Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tutorial

Tutorial Cara Buat QR Code Bank Maybank Malaysia

Tutorial cara buat QR Code Bank .Tertanya ramai lagi yang masih belum tahu fungsi dan cara nak buat QR Code Bank. Secara jujurnya, (franky speaking), Sha pun baru tahu guna QR Code Bank ni pada tahun 2022.  Teringin juga nak tahu, bagaimana caranya nak buat. Duk tengok orang buat kan. Terutamanya semasa negara dilanda Covid'19 yang mana digunakan di kedai. Tapi itu QR code scan MySejahtera lah.  QR Code Bank naik gila-gila masa tahun 2022. Nak transfer duit senang, tak perlu nak masukkan no akaun. Scan je. Cara-cara; 1. Buka applikasi bank seperti M2U, CIMBClick, dan lain-lain. Laman web tidak boleh ya. 2. Klik QR Code yang berada di muka hadapan. Untuk M2U, berada di bawah ya. 3. Klik Receive, jika kita nak terima duit dari orang lain. Manakala Scan dan Pay untuk kita bayar kepada orang lain. 4. Share pembayaran kita kepada orang yang kita membuat bayaran. Ini hanyalah sebagai bukti pembayaran sahaja. Jika tidak perlukan bukti pembayaran, sila abaikan step ini. Settle! Terima...

Tutorial Cara Dapatkan Penyata Akaun Bank CIMB Muka Hadapan Depan Penuh Terkini

Sebenarnya kan dah lama Sha mencari-cari tutorial cara dapatkan penyata akaun bank CIMB muka hadapan depan penuh terkini. Sejak tahun 2018 tau. Sebelum itu, okay sahaja. Bila suatu hari nak guna, tak jumpa dalam sistem. Tengok kawan, boleh pula buat. Call center dia cakap kena pi bank. Ah, malas! Kenapa orang lain boleh, kita tak boleh pula? Dibiarkan sahaja. Sampailah semalam, tetiba pihak Bahagian Kewangan minta penyata akaun bank CIMB muka hadapan depan penuh terkini. Try cari. Minta tolong kawan pun tak jumpa. Call call center. Pun sama jawapannya. Memang bertegang leher juga la. Bukan nak yang transaksi duit keluar masuk tu. Last-last, lah.. Senang je jawapannya. Malu, benda simple pun tak tahu. Tapi tak apa, dapatlah belajar sesuatu dari kawan dan pihak bank (ayat cover malu. Hehe). Let's check out! 1. Login Cimb Clicks  seperti biasa. 2. Klik Services di sebelah kiri 3. Klik View Statement  4. Klik Deposit, Loan/Financing, Investment 5. Pilih bulan sebelumnya. Bulan ...

Tutorial: Cara Nak Buat Ms Word Gabung Potrait dan Landscape

Hari ini Sha nak ajar dan kongsi bersama Tutorial: Cara Nak Buat Ms Word Gabung Potrait dan Landscape yang mana ramai tak tahu. Sha pun baru tahu juga. Sebelum ini, copy paste je yang orang lain buat. Kalau nak buat sendiri, buat dua (2) dokumen yang lain. Hahaha, manual sungguh kan. Padahal senang sahaja. Cuma tak tahu caranya. Kalau tak jelas gambarnya, boleh klik kat gambar ya. Nanti boleh zoom. Sha dah cuba buat yang terbaik. Masa Sha taip ni, gambar ok, jelas. Bila Sha pratonton, nampak kecil dan blur. Maafkan saya penunggu gua. Hihi.  Nak buat macam ni?  Tapi orientasi hanya ada satu sahaja, kan? Kalau tekan Potrait, semua menegak je kertas tu kan. Kalau tekan pula Landscape, akan jadi semuanya melintang, kan?  Page Setup ada Margins, Paper dan Layout  Ha, inilah rahsianya.. Kalau download gambar ini sahaja pun okay. Sebab inilah intipatinya. Download simpan dalam handphone ke letak di dekstop ke.. Surat ...

Tutorial Bayar PTPTN Guna KWSP / EPF

Tutorial bayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) guna Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau lebih mudah disebut EPF ( Employees Provident Fund) ini ditaip untuk anda yang mahu tahu bagaimanakah caranya nak bayar balik pinjaman pendidikan kita tu. Sha kongsikan supaya bermanfaat untuk semua, terutamanya yang kali pertama menggunakan laman web KWSP untuk bayar PTPTN. Cara pertama ialah anda mestilah MEMPUNYAI I-AKAUN KWSP. Kalau masih belum ada, pergi ke pejabat KWSP dan buka. Bagitau kaunter nak buat i-akaun ataupun kalau tak ingat nak sebut, cakap nak periksa baki akaun anda sendiri guna internet. Selepas itu, PERGI KE KIOKS/PEJABAT PTPTN ATAU CONTACT PEGAWAI PTPTN. Kawan Sha yang juga pegawai penerangan PTPTN yang masuk TV, berpesan. Berurusan dengan seorang pegawai sahaja. Ia memudahkan anda. Kalau pass-pass, nanti kalau jadi apa-apa, tak ada siapa nak bertanggung jawab. Sha tambah ayat belakang tu. Bila dah dapatkan pegawai PTPTN, diorang aka...

Tutorial Cara Buat Kotak Dengan Menggunakan Sehelai Kertas A4 yang Comel

Cara buat kotak kertas sendiri Cara buat kotak sendiri dengan menggunakan sehelai kertas berukuran A4 sahaja, tak perlu gunting. (Gunting atau pisau hanya diperlukan sekali sahaja untuk mendapatkan bentuk empat segi sama). Bahan-bahan: Kertas A4 Stepler dan ubat (dawai kokot) Gunting/Pisau Cara-cara: 1. Dapatkan saiz empat segi sama. Caranya ialah dengan melipat di penjuru. Samakan. (A4 biasa jenis empat segi tepat). Kita nak guna empat segi sama, yang mana sama panjang dan lebarnya. 2. Guntingkan lebihan kertas. Guna pisau lebih mudah. Bagi tepat dan rapat ye. Kerana kita akan menggunakan sudut yang tepat. Kalau tidak sama, nanti akan senget kotak. 3. Lipat sekali lagi membentuk tiga segi. (Penjuru ke penjuru).  4. Buka. Lipat segi tiga yang sudah dibentuk, masuk ke dalam. Lipat untuk dapatkan lipatan kotak-kotak semuanya Naikkan dan buat panel. Kita akan buat penjuru sikit, biarkan masuk ke dalam. Kemudian, terus...

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Zaman teknologi dewasa ini yang canggih dan moden, sudah semestinya perubatan turut berubah menjadi lebih mudah dan konvinient (selesa).   Kabur sikit-sikit itu tidak menjadi masalah kerana kanta lekap berkanta sudah sedia ada dalam pasaran. Harganya pula tidaklah membebankan. Adakalanya lebih murah berbanding kaca mata (spek). Nak pakai contact lens bukan senang bagi mereka yang pertama kali mencubanya.   Cuba bayangkan untuk memasukkan sesuatu bendasing dalam mata sedangkan mata itu adalah sangat sensitive dan peka terhadap cahaya mahupun apa sahaja yang berada dekat padanya, kelopak mata pasti akan tutup mata awal-awal. Benda paling berharga, mestilah ada penjagaan yang khas dan khusus. Namun begitu, bagi mereka yang kerap kali memakai kanta lekap, tidak mempunyai masalah untuk memasukkannya ke dalam mata. Sekali dah Berjaya masuk ke dalam mata, kita akan tahu caranya. Pertama: Basuh dahulu kanta lekap menggunakan air solution khusus untuk kanta leka...

Rahsia SEO: Menang Contest SEO

SEO banyak bantu kita jana pendapatan Aku rasa link ini sangat bermanfaat untuk dikongsikan.Sebagai seorang blogger, kita kena tahu pasal SEO. Sebab blog juga boleh menambah ketebalan poket anda. Jana duit melalui blog. Aku ada juga side income masuk. Nuffnang . Ok lah kan, ada daripada tak ada.  Tak guna juga kalau korang sekadar ada tempat meluah (dalam media sosial seperti facebook, twitter, weChat, Whatsapp, blog) tapi tak dapat sebarang imbuhan balik. Kan best kalau kita menulis dan diberi duit. Kaching! Masuk dalam bank kita. Tak banyak pun tak apa, janji ada dan berterusan. Alhamdu lillah. Tapi, kalau nak duit, traffik yang masuk ke dalam blog kita kenalah tinggi. Paling kurang pun kena 100 pelawat unik sehari. Kalau nak dapat trafik tinggi, kena tahu cara buat blog dengan betul. Korang boleh tengok sini, halaman Tips Blog yang aku telah usahakan dengan pengalaman dan ilmu. Macam-macam tips ada dalam Tips Blog . Memang bermanfaat. Rugi kalau korang tak masuk ...

Tutorial Link Rosak Dalam Entri Blog

Link rosak dalam entri berlaku kerana: Pertukaran link blog (blog yang telah tidak aktif-dibuang-sudah patah hati berblog) Segment, GA atau contest yang telah tiada -sama ada blog sudah dinyahaktif atau pemiliknya membuang entri tersebut. Link yang anda masukkan dalam entri - website yang telah bertukar domain Link iklan -sudah bertukar domain Kesan Apabila kita klik pada link yang rosak, ia tidak dapat masuk ke dalam link yang terbuka tersebut. Jawapannya sama ada 404 atau  blog sudah dinyahaktif. Tiada lagi link blog tersebut dalam dunia maya ini. Hehe~ Kalau tak tahu, cuba uji link tersebut. Ke mana ia bawa anda. Kalau bawa ke link tersebut, kira ok la. Tapi kalau ia tiada dalam carian, silalah padam link itu. Sebab itu lah link yang rosak. Okay,  faham? Cara-cara membuang link rosak dalam entri 1. Masuk ke link ini  Free Broken Link 2. Masukkan link blog anda dan klik Find broken links. 3. Masukkan kod keselamatan (security code) dan tekan broken links now! Tun...

Open Tracker