Langkau ke kandungan utama

Diet Langkah Pertama Ialah Elak Air Manis



Diet langkah pertama ialah elakkan air manis. Ya, agak sukar bagi orang yang terbiasa minum manis setiap hari. Nak turun berat badan tak? Kalau nak, terpaksalah berkorban minum manis.

Ini makanan 31 Januari 2025.
Nasi separuh, ulam bendi celur + sambal belacan, hati dan tengkok ayam masak kicap dan ikan keli goreng.

Akhirnya, sampai jua ke hari terakhir bulan Januari yang mana cukup 1 bulan bermula 1st of January 2025, Sha elakkan minum air manis.

Mula-mula sekali, tak order air manis melalui aplikasi rider makanan walaupun rasa alahai teringinnya.

Sha juga tak beli juga air manis waktu pagi masa masuk kerja. Biasanya setiap hari atau selang sehari akan beli air manis waktu pagi bersama sarapan nasi goreng atau nasi lemak atau spageti.

Ada sekali makan di luar dengan kawan, Sha order set sekali air manis. Tapi dah janji nak bagi kat dia sebab Sha tak minum air manis. Air tu duk depan mata, rasa nak grab je. Aduhai, dugaan.. Mujurlah boleh bertahan.

Ada sekali suami beli air coke. Dah ambil minum. Masa air dalam mulut baru teringat sekarang tengah on diet elak air manis. Terus Sha pi luah kat sinki.

Maka, dari 65kg tak turun-turun, jadi 63kg. Turun 2kg hanya dengan elak air manis sahaja.

Orang kata nak lagi cepat kena brisk walk 10 langkah setiap hari.

Sha ni santai-santai je dulu. Ikutkan kena buat diet suku suku separuh. Sha baru duk cuba cuba minta nasi separuh di kafeteria tempat kerja. Tapi kat rumah, melantak nasi banyak juga tambah-tambah bila lauk sedap.

Tapi kan, ada kemungkinan juga Sha cepat turun berat badan sebab batuk dari 18hb Jan membawa hingga ke sekarang. Mungkin la kan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker