Langkau ke kandungan utama

Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil


Usaha tidak pernah mengkhianati hasil

Kisahnya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil mengenai Sha masuk kerja kat tempat baru. Kerja yang sama cuma tempat sahaja yang berbeza. Tempat berbeza, bos lain, kawan-kawan baru.

Cabarannya, data diorang carca-merba. Serabut. Memang Sha pening. Benda simple pun duk atas, tengah, tepi, kiri kanan. Bayangkanlah. Ikutkan ikut je seperti cetakan dari sistem sahaja. Dia punya pusing macam ni, siapa je tak pening. Sha susun balik elok-elok.

Teringat pasal kisah Musang Berjanggut yang kena asingkan rempah ratus, gula dan garam. Begitulah Sha rasa time tu. Sha tak buang apa-apa. Malah susun bagi cantik. Siap dengan total lagi. Senang nak tengok. Settle tu, Sha rasa lega sesangat sebab bulan depan nak buat laporan, dah tak perlu nak pening-pening lagi. Settle satu bab.

Bab peruntukan, perbelanjaan dan baki buat Sha pening juga. Lama juga pening. 

Oh ya, dokumen untuk rujukan Sha limited. Dengan banyak lagi kerja lain nak kena buat. Memang tak boleh nak fokus yang ini sahajalah.

Walaupun ada kerja lain yang kena didahulukan, Sha tetap buat kira-kira kewangan ini. Iyalah, kalau tinggal terus tak berjalan pula kerja. Padahal semua kerja kena settle.

Kalau malas, dah lama Sha tinggalkan sahaja biar data berserabut begitu. Bab dokumentasi pun gagal ni. Tak ada dokumen apa-apa dalam fail. Bila dah jumpa sikit-sikit dokumen, Sha simpan dan gunakan untuk data.

Alhamdulillah, finally kan, terjawab sudah.. Lepas dah pening-pening. Siap buat kudratik la. Ko ada? Walaupun Sha ni tak pandai sangat matematik tapi boleh la disebabkan keperluan nak memahami betul ke Sha kira tu.

Bersungguh-sungguh Sha cari jawapan.

Kadang-kadang tu kita dah buat terbaik. Dah mencuba segala segi untuk merungkaikan jawapannya tetap buntu, tersangkut di skala 5. Eh! 😊

Tapi tadi, dah jumpa jawapannya. Jawapan sudah muncul. Syukur sangat. Settle dah kerja.

Jumpa yang betul. Syukur.. Settle.

Take it easy. Allah akan bantu kalau betul2 kita nak. Usaha. Tawakal. Doa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker