atas...

Pengalaman Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri Semasa Belajar

Belajar Dalam umur yang makin menua, aku tetiba teringat akan sesuatu. Pengalaman bagaimana memotivasikan diri sendiri semasa belajar. Aku rasa tak pernah ceritakan hal ini. Tau tak, dulu kan.. Masa aku masih di bangku sekolah menengah, kena siapkan kerja sekolah hingga habis, di tengah malam yang sunyi. Familiku pula semuanya telah hanyut diulik lena. Tinggal aku keseorangan yang perlu bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah. Motivasiku untuk melawan malas dan takut (hantu) adalah dengan berfikir, tentu ada abang dan kakak di Universiti Utara Malaysia (UUM) sana sedang belajar sampai tengah malam sepertiku juga. Aku yakin itu. Kira seperti aku sama-sama belajar dengan mereka. Dan ya, semasa nak exam, memang kami (aku juga pelajar UUM setelah tamat sekolah menengah) akan studi sehingga larut malam. Sesekali menyiapkan assignment sehingga tengah malam kerana esok sudah mahu hantar. Pengalaman lain pula, masih ku ingat.. Semasa hampir peperiksaan UPSR, aku berkata kepada diriku. Aku ku...

Tebuan Masuk Bilik

Tebuan Tengah duk santai2 tengah hari tadi, ada tebuan masuk bilik. Dah halau. Dalam 5 minit dia masuk balik sebab Sha dengar kuat buzzzz dia tu. Halau2 dia x nak keluar. Ingatkan bukan tebuan. Sekali google keluarga tebuan, la betul tebuan rupanya. Sebab warnanya oren. Sha biasa jumpa warna kuning. Dah la besar kira-kira 3 inci juga la panjangnya. Biasa jumpa yang 1 inci sahaja. Tu pun rasanya dah lama tak jumpa tebuan. Nampak macam dia nak buat sarang kat langsir jendela, duk terbang pusing-pusing situ. Dia masuk keluar tingkap. Gaya nak tutup, dia masuk balik. Syukurlah berjaya halau.. Terus tutup tingkap.

Tutorial Cara Belanja Orang Di Negara Lain Guna Aplikasi Grab

Kali ini aku nak kongsikan tutorial bagaimana cara untuk belanja orang di negara lain menggunakan aplikasi Grab. Ramai sangat yang masih tidak tahu caranya walaupun sudah banyak orang buat tutorial. Jadi aku ambil ruang dan peluang ini untuk mengajar korang pula. Sebagaimana yang ramai maklum, demonstrasi di Indonesia yang besar-besaran telah melumpuhkan ekonomi rakyat yang bergantung kepada penghantaran online. Jadi, rakyat Malaysia dan beberapa negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand membantu memberi makanan kepada rakyat Indonesia. Mereka berkata, pemimpin mereka sendiri tidak peduli sama rakyat. Tapi rakyat negara lain yang lebih caring . Biasalah awak.. Pemimpin ni kadang tak nampak dan sedar kecuali diri sendiri dan keluarga terdekat yang kena, baru dia terjaga. Ok, jom kita belajar tutorial cara belanja makan kepada saudara jauh kita di Indonesia. 1. Buka Grab. Klik Food. Kalau xde, cari sampai jumpa di All. Grab food deliver to 2. Klik Deliver To 3. Klik bendera di t...

Kisah Membeli Barang Kemas Yang Tak Berapa Mahal

Barang kemas yang tak berapa mahal (sekadar gambar hiasan) Kisah membeli barang kemas yang tak berapa mahal. Kali ini, kisah berkisar pasal nak beli barang kemas untuk perhiasan diri. Cantik dipakai, naik harga diri. Gitu.. Skroll fb ternampak kedai international jewellery : Tiffany.co . Telan liur nampak harganya. Bukan emas 916 pun tapi mahal nak mamp.. Then masuk kedai cikai-cikai.. Harga b40 ok la. Titanium steel . Kira ok la. Harga pun bawah 80 ringgit. Lepas tu, tengok emas preloved. Ada juga kedai jual sama je harga dengan harga emas baru. Eh? Better go for the brand new! Korang, sebenarnya emas preloved tu maknanya dia emas tulen, 916. Tapi dia murah disebabkan oleh telah dipakai oleh orang lain dan tiada upah tukang emas. Emas itu tetap asli. Mungkin kena basuh sikit la. Gilap kasi naik warnanya. Kalau bernasib baik dapat koleksi klasik yang tinggi nilainya. Sha pun suka emas klasik. Rasa begitu Melayu sekali. Gitu.. Dan.. Of course ada jual emas korea tapi claim emas 916. Tak...

Kemalangan Bas Ngeri Pelajar UPSI Di Gerik,Perak

Al-Fatihah untuk semua mangsa kemalangan Kemalangan bas ngeri pelajar UPSI di Gerik,Perak memang tular. Ramai yang berduka dan tak kurang juga menyuarakan pendapat masing-masing. Pengalaman menaiki bas. Masa belajar di UUM dulu, ada seorang driver bas UUM berkongsi pengalaman.. Kurus2, sawo matang, muka dia ada iras pelakon drama Melayu. Pak cik bawa bas UUM yang Sha naik tak la laju dan tak la perlahan. Biasa sahaja. Berhemah kata orang. Dia pernah bawa lori dan bas. Bas ni katanya lebih dia takut sebab bawa banyak nyawa orang. Lebih berhati-hati. Banyak nyawa.  Dia pernah kena trip ganti orang ke apa, x ingat dah, ke Kelantan. Dia bawa macam biasa la. Tapi penumpang tegur, pak cik tak biasa bawa laluan Pantai Timur ya? Sebab apa, sebab tak laju. Lor, penumpang pula komplen bila bawa biasa-biasa je. Diorang nak laju. Ambil sekolah, lape. Sha pun ada tanya kawan2 orang Kelantan, bas memang bawa laju ke. Dia kata ya. Kalau bawa slow, diorang yang akan tegur pemandu. Nak laju. Tahun ni ...

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Usaha ibarat bahagian kek Aku pelik dengan manusia yang cemburu dengan hasil usaha orang lain. Orang lain bayarkan 30 peratus dari keseluruhan bahagian daging korban pun dia nak cemburu. Padahal dia tak keluarkan satu sen pun. Balik ke kampung menyambut hari raya pun tidak. Apabila ditanya, katanya dia tak ada duit. Pelik! Gaji kalau campur dua laki bini rasanya lima angka. Iya, aku tahu besar periuk besar lah keraknya. Aku akan tetap pelik sebab duit banyak, pandai-pandailah uruskan duit. Orang kata kalau tak pandai pun tak apa sebab duit banyak lagi untuk teruskan hidup. Ya, aku akui nak balik kampung perlu biaya yang besar. Macam aku nak balik kampung kena sediakan RM1000. Aku boleh balik beraya di kampung setahun sekali sahaja. Sebab aku gaji kecil. Cuma untuk kerja sekarang, Alhamdulillah nampaknya boleh aku kumpul atau setengah dari gaji untuk simpan. Tapi tak boleh simpan pun sebab aku kena bayar PTPTN. Tinggal sikit sahaja lagi. Ikutkan nak bayar sampai habis. Ye la, dari berpu...

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur

Pengalaman perit masa lalu Alhamdulillah aku ni dah tak ada nak merungut dalam menempuh ranjau liku-liku hidup. Mungkin disebabkan pengalaman perit masa lalu membuatkan ku lebih bersyukur. Kemiskinan macam mana yang belum aku tempuh? Ya, miskin tapi syukur Alhamdulillah belum papa kedana. Pernah bergaji harian RM30, bergaji bulanan RM500 sebulan, itu pun dah cukup bersyukur kerana ada juga kerja bergaji, boleh tanggung diri sendiri. Pernah menggangur setahun selepas tamat belajar. Alhamdulillah, ada rezeki bayar Unifi masa tu RM79 sebulan kalau tak silap. Tak ingat dah. Lama sudah berlalu. Empat bulan juga la mampu bayar. Duit yang ada buat beli pad. Makan minum ibu bapa tanggung. Tu la kan, ada je rezeki kat mana-mana. Ulat dalam batu pun boleh hidup. Ada lagi beberapa masalah yang bagiku terlalu peribadi untuk diceritakan secara terbuka. Biarlah ku pendam dan kunci rapat permasalahan atau pun duri ranjau yang aku lalui dalam hidupku. Berumahtangga Apabila berumahtangga lain pula per...

Anda Peminat Teh? Ada Bahaya Menanti

Secawan teh panas Anda peminat teh dan kerap minum teh? Percayakah anda jika ada yang berpendapat teh lebih bahaya menanti berbanding kuali Telfon? Ada dakwaan secawan teh menghasilkan 11.6 billion zarah mikroplastik masuk terus ke dalam badan. Ramai yang tanya: "Kalau peralatan masak bahaya, macam mana pulak dengan tea bag yang kita minum setiap hari?" Jawapannya lebih menakutkan. Kajian dari McGill University, Kanada, mendapati satu tea bag plastik biasa boleh melepaskan sehingga 11.6 billion zarah mikroplastik dan 3.1 billion zarah nanoplastik ke dalam secawan air panas. 11.6 billion. Bukan million. BILLION. Itu bermakna setiap kali anda rendam tea bag dalam air panas, anda sebenarnya sedang minum 'sup plastik' yang dipenuhi dengan berbillion zarah plastik yang tak nampak mata. Kenapa tea bag jadi lebih bahaya daripada kuali nonstick? Para penyelidik menjelaskan bahawa air panas tu macam pencetus kepada tea bag plastik. Bila suhu tinggi, struktur molekul plastik ja...

Nak ikut diet Orang Putih ke Diet Melayu je?

Nak ikut diet Orang Putih ke Diet Melayu je? Ha, jom kita baca penjelasan di bawah. Let's check it out! Orang kita ni suka sangat ikut cara mat saleh. Gaya hidup, pakaian, tingkahlaku dan macam-macam lagi. Dalam diet pun tak terkecuali. Antaranya : 1️⃣ Mat saleh suka buat keto sebab nasi bukan makanan ruji mereka, kita sibuk nak ikut. Padahal, bila diet nak makan nasi pun boleh. Orang paling panjang jangka hayat di dunia iaitu dari Okinawa, Jepun jadikan nasi serta keledek sebagai makanan utama. 2️⃣ Mat saleh suka buat Intermittent Fasting sebab puasa Islam bukan cara mereka, kita sibuk nak ikut. Padahal, bila diet puasa buat cara yang diajar dalam Islam dapat manfaat yang sama berbonuskan pahala lagi.   3️⃣ Mat saleh suka makan salad dan ikan salmon sebab mudah serta murah di sana, kita pun sibuk nak ikut. Padahal, sayur seperti kangkung, terung dan bendi jauh lebih berkhasiat, tinggi serat dan murah dari salad. Bukan itu sahaja, ikan kembung pun menang dari segala sudut berbandi...

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Buku pink hamil Kedegilan ibu hamil yang berbahaya bikin doktor stress. Sedikit stress ya semalam tengok kes ibu hamil. Ini antara kes-kesnya. 🔹 Kes 1: 34 tahun perempuan, stroke bulan 11 2024 dengan lemah badan belah kiri. Punca? Darah tinggi & kencing manis yang tak terkawal, degil tak mahu makan ubat. Doktor nasihatkan untuk ambil perancang, tapi pesakit menolak, konon nak merancang sendiri - coitus interruptus @ pancut luar. Cuba teka apa yang jadi? Datang balik lepas raya, mengandung 11 minggu Haa tepuk ! 🤦🏻‍♂️ Suami terlebih s@ng@p. Bini stroke lumpuh separuh badan pun dia kerjakan sampai mengandung. Suruh merancang tak nak. Nanti siapa nak jaga anak & bini dalam keadaan macam ni? Suami ke? Entah-entah suami lari cari perempuan lain 🤭 🔹 Kes 2: Established DM, maknanya dah ada Kencing Manis sejak sebelum mengandung. Default follow up berkali-kali. HbA1C tidak pernah terkawal, last 10.1%. 18 tahun tunggu nak ada anak. Alhamdulillah kali ini mengandung pada usia 40 tahu...

Ketupat Palas In The Making!

Ketupat palas Ketupat palas in the making! Riang hati tak terkata. Ketupat palas ini makanan raya orang sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Raya baru ni, Hana minat betul makan ketupat. Kita makan nasi untuk makan tengah hari dan makan malam, dia asyik nak makan ketupat je. Sampai ke raya berapa dia masih makan ketupat. Ikut bapaknya la ni. Suka makan ketupat. Mama x layan ketupat time raya. Dah habis raya, mulalah nak cari ketupat 😅😂

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya

Open House Jamuan Raya Cara kira kuantiti berapa banyak untuk open house jamuan raya. Ramai orang cari topik ini kan? Jom baca. “Nak Buat Open House Tapi Tak Tahu Nak Masak Berapa Banyak? Ini Sukatan Untuk 30-50 Orang!” Aku selalu dapat soalan nak kena masak berapa banyak kalau tetamu sekian sekian.Bagi mereka yang mahir tak jadi masalah, bagi beginner ni mereka tak tahu.Jadi aku share serba sikit panduan bagi mereka yang nak buat open house @ makan makan secara kecil-kecilan (30-50 orang) 1. Nasi (Putih / Minyak / Arab) • 1 orang: ½ cawan beras (±90g) • 20 orang: ±2 kg beras • 50 orang: ±5 kg beras 1kg beras dapat 3kg nasi, kalau kamu buat banyak menu, 1kg beras boleh makan 10-18 orang.Kalau menu kamu nasi jer, boleh makan 10 orang! ⸻ 2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng) • 1 orang: 1 ketul sederhana • 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12) • 50 orang: 5 ekor ayam kalau ayam tu kecik gandakan,kalau ayam tu 2kg dah ngamla,dan tengok juga ada menu lain tak.Kalau takda menu lain...

Terjah Rumah Orang Untuk Beraya?

Raya Terjah rumah orang untuk datang beraya? Okay ke? Ikutkan tak de siapa akan ok sebab banyak aspek yang perlu diambil kira. Lain la 24/7 dia memang siap sedia berkhidmat. Budaya dalam keluarga kami kalau nak datang rumah siapa-siapa memang akan beritahu, (atau tanya) dulu tuan rumah. Inform pulak bukan masa dah on the way   (otw), but wayyy before. Even masa raya pun, kita akan buat confirmation dulu sebelum datang beraya. NO TERJAH - TERJAH ⛔ 1. Pertama, paling penting kita nak pastikan tuan rumah tak ada hal penting lain nak buat. Tuan rumah tengah tenang² dan lapang untuk didatangi tetamu. 2. Kedua, supaya tuan rumah boleh bersedia secara fizikal dan mental. Mungkin rumah tengah bersepah lepas anak² main, dia nak kemas dulu ruang yang sesuai untuk tetamu.  Mungkin tak ada makanan, dia nak prepare dulu juadah untuk tetamu. At least pun, sempat beli bahan-bahan dulu in case tak cukup bahan. Mungkin tengah penat baru siap sesuatu kerja, dia nak ambik masa rehat sekejap sebelum b...

Rupanya Kena Demam Campak

Rupanya kena demam campak. Anak Sha, Hana kena campak. Pagi ni, dekat pukul 8 baru perasan. Terus bawa p klinik. Doktor bagi kuarantin 2 minggu dari hari ini 7hb sampai 20.3.2025. Sebab suami Sha x pernah kena lg campak. Kang berjangkit dengan dia, x balik kg beraya pula. Sha pernah kena campak, jadi doktor cakap xkan kena dah. Sha akan bg ubat lajukan keluar campak anak. Jadi kuarantin seminggu sahaja lah, insya-Allah. Sha ni dah la banyak kerja, bersusun2. Dah la kawan Sha baru je cuti bersalin sejak kelmarin. Sha la kena ambil alih tugasnya. Dah tu, hari pertama ambil alih, ada 2 kerja besar turun ke batu jemala patik. Semalam pula, 1 lagi tugasan besar sudah dapat kelulusan. Seminggu bekerja ni, semalam je teman kawan ke bawah, tengok jualan Ramadhan. Sebabnya dia xde kawan nak turun. Kesian juga kat dia. Seminggu ni Sha tak turun sebab kerja banyak. Setiap hari bekerja dalam bulan puasa ni, busy dia sama je. Ingatkan slow sikit kerja. No, same je. Mungkin Allah nak bagi Sha rehat ...

Berjaya Pujuk Suami Shopping Baju Raya

Berjaya pujuk suami shopping baju raya. Dari minggu lepas lagi dah ajak si dia singgah sini. Tapi sibuk katanya. Nak hujan la. Bermacam-macam alasan. Hari ini, last minute planning berjaya. Tu pun, Sha kena tunggu lama juga. Beli brand ni bukan sebab viral yang guna duta tapi sebab pernah beli brand ni, puas hati. Pakai banyak tahun pun kekal herlok lagi. Cantik lagi. Harga pun marhaen mampu. Itu yang kita cari. Dulu beli kat Shopee je. Sekarang kedai Shopee nya dah macam x menjual di situ. Ada jual kat Tiktok. Tapi entahla, rasa lebih suka datang tengok sendiri. Suami sibuk cakap, kena bawa Harraz datang sini. Sha cakap, settle kan awak dulu. Awak penting. Harraz tak apa. Lepas tu, dia sibuk nak bawa Hana juga. Cantik-cantik baju sini katanya. Baju wanita pada Sha ada yang cantik. Ada yang kurang berkenan. Memang cantik semua tapi Sha la ada yang kurang kenan sikit. Citarasa masing2 kan. Cuma material kain macam brocade tu best . Sha pernah ada baju material sama. Rasa mahal. Balik t...

Diet Langkah Pertama Ialah Elak Air Manis

Diet langkah pertama ialah elakkan air manis. Ya, agak sukar bagi orang yang terbiasa minum manis setiap hari. Nak turun berat badan tak? Kalau nak, terpaksalah berkorban minum manis. Ini makanan 31 Januari 2025. Nasi separuh, ulam bendi celur + sambal belacan, hati dan tengkok ayam masak kicap dan ikan keli goreng. Akhirnya, sampai jua ke hari terakhir bulan Januari yang mana cukup 1 bulan bermula 1st of January 2025, Sha elakkan minum air manis. Mula-mula sekali, tak order air manis melalui aplikasi rider makanan walaupun rasa alahai teringinnya. Sha juga tak beli juga air manis waktu pagi masa masuk kerja. Biasanya setiap hari atau selang sehari akan beli air manis waktu pagi bersama sarapan nasi goreng atau nasi lemak atau spageti. Ada sekali makan di luar dengan kawan, Sha order set sekali air manis. Tapi dah janji nak bagi kat dia sebab Sha tak minum air manis. Air tu duk depan mata, rasa nak grab je. Aduhai, dugaan.. Mujurlah boleh bertahan. Ada sekali suami beli air coke. Dah a...

Tak Dapat Period Selepas Suntikan Depo Provera?

“Dr Imelda, kenapa selepas suntikan depo provera sebagai kaedah merancang keluarga, saya tak dapat period?” Terlalu ramai netizen tanya soalan ini. Mai chek nak habaq. Jika chek beri anda semua ilmu pengetahuan percuma, syaratnya ialah anda semua gunakan ilmu pengetahuan ini untuk tambah ilmu secara am saja. JANGAN MINTA CONSULTANCY PERUBATAN ATAU PENDAPAT PERUBATAN PERIBADI DI RUANG KOMEN. Sebab chek tak buat clinic di media sosial. Anda yang ada masalah tentang merancang keluarga pergilah ke klinik berjumpa doktor dan jangan tanya di media sosial. Jika anda post soalan tentang masalah peribadi di ruang komen dan acik bawang mai jawab soalan anda di sini.  Chek akan delete terus tau, sebab chek tak mahu menggalakkan budaya acik bawang tak bertauliah cuba menjawab soalan perubatan dan cuba jadi doktor dengan alasan ‘ilmu Allah ini luas’ padahal dia tak ada ilmu tetapi bersangka dia ada ilmu, kemudian bagi jawapan yang salah di laman chek. Penat chek nak delete nanti. Janganlah menyusah...

Open Tracker