Langkau ke kandungan utama

Cara Kira Kuantiti Berapa Banyak Open House Jamuan Raya


Open House Jamuan Raya

Cara kira kuantiti berapa banyak untuk open house jamuan raya. Ramai orang cari topik ini kan?

Jom baca.

“Nak Buat Open House Tapi Tak Tahu Nak Masak Berapa Banyak? Ini Sukatan Untuk 30-50 Orang!”

Aku selalu dapat soalan nak kena masak berapa banyak kalau tetamu sekian sekian.Bagi mereka yang mahir tak jadi masalah, bagi beginner ni mereka tak tahu.Jadi aku share serba sikit panduan bagi mereka yang nak buat open house @ makan makan secara kecil-kecilan (30-50 orang)

1. Nasi (Putih / Minyak / Arab)
• 1 orang: ½ cawan beras (±90g)
• 20 orang: ±2 kg beras
• 50 orang: ±5 kg beras

1kg beras dapat 3kg nasi, kalau kamu buat banyak menu, 1kg beras boleh makan 10-18 orang.Kalau menu kamu nasi jer, boleh makan 10 orang!


2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng)
• 1 orang: 1 ketul sederhana
• 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12)
• 50 orang: 5 ekor ayam

kalau ayam tu kecik gandakan,kalau ayam tu 2kg dah ngamla,dan tengok juga ada menu lain tak.Kalau takda menu lain kena lebihkan portion.Kalau banyak menu lain contoh laksa,bihun,soto bakso dan sebagainya,cukup dah tu. Adjust la nanti ikut keperluan


3. Daging (Rendang / Kurma / Gulai)
• 1 orang: ±100g
• 20 orang: ±2 kg
• 50 orang: ±5 kg

kalau menu berkuah, 1kg daging boleh makan 10 orang.Kalau menu ko daging jer, takda lauk lain, 1kg tu boleh makan 5 orang saja.


4. Mee / Bihun / Kuetiau Goreng
• 1 orang: ±80–100g mee mentah
• 20 orang: ±2 kg
• 50 orang: ±5 kg


5. Sayur (Campur / Acar / Ulam)
• 1 orang: ±50g
• 20 orang: ±1–1.5 kg
• 50 orang: ±3–4 kg


6. Air Minuman (Sirap / Teh Ais / Air Buah)
• 1 orang: 1.5 cawan (±300ml)
• 20 orang: ±6–8 liter
• 50 orang: ±15–18 liter


7. Kuih / Pencuci Mulut
• 1 orang: 2–3 biji kecil
• 20 orang: ±60 biji
• 50 orang: ±120–150 biji


Tips Ekstra Mak-Mak:

1• Buat extra 10–15% untuk “top-up” sebab selalu ada yang tambah makan.kalau banyak menu, orang akan ambik serba sikit jela.

2• Kalau ada kanak-kanak ramai, kurangkan portion nasi/sayur, tapi lebihkan kuih & air.

3• Untuk menu berkuah, pastikan cukup mangkuk, senduk & tisu—kadang tu yang selalu kurang.

Untuk para tetamu pulak, jangan membazir bila makan. Ambik sikit sikit dulu, tak cukup baru tambah.

Ingatkan anak-anak, ambik apa nak makan sahaja,jangan membazir sebab tuan rumah tu keluarkan duit untuk meraikan tetamu. Jadi bersyukur kita di ajak dan jadi salah seorang tetamu mereka.

Hormat tuan rumah yang bersusah payah sediakan makanan. Sedih hati tuan rumah kalau tengok dalam tong sampah banyak lebihan makanan yang elok lagi tapi di buang. Beringat ingat kita, jaga adab sebagai tetamu. Inshaallah ada keberkatan nanti.

Ada soalan? tanya nanti kita pakat tolong jawab. Semoga bermanfaat untuk korang.

Kredit to fb: Suhasnida Ismail (Ticer Sue)
byticersue.com

Bagi Sha pula, kalau nak buat open house atau jamuan:

1. Kena kira berapa orang yang nak makan (jangan lupa, famili tuan rumah pun kena kira).

2. Kena ada main dish (makanan berat) at least satu. Contoh mee goreng. Itu contoh okay. Kang bagi nasi, dah gelabah nak buat nasi. Lastly, tak jadi nak buat jamuan. Sebab bajet tinggi.

Tapi kan, sedapnya kalau open house buat menu kampung. Nasi putih + ikan kembung goreng + sambal belacan + ulam-ulam. Pastinya kena masak banyak nasi, sebab makan bertambah-tambah. Air buat air sirap dan air kosong (air putih + ais)

Berbalik kepada topik, saja Sha letak mee goreng, sebab nak hurai bab sup. 

3. Paling senang dan mudah buat sup ayam. Lepas tu, celur mee kuning, bihun halus dan keow teow (kitau). Kalau rajin nak masak nasi himpit pun ok, jadi bakso. Eh! Lepas tu, biar tetamu pilih nak apa. 

Berdasarkan pengalaman Sha makan di hotel-hotel, buat je sawi celur dan limau nipis potong wajib. Nak add on cili hitam Johor pun ok. Cili jeruk pun terangkat. Cili potong celup kicap pun okay. Bawang goreng. Taugeh. Isi ayam dicarik-carikkan. Blend kasar kacang tanah goreng.

Kalau ada bajet lebih, isi daging potong kecil. Isi kerang yang telah direbus. Bebola ikan. Fish cake. Fuh, sedapnya..

Pilihan nak letak daun bawang dipotong halus ke tak. Ada juga yang sediakan daun sup dipotong halus.

Kalau nak lagi mudah kerja kita, sediakan penapis besi untuk celur mee sendiri. Tapi periuk sup haruslah sentiasa dipanaskan (ada api di bawahnya).

4. Sekarang ni, guna bekas makanan minuman pakai buang je. Jimat tenaga untuk membasuh. Dah macam tu, jangan lupa plastik sampah dan tempat buang sampah tu mesti dalam pandangan mata tetamu. Kalau tak satu kerja pula nak kemaskan balik.

5. Sediakan juga air kosong. Sebab tak semua orang suka atau elak air manis. Kalau ada bajet, beli air mineral kecil dan sejukkan. Dapat air begini pun satu nikmat tak terkata.

Rasanya itu dahulu. Tips berguna kali ini.
Kalau korang nak tambah, komen kat bawah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker