Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita Negara

Kecoh Betul Sambutan Merdeka Sebab Payung Terjun

payung terjun Kecoh betul Sambutan Merdeka pada tahun ini. Bebaru ini, aku ada menonton rakaman live Hari Merdeka. Ternyata, kita ada penerjun tepat yang sangat hebat.  Biasa duk dengar penembak tepat sahaja. Penerjun tepat lagilah power, sebab kena tahu tempat sasaran yang perlu turun dan kena pandai kawal payung terjun supaya pergi ke arah itu.  Arah angin dan tiupan angin pun kena tahu juga. Setahu aku, tiada sebarang alat yang mengawal seperti remote control . Betulkan aku jika tersalah info. Aku sudah pernah lihat mereka terjun, berkali-kali. Sejak umur kecil lagi kerana arwah ayah membawa aku dan adik-beradik ke Hari Terbuka Tentera Udara yang menyaksikan pertunjukan payung terjun. Kali ini dilakukan oleh Komando Polis Vat 69 yang digeruni ramai kerana ketangkasan dan kebijaksanaan melaksanakan tugas. Terima kasih singgah sini.

Kronologi Malaysia Menang Ke Atas tuntutan Kesultanan Sulu! Lega Penduduk Sabah

Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah, Malaysia Malaysia menang ke atas tuntutan Kesultanan Sulu! (Kronologi). Alhamdulillah, kita terima berita yang menggembirakan semua. Sesungguhnya, berita ini melegakan hati banyak pihak terutamanya penduduk Sabah.  Hal ini kerana pihak Sultan Sulu dan Filifina telah beberapa tahun kebelakangan ini asyik membuat provokasi yang tidak sesuai dan mengundahkan hati Borneo. Peristiwa Penting Peristiwa yang besar ialah mereka berani membuat tuntutan ke atas dua buah syarikat Petronas di luar negara kerana adanya peristiwa Ketua Hakim Negara, Tommy Thomas pada masa itu menulis surat dan berjanji untuk membayar berserta tunggakan dengan interest dengan implikasi kewangan yang besar (Tunggakan dari tahun 2013 hingga 2019 sebanyak RM48,300 .  Pada tahun 2013, Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Najib Razak menghentikan pembayaran tahunan sebanyak RM5,300 setahun kerana Sultan Sulu telah menceroboh dan menyerang Lahad Datu, Sabah. Kronologi...

1.2 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Dalam CCRIS

Seramai 1.2 juta peminjam PTPTN disenarai hitam dalam CCRIS, bermula semalam iaitu 24 April 2016. Fuh, ramainya yang tak mampu nak bayar balik pinjaman pelajaran. Kalau buat macam MARA okay juga, dapat diskaun berdasarkan kelas pointer kita. BUKIT MERTAJAM - Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain. "Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain. "Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ...

Me'nate Steak Hub Berbaloi dengan Harganya, Sila Bawa Duit Secukupnya

Setiap ketulan daging yang dipotong mempunyai saiz dan bentuk hampir sama. Kisah Mustafa si Pemotong Daging DI dalam bilik yang bersuhu di bawah aras beku, tangan kanannya cekap memegang sebilah pisau sambil memotong ketulan daging. Setiap kepingan daging yang dipotong mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama. Hampir setiap hari, pisau dan pengasah menjadi teman setia Mustaffa Othman, 61, sepanjang menjadi pemotong daging sejak tiga dekad lalu. Dek minatnya yang mendalam terhadap daging telah membawa lelaki ini merantau ke kota London, England. Di London, dia mendalami ilmu berkaitan pengurusan daging, sekali gus bergelar sebagai Master Butcher (pakar daging). Menurut pemilik Restoran Me’nate Steak Hub, kesusahan keluarganya pada masa lalu terutamanya tidak mampu membeli daging kecuali mengharap ihsan orang dan sumbangan pada hari raya korban menyebabkan dia begitu meminati daging. “Saya suka daging dan sanggup merantau ke Eropah bagi menambah penge...

GST Malaysia 1 April 2015 dan Penerangan Senang Faham

  cukai GST Malaysia Government Service Tax (GST) atau lebih dikenali dengan Goods and Service Tax (GST) sudah lama menjadi angan-angan kerajaan untuk dilaksanakan di Malaysia kini bakal menjadi kenyataan apabila akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tarikh ini sudah lama dipilih iaitu kira-kira lebih setahun dari tanggal perlaksanaan GST. Semenjak dari itu, kerajaan menggunakan medium   iklan untuk mempromosikan niat kerajaan itu. Sebenarnya, GST enam peratus (6%) yang disyorkan akan mengakibatkan barang lebih murah kerana diskaun sebanyak 0.06 peratus. Namun, apa yang dikesali ialah ia dinaikkan sebanyak 6%. Maknanya, bukan GST 6% tetapi tambahan cukai untuk semua barang yang berjumlah 6%. Contohnya, top up kredit telefon bimbit sekarang ini berharga RM10 akan menjadi RM10.60 apabila GST dilaksanakan, bukannya menjadi RM9.40. Justeru, dapat disimpulkan bahawa terdapat tambahan cukai sebanyak 6%. Bagi pengeluaran wang menggunakan mesin ATM pula, caj ta...

Open Tracker