Kejam, dirogol Sha ada baca berkenan dirogol yang kecoh di media masa. Katanya, dia dalam keadaan berpantang melahirkan anak. Saya dirogol, bagaimana saya nak dapatkan bukti (medikal report)? Dia mahu dapatkan pembelaan undang-undang. Berikut adalah ulasan dari pakar perubatan. SAYA DIROGOL, BAGAIMANA SAYA NAK DAPATKAN BUKTI(MEDICAL REPORT)? Pertama, saya zahirkan simpati saya pada saudari. Semoga dizahirkan kebenaran buat saudari dan pelaku diberi pembalasan atas perbuatannya. Kedua, bagi kes saudari, sebaiknya saudari buat laporan polis terlebih dahulu. Di balai polis, pegawai polis akan ambil keterangan dari saudari untuk rekod polis. Kemudian, polis pengiring akan mengiringi saudari ke hospital . Jangan bimbang, polis yang mengiringi tidak berpakaian uniform jadi saudari tidak perlu malu. Di hospital, anda akan dibawa ke bilik OSCC( One Stop Crisis Centre) dan akan dirawat oleh Doktor di dalam bilik tersebut bagi menjaga privacy anda. Bilik tersebut hanya ada : 1. Saudari 2. Se...