Budaya dalam keluarga kami kalau nak datang rumah siapa-siapa memang akan beritahu, (atau tanya) dulu tuan rumah. Inform pulak bukan masa dah on the way (otw), but wayyy before. Even masa raya pun, kita akan buat confirmation dulu sebelum datang beraya.
NO TERJAH - TERJAH ⛔
1. Pertama, paling penting kita nak pastikan tuan rumah tak ada hal penting lain nak buat. Tuan rumah tengah tenang² dan lapang untuk didatangi tetamu.
2. Kedua, supaya tuan rumah boleh bersedia secara fizikal dan mental. Mungkin rumah tengah bersepah lepas anak² main, dia nak kemas dulu ruang yang sesuai untuk tetamu.
Mungkin tak ada makanan, dia nak prepare dulu juadah untuk tetamu. At least pun, sempat beli bahan-bahan dulu in case tak cukup bahan.
Mungkin tengah penat baru siap sesuatu kerja, dia nak ambik masa rehat sekejap sebelum bertenaga semula nak layan tetamu. Mungkin laki bini baru lepas gaduh, nak kena berdamai dulu sebelum berdepan dengan tetamu. Hehehe 😁.
3. Ketiga, untuk beri gambaran pada tuan rumah, berapa ramai tetamu nak datang. So tuan rumah boleh decide sebanyak mana persediaan nak buat. Dari segi ruang rumah dan especially juadah.
Jangan lah nak kata, taknak bagitahu tuan rumah sebab taknak tuan rumah susah payah sedia itu dan ini.
NO NO NO.
Sebenarnya bila datang tak bagitau, lebih MENYUSAHKAN daripada bagitau.
Bayangkan eh, katalah tuan rumah tengah buat kerja lain, rumah tengah bersepah, tiba-tiba kau bagi salam kat depan pintu.
Perrrghhhh! Tuan rumah dengan tengah serabai, lukus, silap² belum mandi pun 😆, pastu tup² nak kena siapkan diri, nak kena kemas rumah lagi, taktau lagi anak ragam apa dia buat, yang kau dah tercangak kat depan pintu tu.
Kau rasa apa perasaan tuan rumah masa tu?
Pastu bukak pintu kena senyum...
Walaweyhhh. Cobaaannn !
Jangan laaaa. Bagitau je la dulu kalau nak datang rumah orang. Simple. Jangan kau terjah-terjah.
Kadang-kadang kita ni nak 'acah-acah' , tapi tak kena tempat.
Sekian.
🌸🌸🌸
Kredit :
S.A
Sha pun kalau nak beraya rumah sesape, bagitau dulu. Tak de la kita sengih macam kerang busuk depan rumah diorang dan diorang pun x de la nak perati kita geram macam nak telan 😂
Biar diorang rela dan reda terima tetamu. Kalau terjah je, kena la juga terima apa2 yang tuan rumah hidangkan. Juga, butakan mata dan pekakkan telinga dengan keadaan rumah orang.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.