Langkau ke kandungan utama

Tak Dapat Period Selepas Suntikan Depo Provera?



“Dr Imelda, kenapa selepas suntikan depo provera sebagai kaedah merancang keluarga, saya tak dapat period?”

Terlalu ramai netizen tanya soalan ini.

Mai chek nak habaq.

Jika chek beri anda semua ilmu pengetahuan percuma, syaratnya ialah anda semua gunakan ilmu pengetahuan ini untuk tambah ilmu secara am saja. JANGAN MINTA CONSULTANCY PERUBATAN ATAU PENDAPAT PERUBATAN PERIBADI DI RUANG KOMEN. Sebab chek tak buat clinic di media sosial.

Anda yang ada masalah tentang merancang keluarga pergilah ke klinik berjumpa doktor dan jangan tanya di media sosial. Jika anda post soalan tentang masalah peribadi di ruang komen dan acik bawang mai jawab soalan anda di sini. 

Chek akan delete terus tau, sebab chek tak mahu menggalakkan budaya acik bawang tak bertauliah cuba menjawab soalan perubatan dan cuba jadi doktor dengan alasan ‘ilmu Allah ini luas’ padahal dia tak ada ilmu tetapi bersangka dia ada ilmu, kemudian bagi jawapan yang salah di laman chek. Penat chek nak delete nanti. Janganlah menyusahkan chek nak delete satu-persatu naaaaa.

Ceritanya macam ni. Apa fungsi kaedah merancang keluarga berhormon ialah:

1) Menipiskan dinding rahim supaya kehamilan tidak boleh berlaku
2) Menebalkan lendir cervical mucus di pangkal rahim seperti GAM yang tidak membenarkan sperma lelaki masuk ke dalam rahim dan ini mengurangkan keputihan.
3) Sekiranya kaedah merancang keluarga hormonnya DOS nya TINGGI, ia juga menghentikan ovulasi dan merehatkan ovari buat sementara waktu.

Untuk pil berhormon progestogen saja, alat intrauterine device di dalam rahim berhormon seperti Mirena dan susuk implanon berhormon, di dalam setiap 5 wanita yang menggunakannya:

A) Satu dalam lima wanita tak dapat haid,
B)Satu dalam lima wanita kadang-kadang ada bulan yang dapat haid dan ada bulan yang tak dapat haid.
C)Tiga dalam lima wanita dapat haid setiap bulan.

Semua kaedah di atas menggunakan SATU saja jenis hormon, iaitu progestogen.

Tetapi tak payah bimbang sebab bila dinding rahim nipis, tiada darah yang berkumpul kat dalam tu dan tak ada apa yang perlu keluar.

Hormon progesterone tu bukan saja mencegah kehamilan secara sementara, ia juga melindungi rahim dari kanser dinding rahim. Satu bonus kaedah merancang keluarga berhormon ialah risiko mendapat kanser dinding rahim dan kanser ovari dikurangkan.

Suntikan depo provera pula mengandungi hormon berdos paling tinggi sekali supaya bertahan dalam badan untuk 12 minggu. Maka hanya perlu suntikan 4 kali setahun. Dalam setiap 10 orang yang gunakan kaedah ini:

A) Satu dalam 10 wanita tak ada haid pada 3 bulan pertama menggunakannya.
B)Lima dalam 10 wanita tak ada haid selepas 6 bulan menggunakannya.
C) Lapan dalam 10 wanita tak ada haid selepas 12 bulan menggunakannya.

Sebabnya lebih ramai wanita tak ada haid dengan kaedah suntikan ialah dosnya paling tinggi dan kebanyakan ovari berehat, iaitu tiada ovulasi. Ini ialah kaedah yang sangat bagus untuk wanita yang memang ada kekurangan darah merah seperti Thalassaemia supaya tidak dapat haid yang boleh memberi lebih masalah kekurangan darah. 

Tetapi ini ialah kaedah yang chek tak akan berikan kepada wanita yang berusia 45 tahun ke atas sebab mereka hampir menopos. Menopos ialah penyebab kepadatan tulang mula menjadi rendah. 

Suntikan depo-provera juga mengurangkan kepadatan tulang, jadi chek mahu sesiapa yang menggunakannya berhenti kaedah ini beberapa tahun sebelum menopos supaya kepadatan tulang kembali normal sebelum menopos. Bukan berhenti merancang keluarga sebelum menopos tetapi TUKAR kaedah merancang keluarga ke kaedah yang bukan suntikan sebelum menopos. 

Cara lain untuk membantu menguatkan tulang ialah kurangkan minuman kopi bercaffein, dapatkan cukup cahaya matahari sekurangnya 30 minit sehari, bersenam dengan kerap dan pastikan pemakanan anda ada sekurang-kurangnya 1200mg calcium sehari, atau dapatkan suplimen calcium dan vitaminD.

Untuk susuk implanon pula, ini mengandungi dos hormon paling rendah sekali. Walaupun boleh bertahan 3 tahun, ia hanya slow-release sedikit saja setiap 24 jam. Tetapi disebabkan jenis hormon etonogestrel sangat berkesan, maka ini ialah kaedah merancang keluarga yang paling berkesan sekali. 

Dapat dos Hormon paling rendah tetapi ia paling berkesan. Tetapi, kos ia juga paling mahal sekali. Kalau tak boleh dapat di klinik kesihatan sebab tak cukup budget untuk diberikan kepada wanita yang berisiko rendah jika hamil, anda boleh dapatkannya jika boleh bayar di klinik swasta. Jangan kata hanya dibenarkan untuk wanita yang berisiko tinggi untuk kehamilan saja. 

Hakikatnya semua wanita yang mahukan kaedah susuk implant sebagai kaedah merancang keluarga boleh menggunakannya tetapi klinik kesihatan tak dapat budget dari kerajaan untuk memberi susuk implant kepada semua wanita, jadi jika anda boleh bayar sendiri, boleh dapatkannya di klinik swasta.

Chek nak berpesan kepada jururawat, jangan suruh patient ambil suntikan depo-provera dulu kalau nak tahu susuk implant ini sesuai untuk patient, sebab HORMON PROGESTERONNYA BERLAINAN dan DOS BERLAINAN. 

Anda kena tahu ini. Ia kaedah yang TIDAK SAMA. Tak guna cuba suntikan dulu kalau nak tahu implant itu sesuai ke tidak. Sebab ini dua kaedah yang berlainan.

Untuk alat dalam rahim Mirena Intrauterine System pula, dos hormon pun sedikit saja dan masuk direct kepada dinding rahim. Maka ini bukan saja kaedah merancang keluarga yang berkesan, tetapi ia juga digunakan untuk merawat wanita yang ada masalah haid yang banyak. 

Ia paling baik untuk perlindungan rahim dari kanser dinding rahim dan boleh digunakan untuk merawat wanita yang ada masalah dinding rahim tebal (iaitu endometrial hyperplasia) yang ada risiko tinggi untuk mendapat kanser dinding rahim.

Jadi, tak payah lah bimbang jika tak dapat period atau period yang hanya sedikit bila anda menggunakan kaedah merancang keluarga yang berhormon.

Satu lagi maklumat yang anda perlu tahu ialah kaedah suntikan mempunyai dos hormon paling tinggi maka anda mesti membenarkan lebih masa selepas berhenti sebelum period kembali seperti normal. Ada yang mengambil masa 3 bulan atau 6 bulan atau 12 bulan selepas berhenti suntikan sebelum period kembali seperti normal. 

Untuk kaedah yang lain, kesuburan akan kembali selepas berhenti menggunakannya tetapi untuk kaedah suntikan, anda perlu berikan lebih masa untuk kesuburan kembali. Maka kaedah ini kurang sesuai untuk anda yang mahu conceive cepat-cepat selepas menjarakkan kehamilan 2 tahun, tetapi lebih sesuai untuk wanita yang rasa kalau lambat sedikit conceive selepas menghentikan suntikan pun dia tak bimbang sebab masih muda atau ada ramai anak.

Hanya kaedah pil perancang DUA HORMON combined oral contraceptive pil saja kebanyakan wanita dapat pendarahan setiap bulan secara regular dan boleh atur bila tak mahu pendarahan untuk pergi umrah. 

Tetapi doktor pakar gynae tak panggil ini period, ini sebenarnya ialah ‘pil withdrawal bleeding’ sebab berhenti makan pil 7 hari sebulan untuk membenarkan pendarahan, tetapi hakikatnya ovari masih berehat dan tiada ovulasi jika anda hanya berhenti tidak lebih dari 7 hari. 

Pil DUA HORMON ini tidak sesuai untuk wanita yang menyusukan bayi sebab ia boleh mengurangkan susu. Ia juga tidak sesuai untuk wanita yang ada risiko penyakit jantung seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi sebab darah menjadi lebih pekat sedikit. 

Ia juga kurang sesuai untuk wanita yang ada sejarah keluarga kanser payudara atau wanita berusia 40 tahun ke atas yang ada lebih risiko barah payudara, kecuali anda rajin buat mammogram setiap 2 tahun dan semua wanita juga digalakkan rajin memeriksa payudara sendiri setiap bulan.

IUCD pula ialah alat dalam rahim yang tiada hormon tetapi ada tembaga copper yang menyebabkan sperma tidak boleh berfungsi. Dapat period setiap bulan, tetapi mungkin periodnya lebih banyak dan lebih sakit dari kebiasaannya, maka kurang sesuai untuk wanita yang memang selalu dapat period pain atau senggugut.

1 di dalam 1000 wanita boleh dapat komplikasi ia tertembus dinding rahim dan masuk ke dalam ruang abdomen. Walaupun ini boleh berlaku, ia jarang berlaku. 1 di dalam 100 wanita, IUCD boleh terjatuh keluar.

Untuk membantu anda membuat keputusan kaedah mana nak pakai, anda harus buat penilaian kesihatan dengan doktor dulu dan anda perlu tahu maklumat ini:

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan ingin hamil, dalam jangkamasa 1 tahun, 85 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang 'sendiri-sendiri' (natural method), dalam jangkamasa 1 tahun, 25 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan merancang menggunakan condom lelaki, dalam 1 tahun, 18 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan pil perancang keluarga, dalam 1 tahun, 9 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan suntikan depo provera setiap 3 bulan untuk merancang keluarga, dalam 1 tahun, 6 akan hamil.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan alat dalam rahim IUCD, dalam 1 tahun, 0.8 akan hamil. Iaitu 8 dalam 1000 pasangan dalam setahun.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan alat dalam rahim berhormon (levonorgestrel intrauterine system), dalam 1 tahun, 0.2 akan hamil. Iaitu 2 dalam 1000 pasangan dalam setahun.

Jika 100 pasang suami-isteri melakukan hubungan kelamin, dan menggunakan susuk implant, dalam 1 tahun, 0.05 akan hamil. Iaitu 5 dalam 10,000 pasangan dalam setahun.

Tambah satu lagi, jangan terkejut:
Kalau buat BTL, 4 dalam 1000 wanita yang ikat BTL pun boleh hamil. Tetapi ini bukan kaedah merancang keluarga. Ini ialah kaedah pemandulan yang kekal dan tak boleh reverse.

Harap maklumat ini bermanfaat untuk anda. Jangan minta konsultansi pendapat perubatan di laman saya untuk masalah individu anda naaaaa, saya dah beri maklumat yang am dan sekarang saya nak pi basuh baju lipat kain sapu lantai buang habuk cuti-cuti ini sebab rumah dah berhabuk dan Pak Mart tak nampak habuk punya. Jika anda ada masalah individu, sila jumpa doktor di klinik naaaaa.

Terima kasih.

Prof Dr Imelda Balchin
KPJ Healthcare University
Pakar Obstetrics & Gynaecology

Sha letak je gambar promote Klinik Danau Kota, tak ada kaitan pun. Kenal pun tak. Dah ambil gambar dia, biar je la kat situ. Gitu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker