Langkau ke kandungan utama

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain


Usaha ibarat bahagian kek


Aku pelik dengan manusia yang cemburu dengan hasil usaha orang lain. Orang lain bayarkan 30 peratus dari keseluruhan bahagian daging korban pun dia nak cemburu. Padahal dia tak keluarkan satu sen pun.

Balik ke kampung menyambut hari raya pun tidak. Apabila ditanya, katanya dia tak ada duit. Pelik! Gaji kalau campur dua laki bini rasanya lima angka. Iya, aku tahu besar periuk besar lah keraknya.

Aku akan tetap pelik sebab duit banyak, pandai-pandailah uruskan duit. Orang kata kalau tak pandai pun tak apa sebab duit banyak lagi untuk teruskan hidup.

Ya, aku akui nak balik kampung perlu biaya yang besar. Macam aku nak balik kampung kena sediakan RM1000. Aku boleh balik beraya di kampung setahun sekali sahaja. Sebab aku gaji kecil.

Cuma untuk kerja sekarang, Alhamdulillah nampaknya boleh aku kumpul atau setengah dari gaji untuk simpan. Tapi tak boleh simpan pun sebab aku kena bayar PTPTN. Tinggal sikit sahaja lagi.

Ikutkan nak bayar sampai habis. Ye la, dari berpuluh-puluh ribu tinggal bawah 10 ribu. Bolehlah guna duit simpanan dan gaji bulanan untuk bayar banyak-banyak.

Perancangan aku, tahun ini tamat bayar pinjaman belajar. Itupun kalau kontrak aku disambungkan lagi. Kalau sambung dengan kontrak yang lain, risau tak cukup makan pula. Kalau kontrak yang sama, Alhamdulillah, boleh menyimpan.

PTPTN tu elok dibayar terus. Sebab kos-kos pengurusan dan insurans tu boleh tahan juga kalau lambat bayar. Macam aku, ada banyak bulan yang aku tak bayar. Aku buat pembayaran secara potongan debit.

Tapi bila rasa sesak, aku bawa lari dulu duit itu. Sekarang ini rasa menyesal pula. Iya la, sebab dulu-dulu culas nak bayar, dah meningkat kos nak bayar.

Kali ini aku tekad nak bayar bagi habis. Tapi bulan-bulan lah. Nak bayar lumpsum terus macam banyak pula. Sayang duit simpanan. Hehe. Tekad aku tahun ini la habis bayar. Dah habis bayar, boleh la show off kat media sosial. Hahaha.

Ada kawan aku, dia tak pernah bayar PTPTN. Kalau pernah pun dia bayar secara tak konsisten. Itu pun RM50 je sebulan. Nampak tak berkurang pun jumlahnya. Pinjam hampir 20k tapi kena bayar sekarang (umurnya 40 tahun) sebanyak 60k.

Tapi katanya tak nak bayar lagi. Dia nak tunggu umur sampai boleh bawa keluar KWSP baru bayar PTPTN. Katanya KWSP dia pun RM60k dah ada.

Let's say, masa tu PTPTN dia naik sampai 70k, KWSP dia pun 70k.. Habis gitu je kan.. Rugi je duit KWSP dia. Tapi dia ok lagi sebab ada duit tepi masuk dan duit kerja lagi. Hari-hari masuk kerja bawa bekal. Hari-hari pun masak. Dah boleh jimat banyak kat situ.

Tak macam aku. Sekarang ni, masak dengan beli tu sama naik. Kalau dulu (adalah beberapa tahun) banyak beli order makanan je. Bila aplikasi MAE Maybank ada buat carta perbelanjaan, baru tersedar aku belanja RM1k untuk makanan sahaja setiap bulan. OMG!

Sekarang baru sedar untuk jimat duit dan boleh kata hari-hari masak sendiri di rumah. Cuma di tempat kerja je membeli makan. Malas nak masak bawa bekal.

Tapi aku ok lagi la sebab PTPTN dah nak habis bayar dalam beberapa bulan sahaja lagi. Doa-doakanlah supaya aku dapat settlekan PTPTN ini secepat mungkin. Insya Allah, aaminn.

Kalau orang yang tak pernah bayar langsung PTPTN, surirumah sahaja, tiada KWSP macama mana kan.. Suami kerja pun biasa-biasa sahaja. Harta benda lain tak ada. Adakah kemungkinan tidak bayar terus pinjaman pelajaran sehingga akhir hayat? Apakah hukumnya?

Pada aku, mereka tiada kemampuan nak bayar. Tidak bekerja.

Pernah baca komen seorang surirumah yang berjaya bayar habis PTPTN. Katanya tarik sikit-sikit dari duit belanja. Tapi kita tak tahu pula berapa duit belanja yang dia terima. Kalau dah cukup-cukup malah sampai tak cukup duit belanja, macam mana nak tarik? Mungkin perlu amalan lain.

Amalan yang lain itu adalah pendekatan agama lah bagi menarik rezeki seperti bersedekah, berdoa, membaca surah-surah dan ayat-ayat murah rezeki dan lain-lain lagi. Minta doa bersungguh-sungguh untuk berjaya keluar dari hutang. Sesungguhnya hutang itu membelenggu.

Usah cemburu dengan hasil usaha orang lain dan rezekinya. Rezeki kita berbeza. Apa yang aku perasan, banyak pengorbanan perlu ditempuhi jika mahu gaji hebat iaitu masa. Masa dia dengan keluarga amat singkat. Surirumah banyak masa dengan keluarga. Itupun salah satu rezeki. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker