Langkau ke kandungan utama

Tutorial Cara Belanja Orang Di Negara Lain Guna Aplikasi Grab

Kali ini aku nak kongsikan tutorial bagaimana cara untuk belanja orang di negara lain menggunakan aplikasi Grab. Ramai sangat yang masih tidak tahu caranya walaupun sudah banyak orang buat tutorial. Jadi aku ambil ruang dan peluang ini untuk mengajar korang pula.

Sebagaimana yang ramai maklum, demonstrasi di Indonesia yang besar-besaran telah melumpuhkan ekonomi rakyat yang bergantung kepada penghantaran online. Jadi, rakyat Malaysia dan beberapa negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand membantu memberi makanan kepada rakyat Indonesia. Mereka berkata, pemimpin mereka sendiri tidak peduli sama rakyat. Tapi rakyat negara lain yang lebih caring.

Biasalah awak.. Pemimpin ni kadang tak nampak dan sedar kecuali diri sendiri dan keluarga terdekat yang kena, baru dia terjaga.

Ok, jom kita belajar tutorial cara belanja makan kepada saudara jauh kita di Indonesia.




1. Buka Grab. Klik Food.
Kalau xde, cari sampai jumpa di All.


Grab food deliver to
2. Klik Deliver To



3. Klik bendera di tepi tu



4. Klik bendera Malaysia 



5. Klik bendera Indonesia 



6. Taip atau pilih sahaja bandar yang diingini. Contohnya Jakarta 




7. Ramai yang suggest pilih Halal.
Boleh juga terus pilih Traktir Driver. Tapi kalau nak buat surprise, tak payah pilih Traktir Driver.

8. Pilihlah makanan yang bersesuaian. Pilihan untuk memasukkan sekali cultery (sudu, garfu, copstik, dll) untuk memudahkan mereka makan terus.

9. Pembayaran adalah menggunakan credit card atau debit card dalam RP Rupiah Indonesia. Kalau nak tau berapa, boleh google.com check berapa sebenarnya dalam duit kita. Boleh check currency converter 

10. Tunggu sehingga mesej driver available. Mesejlah bagitahu tak usah hantar dan makan sendiri atau bagi kepad kawan-kawan. Jangan lupa bagitau dari Malaysia supaya nama kita harum. Eh, tiber!

Settle. 

Ada perbalahan yang mengatakan bahawa kenapa perlu kita belanja / sedekah / derma kepada mereka sedangkan boleh bantu di dalam negara sendiri dahulu? Tak salah nak buat baik. Lagipun mereka sangat memerlukan. Tambahan pula kita bukannya selalu pun memberi, sekali sekala kepada mereka. 

Kita simpati dengan keadaan mereka sekarang. Ketidakseimbangan ekonomi. 

Bangkit dan cepat pulih Indonesia. Kita nak berebut claim batik dan rendang lagi.. Tak best la 'abang' tengah sakit sekarang. 'Adik' sedia menolong 😭




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker