Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Interview

Tips Cara-cara Menjadi Pegawai Terbaik di Tempat Kerja Baru

Sifat sombong pegawai Sha nak kongsikan antara tips cara-cara menjadi pegawai terbaik di tempat kerja baru. Supaya tidak digelar pegawai sombong dan dibenci oleh bawahan. Sha share dahulu ya, tiada masa untuk rungkaikan satu persatu atau susun elok-elok. SOALAN Tips how to be a good leader ( Pegawai) sebab saya tak nak disebabkan pangkat ni kita rasa kita hebat, lebih baik atau sombong dengan orang lain sebab saya tahu sesungguhnya pangkat atau darjat itu hanyalah sementara & bila2 Allah boleh tarik balik. Jadi, give me some tips ya. ~ Tips survive kat tmpt baru. ~ Tips deal dgn anak buah yang jauh lebih tua dari kita. ~ Tips on how to be a good leader. ~ Tips memberi arahan dan sebagainya. Thank you. Sedia berkhidmat untuk negara 1. Tahniah dan welcome on board as penjawat awam. 2. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya… Jangan sombong. Jika tak tahu, bertanya. Rajin² belajar walau dengan gred paling rendah sekalipun. Mereka lebih banyak pengalaman dan ilmu. 3.  Must be a fa...

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan...

Tips Temuduga: Ceritakan Pasal Diri Anda

Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga. Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga. Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja). Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~ Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwa...

Open Tracker