Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makanan

Faktor Ketagihan Laksa Utara, Menu Yang Sentiasa Sedap untuk Dimakan

Laksa Kedah Faktor yang menyebabkan kami teringin sangat makan dan makan laksa berkali-kali tanpa rasa jemu. Boleh juga digambarkan sebagai faktor yang menyebabkan ketagihan laksa utara yang tanpa jemu.  1. Laksa Utara memang sedap dan menyelerakan Urat laksa yang putih bersih dan lembut, melentuk di dalam mangkuk, ulam-ulaman dan disajikan bersama kuah ikan segar dan manis rasa isi ikannya, telur rebus elok terhidang dengan aroma daun kesom dan bunga kantan membangkitkan nafsu makan yang membuak-buak. 2. Perantauan Berada di perantauan ini (walaupun bukan di luar negara) akan rindu kepada masakan tanah tempat tumpah darahku ini. Kawan-kawan dan adik-beradik, dan orang Utara yang berada di perantauan akan berkongsi tentang momen mereka 'mengena' laksa, di media sosial. Pergh, memang terliur terus. Rasa nak meleleh air liur. Hehe~ 3. Tak kira masa Aku berasal dari Kedah. Kami orang Kedah akan makan laksa tak kira masa, pagi ke petang ke malam ke. Masa raya dan sek...

Lima Masakan Menu Terbaik Malaysia Paling Sedap

Malaysia merupakan syurga makanan. Cakap sahaja mahu makanan yang macam mana, semua ada. Nak dengan tak nak sahaja. Kali ini aku bawa korang melihat makanan yang superb sedap yang tidak dapat dinafikan lagi kelazatannya bagi bumi Malaysia. Mee kari Mee kuning Kuah kari dengan dimasukkan kacang panjang dan bebola ikan. Memang superb. Sedap hingga menjilat jari. Laksa Utara Laksa putih diperbuat daripada tepung beras. kuahnya diperbuat daripada isi ikan tamban, kembung atau selayang. Rasa isi ikan segar yang manis itu menyedapkan kuah. Juga dimasukkan bunga kantan, cili padi, cili kering, Laksa Penang dan Laksa Kedah adalah berbeza dari segi warna kerana Laksa Penang tidak menggunakan cili kering dan telur rebus untuk dimakan bersama. Laksa dimakan dengan ulam-ulam (mengikut negeri. Kalau negeri Utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, ulamnya ialah timun, bawang besar, cili padi, daun putat atau gajus. Manakala bagi negeri lain yang juga membuat Laksa Penang, menggunakan timun, baw...

Open Tracker