Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bundle

Soalan Yang Paling Tak Suka Nak Jawab Pasal Niaga Bundle

Penat tau tak nak menjawab soalan yang entah apa-apa dari korang. Ya, tak tahu, tanya tapi tak semua perkara boleh ditanya begitu sahaja. Korang kena jaga adab juga.  First of all , korang kena tahu juga apakah yang korang nak tanya tu nampak sangat kebudak-budakan ke tidak.  Second , kena tahu siapa yang korang nak tanya tu. Korang jangan ingat kalau dia dah kongsikan kat blog, maknanya dia tu dah tokey bundle. Nak bale itu ini. Tanya kat mana nak selam bundle. Ini yang paling banyak ditanya. Ko nak selam bundle, kang aku cakap kat Thailand, Jepun, Korea, Amerika, ko ada duit ke nak datang.. Dah nak selam bundle, mestilah kat kedai bundle. Kat kedai yang korang pergi tu tak ada buat selam bundle? Ha, pi la kat kedai yang ada buat selam bundle. Tak payah nak tanya aku, bukannya ada senarai atau persatuan pun bundle ni, nak kasi tau kat korang semua. Belajar-belajar lah cari sendiri. Semua benda nak kena suap ek? Basic nak berjaya dalam dunia bundle ni bukannya tanya orang. tap...

TIPS ADAB MEMBELI ONLINE BUNDLE YANG PERLU ANDA TAHU

Sekarang ini usahawan bundle telah berkembang dengan meluasnya. Kita boleh tengok ramainya usahawan bundle yang berniaga barangan bundle di setiap saluran perniagaan seperti Shopee, Instagram (IG), facebook (FB) dan sebagainya. Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat tips adab dalam membeli barangan bundle secara online?  Kalau anda seorang yang betul-betul bertanggung jawab dan mudah cara, ia mungkin anda tidak perlu tahu kerana anda sendiri telah menggunapakai dan memudahkan serta menyenangkan hati para penjual bundle. Sha pun, secara peribadi tidak mengetahui apakah adab yang perlu amalkan apabila membeli bundle. tetapi melalui pengalaman berkawan dengan para penjual bundle dan Sha juga seorang penjual bundle, keluh kesah golongan bundle ini adalah sama sahaja bila berhadapan dengan pembeli. 1. Book dan bayar Perkara ini adalah tanggungjawab pembeli. Pandai book, sila jelaskan pembayaran dalam masa 24 jam. Atau ikut  2. Check barang yang sudah dipos ...

Eleh, Bundle Branded2 Pun Made In China Jugak

'Eleh, bundle branded2 pun made in china jugak'. Hello, mindset gini boleh blah jauh2. Nah. Sila baca dan hadam. Koran biasa dengar tak, barang tu datang dari US (Amerika Syarikat), tapi bila belek-belak balik tag buatan dia, ada tertulis “Made In China”, “Made In Indonesia”, “Made In Bangladesh” dan macam-macam lagi negara dan bukan US. Susah juga sebenarnya kalau nak jumpa tag made in US ni. Betul tak? Kalau di Malaysia, kebanyakan barang yang made in China ni selalunya barang tiruan atau barang branded yang kualitinya jauh lebih rendah. Malah, kadang-kadang orang panggil barang cap ayam a.k.a ayam brand. Tapi bukan ikan sardin cap ayam tu ye. Kang salah konsep pula. Hihi. Ok, berbalik barang daripada US tadi, sebenarnya tiada masalah dengan barang tersebut. Barang-barang branded seperti pakaian, hand bag, kasut, pinggan mangkuk dan sebagainya kebanyakan diperbuat di luar Amerika. Kenapa Jadi Macam Ini ? Sebenarnya pihak pengilang produk dari US se...

Nak Niaga? Ini Details Car Boot Sale Bandar Seri Putra (CBS BSP)

Jadual tarikh CBS Ini merupakan details Car Boot Sale Bandar Seri Putra (CBS BSP) merupakan tapak perniagaan yang paling laris di Malaysia. Bermula pada pukul 7.00 pagi lagi pelanggan mula datang dan sehingga pukul 1.00 petang. Kepada pembaca yang dihormati, Kami selalu mendapat mesej dan pertanyaan yang sama setiap kali makluman baru diterbitkan. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, berikut adalah soalan-soalan lazim yang cuba dijawab untuk mereka yang berminat untuk sertai Car Boot Sale Bandar Seri Putra (CBS BSP). 1. BAGAIMANA NAK DAFTAR, BOOKING TEMPAT, PILIH TAPAK? Tiada pendaftaran, booking , tempahan atau pilih tapak. Lot tapak tertakluk kepada “First Come Basis” . Tiada istilah “bulan lepas tapak ni aku punya, jadi ini tempat aku” . Jika anda datang awal anda boleh terus pilin tempat, parking dengan betul dan mulakan berniaga dengan senyuman. 2. BAYARAN YANG DIKENAKAN DAN DIMANA NAK BAYAR? Bayaran setiap lot tapak untuk sehari berniaga...

Nak Main Bundle? Hati Kena Kental

Kain panjang misteri dalam bale, bukan selalu ada ni. Ini adalah rare! Nak main bundle? Hati k ena kental. Sha nak kongsi pengalaman bagi mereka yang belum tahu dan mungkin juga baru nak berjinak-jinak dalam dunia bundle. Berikut adalah pengalaman yang dikongsikan oleh seller bundle bernama Ameera; Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saja nak share pengalaman selama terjun dalam dunia bundle: 1. Saya pernah ambil bale yang 1 guni yang langsung tak boleh jual 2. Saya pernah ambil bale yang luar colourful, dalam hancurrr 3. Saya pernah dapat bale yang saya oder lain tapi dapat lain. 4. Saya pernah dapat bale macam "harta karun" yang isi dalam "100% awesome" giler *Saya juga pernah kena tipu beli bale dengan runner. Duit bayar, bale tak dapat, ratus ke ribuan.. Tak pe lah, bukan rezeki saya. Sebagai orang Islam dia tau halal menghalal  #(Muhamad Rohaizad&Pokman bundle, jaga2 dengan seller/runner ni) CUBA TENGOK GAMBAR, itu bale tu saya...

Tips Nama Singkatan bagi Bundle

nama singkatan bagi bale bundle Nak main bundle? Kena tau nama singkatannya terlebih dahulu. Nama singkatan bagi bundle ini yang membuatkan newbie jadi blur , apa tu nama penuh dan apakah jenis barangannya. Di sini, Sha sediakan tips nama singkatan bagi bundle. Kalau dah biasa, seller akan minta contoh belahan terus untuk mudah difahami. Terlebih dahulu, korang faham tak dengan istilah-istilah yang biasanya bundle seller guna? Kalau belum, boleh baca apa yang Sha tulis dulu ya.  Istilah-istilah dalam bundle yang ramai yang masih tidak tahu Nak belajar..  CSW - children summer wear CW - children spring heavy CJP - children jeans pant B1W - Baby 1pcs Wear Romper Jumpsuit Sleepsuit BJS - Baby Jumpsuit Sleepsuit BLR - Baby Light Rummage Gred 1 & 2 -RM760 Aussie - Australia Canam - dari negara Canada dan Amerika Syarikat MTS - Mens T-Shirt  Bukan semua guni pakai kod ni.. Lain guni lain nama singkatan. Lagi lama korang dalam duni...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

PERSOALAN SARUNG BANTAL (Pillow Cover -PC) BUNDLE

Sarung bantal bundle pillow cover Bersama-sama ini Sha sertakan huraian PERSOALAN SARUNG BANTAL (Pillow Cover -PC) BUNDLE yang dijawab oleh otai-otai bundle. Salam dan salam sejahtera. Saya baru nak berjinak2 dlm dunia bundle. Saya berminat nak jual PC. Di sini ada beberapa pertanyaan: 1. PC Gold / 1 Bintang / PC Suasa, dll (Antara USA, Aussie @ Korea) yg mana plg terbaik? 2. Corak yg senang dijual dr bale pc mana? 3. Saya tengok ramai jual pakaian bayi dan kanak2, adakah susah jual PC? Maaf, saya budak baru nak belajar. Mohon tunjuk ajar. JAWAPAN: Anna Bundle: Sy jual pc *1.. So far semua cust puas hati Nak kta mna ok ,bg sy semua ok..isi dlm xleh jangka.. Berani mncuba bru tau mne yg trbaikk 2. Juriyah Anuar: Pc sng jual offline sis... sbb customer nk pilih corak... label tu jenama je lain2.. isi dlm smua puas hati..banyak pair.. sy jual 1week 1bale dkt carboot... untung bganda sis... tp ingat 1 benda... bundle misteri... isi dlm lain2... ikut ...

Tips Mulakan Perniagaan Bundle: Nak Pilih Kilo (bisnes purpose) atau Beli Bale

Bale bundle tokol Nak mulakan perniagaan bundle? Nak dapatkan tips? Sini Sha ada sedikit tips. Perbezaan antara belian kilo a.k.a biz/ bisnes purpose (tujuan membeli adalah untuk menjual balik, bukan untuk diguna sendiri) dan belian bale tokol bundle. Untuk pengetahuan anda, bagi biz purpose, seller beli toko, kemudian bungkuskan balik dalam bentuk yang lebih kecil. Biasanya isi bale sekitar 45-50kg atau sehingga 80-120 kg. Seller akan belah dan repack balik dalam 1 kg, 2kg 5kg atau 10 kg. Repack ni mungkin tidak repack betul-betul. Hanya letak dalam plastik lutsinar atau hanya timbang sahaja dan bungkus biasa untuk dipos. Kalau anda nak ambil Kilo, di bawah ini adalah sedikit tips: Survey dulu seller mana yang anda mahu. Risau ada yang scammer! Iron cantik-cantik Bila ada Stain – Sila sental. Cari cara untuk menghilangkan stain. Air panas, rendam, sabun, sental.. Studi fotofon untuk menggambarkan gambar yang cantik-cantik bagi menarik perhatian warganet. Oh...

Open Tracker