Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

Biodata Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Yang di-Pertuan Agong ke-17

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Berikut ialah biodata rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office). Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Khalsom Abdullah. PENDIDIKAN        Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tunku             Ampuan Mariam di Johor Bahru sebelum memulakan pendidikan di Sekolah                                    Temenggong   Abdul Rahman (1), juga di Johor Bahru. Pada 1968 hingga 1970, Sultan Ibrahim melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Sydney, Australia sebelum meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari 1971 hi

Day 7 : Favourite Movie

Favourite Movie from Google, not from me Tajuk tugasan pada kali ini ialah favourite movie . Susah sebenarnya nak cakap pasal favourite movie pada seorang Sha. Sebab dirinya tidak terlalu suka hiburan. Ceewah! Entahlah, rasanya sama je, suka je apa-apa jenis movie kecuali yang ganas-ganas dan seram ( horror) . Layan je semua dari mana-mana negara dan warna mata. Melayu, Inggeris, Cina, Hindustan, Tamil, Turkey, Korea, Taiwan, Jepun dan lain-lain lagi. Gituuu.. Sebab ini juga Sha jadi blank dan blur nak tulis apa pasal tajuk ni. Susah. Sampaikan Sha skip 2 hari tak menulis. Hehe. Favourite movie tu entahlah. Sebab tengok semua. Taklah sampai jadi filem kegemaran ke membenci ke apa.  Nak tahu tak, sebenarnya, Sha dapat inspirasi menulis ni daripada kawan facebook, tak kenal pun. Dia menulis kat fb. Sha fikir, ada baiknya juga Sha tulis kat blog untuk membangkitkan rasa dan mood menulis lagi. Tapi tahu tak, dia tak buat semua rupanya. Lepas tu, dia tukar challenge cabaran yang lain.

Day 6 : Single and Happy

Single and happy Tugasan hari ke-enam ialah Single and happy. Topik kali ini biasanya dirujuk kepada orang bujang trang tang tang. Namun, Sha nak bawa penceritaan dari sudut yang agak berbeza. Berdasarkan pengalaman diri sendiri, lama juga menyingle, single to mingle kerana berkahwin pada umur 30 tahun. Itu pun rasa, tak puas lagi hidup bujang. Iyalah, kawan-kawan hang out, ladies goes out , kita tak boleh nak ikut sebab banyak komitmen kat rumah. Kawan ajak tengok wayang, kita tak boleh nak join sebab tengah mengandung. Kawan ajak travel pun sama. Terpaksa dilupakan semuanya demi rumahtangga. Gituuu.. Jadi, kepada adik-adik/anak-anak/cucu-cicit, kalau nak kahwin tu, kena pertimbangkan sama ada korang memang betul-betul dah bersedia nak hadap semua ini atau menangis tepi bucu katil? Perkahwinan itu banyak pengorbanan diperlukan. Jangan terkorban diri sudahlah. Sebut pasal terkorban diri ini, ya, ramai wanita mengalami. Kadang-kadang, benda simple je, tapi perempuan kan rumit (comp

Day 5 : Your Parents

Cina - Pakistan Tajuk tugasan hari inilah your parents. Kalau nak tahu, ibubapaku berasal dari kaum yang agak bertentangan. Arwah ayah ada keturunan Cina manakala ibuku pula ada keturunan Pakistan. Arwah ayah memiliki darah Cina dari neneknya yang mualaf Cina. Nama Cinanya Bu. Kami cicitnya panggil Tok Nek Bu.  Ada kisah yang agak dramatik sikit mengenai moyangku. Namun, rasanya adalah molek untukku menyimpan terlebih dahulu kisahnya. Dramatiknya, rasa boleh dibuat filem, pasti laris di pawagam. Hihi. Darah Pakistan pula dari datukku, yakni bapa kepada ibuku. Datuk ialah seorang Pakistan yang berniaga kedai runcit di kampung. Aku pun baru tahu kisah ini apabila ibu saudaraku menceritakan hal itu, beberapa tahun kebelakangan ini.  Dari darah campuran ini adik beradikku ada yang lahir cerah, ada yang lahir agak gelap. Kening kami kebanyakkannya panjang dan halus. Elok terbentuk macam kening orang India.Selalulah kena tuduh cabut atau cukur kening masa zaman sekolah hingga ke universiti d

Day 4: A Places You Want To Visit

Kaabah, Mekah A places you want to visit , tajuk ni easy-peasy ! Sebagai seorang penganut agama Islam, sudah tentulah Sha nak pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji dan umrah.  Untuk makluman, Sha baru sahaja menghantar kakak no 2 ke Mekah. Kami hantar kat Kuala Lumpur International Airport je la.  Untuk yang mengenali mahupun tidak.. Gambar kenangan abang sulung bersama arwah ayah menunaikan umrah pada awal tahun 2014. Tahun 2011 arwah ayah menunaikan haji bersama mak. Tahun 2014 arwah ayah bawa anak buat umrah. Tahun 2017 arwah ayah bawa mak, kakak ipar, adik2nya, kawan2nya buat umrah tapi x balik dah. Meninggal dunia di sana. Masuk tv, masuk paper. Al-Fatihah (Dipetik dari FB Sha bertarikh 25 Disember 2023, setelah abang no 1 share gambar). 18 -30 Disember 2023 kakak Sha no 2 pergi ke sana. 31 Disember dapat berita dari ejen umrah, mak, abang no 1 dan adik no 5 pula akan menunaikan umrah pada 1 Februari 2024. Alhamdulillah, ya ALLAH. Dulu, bila je nampak posting kawan-kawan berada di

Day 3: A Memory

Tun Mahathir Tugasan hari ketiga ialah a memory. Ternyata banyak memori tapi rasanya macam sedih-sedih. Sha tidak mahu menggamit memori yang tidak indah. Biarlah ia tetap segar di dalam ingatan. Gitu.. Pada masa itu, Sha bersekolah tingkatan enam bawah. Pada suatu hari, kami diarahkan ke dewan sekolah. Rerupanya, ada jemputan dari penulis puisi terkenal tanahair dan pelakon popular. Namanya, sudah tidak ingat siapa.  Mereka mengajak untuk memasuki bidang yang mereka pelopori. Ada lah beberapa murid ke hadapan pentas untuk melakonkan emosi mimik muka dan bahasa badan yang dikehendaki seperti marah, merajuk, cemburu dan lain-lain lagi. Semasa itu pun telah diberitahu bahawa sekolah seterusnya yang akan dijelajahi mereka ialah SMK Jitra, musuh sekolah kami. Mereka seperti memprovokasi kami untuk menghantar wakil yang berminat. Namun, itu sahaja lah. Ramai pelajar masih malu-malu. Termasuk juga Sha. Tapi, tidak lama selepas itu, tahu tak apa yang terjadi? Sekolah kami mendapat tawaran lako

Day 2 : Things That Make You Happy

Makanan. (Sumber: Google) Tugasan hari kedua ialah things that make you happy (benda yang buat awak gembira). Kalau Sha, benda yang buat Sha happy ialah makanan. Yay ! Kalau nak ceritakan, pada kecil-kecil dahulu, Sha rasa selalu lapar. Mungkin sebab kanak-kanak nak membesar kot. Atau keluarga kekurangan makanan.  Bila remaja, arwah ayah Sha suka masak pada waktu petang dan malam. Itulah saat yang menggembirakan Sha apabila arwah ayah suruh makan sampai habis. Dah la sedap, boleh tambah berkali-kali dan suruh habiskan.. Boleh bayangkan tak bagaimana gembiranya Sha ketika itu? Tapi pada masa tu, makan tapi tak gemuk pun, tau. Kurus je. 38kg je. Sekarang ni je dah naik badan sikit. Sekarang ni, Sha duk craving makanan kampung yang masak kat rumah tapi susah nak dapat. Dia macam exotics sikit la.  Kalau Sha dapat masak menu tu, memang bertambah-tambah nasi. Sedap sangat. Jadi, makanan adalah benda yang membuatkan Sha gembira. Terima kasih singgah sini.

Day 1: Describe Your Personality

Describe your personality Sempena nak comeback konon-kononnya, maka Sha kena ikutlah 30 Hari Menulis. Jadi, tugasan menulis hari pertama ialah describe your personality.. Sha dilahirkan sebagai seorang yang memiliki personaliti yang sangat pendiam dan sangat pemalu. Sha juga seorang yang sensitif, mudah tersenyum dan mudah mula mengalirkan air mata. Semakin lama mengharungi liku-liku kehidupan dan aktif semasa belajar dulu, sifat pemalu dan pendiam itu telah berjaya dihakis. Adik-adik angkat Sha tak percaya bila dikatakan Sha ini seorang yang pendiam dan pemalu. Sebab mereka kenal Sha bila Sha tidak menunjukkan karektor sebegitu. Bila dah besar, rasanya sifat-sifat tersebut yang sangat pendiam dan pemalu itu tidak membawa kebaikan. Komunikasi yang baik dan berkesan itu adalah sangat penting di dalam kita melalui kehidupan. Ada lagi nak cerita. Tapi setakat itulah sahaja untuk hari ini, di entri ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi singgah di sini. Sampai jumpa lagi, insya-Allah. 

Tips: Lama Betul Nak Buat Comeback Blog

Blog Lama betul nak buat comeback untuk kembali aktif berblog. Sekurang-kurangnya kemaskini ( update ) sekali sehari, kalau tak mampu nak update tiga kali sehari. Update 3 kali sehari itu adalah terbaik sepanjang zaman.  1. Update 3 kali sehari Sejak aktif berblog tahun 2010, adalah jumpa tips berblog yang blogger famous buat. Dia akan update blog sehari sekurang-kurangnya 3 kali. Ala, korang kenal rasanya siapakah dia. Bebaru ini, Sha juga ada masuk kelas untuk Tiktok, pun sama. Dia suruh update 3 kali sehari. See , kepentingan update . 2. Update isu semasa Dia update isu semasa atau apa sahaja yang mahu diupdate new entry . Tapi biasanya nak rating tinggi, kena update apa yang orang cari. Contoh, bantuan kerajaan ke kemasukan ke sekolah ke.. Duit bloggingnya memang kaching-kachinglah. Cubalah, pasti berjaya, insya-ALLAH. 3. Setiap perenggan ada 3 ayat Tips untuk Google Adsense pula ialah setiap perenggan ada 3 ayat. Ayat di perenggan pertama mestilah sama dengan tajuk. Se

Amarah Kepada Suami Yang Sangat Penting Diri Sendiri

Izinkan aku untuk melepaskan amarah kepada seorang suami orang yang aku pun tak kenal tapi kisahnya sampai sekarang membikin hati aku sebagai seorang isteri (walaupun bukan isterinya) terasa sangat-sangat. Suaminya sangat pentingkan diri sendiri! Tidak fikir panjang dengan keputusan yang diambilnya. Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu, di selatan tanahair. Kisah mereka aku ikuti setelah viral kematian isterinya, di platform Facebook  dan membaca berita setelah pengkebumian jenazah isterinya. Jadi, fahamlah aku bahawa mereka sudah memiliki seorang anak berusia satu tahun dan si isteri hamil dengan kandungan berisiko kerana dirinya mempunyai penyakit kronik yang lain. Doktor telah nasihatkan bahawa mereka hanya boleh mempunyai seorang anak kandung sahaja lantaran isterinya sakit. Senang cakap, tidak boleh mengandung lagi kerana risiko ke atas kesihatannya. Doktor telah nasihatkan sebelum mereka bercadang mempunyai anak kedua.  Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat pakar perubatan te

Belikan Tilam Saiz Queen Untuk Anak-Anak

Tilam untuk anak-anak Terima kasih suamiku belikan tilam untuk  Terima kasih suamiku belikan tilam untuk anak2. Selama ni, duk pakai tilam yang layak dibuang je. Selalu je dia renjak sendiri, jenuh kena betulkan balik. 🤣🤣🤣 Mama xpe. Mama dapat yang terbaik. Tilam keras dan lembut. Cuma masa berpantang guna juga tilam tu. Sakit badan 🤣 Terus mama demand tilam tebal yang selalu mama guna. Dah x sakit badan. Lepas tu, Harraz la yang guna tilam sakit badan tu. 8y kahwin baru boleh beli tilam. Setahun lepas dah cari tilam tapi kewangan x mengizinkan. Ini duit kutu ayah. Ayah suruh mama belikan, dia dah masuk save in the cart. Mama tengok review yang ayah nak beli tu macam x ok. Tapi bila up sikit harga, eh elok pula review2nya. Dari kedai yang sama. Jadi, mama ambil yang up sikit harga. Benda durable. Tahan lama dan nak pakai lama, biarlah tahan sikit. Alah membeli menang memakai. Tapi ini pun tak de la sampai 1k. Mur mur je. Janji okay semua. Bayar delivery man RM50 untuk angkat naik a

Buat Pemula Umrah atau Haji: Kenalpasti Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad

Rukun Yamani Buat pemula Umrah atau Haji, pastinya tidak kenal mana satu Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad. Yang mana satu ek? Pasti keliru. Nah, saya bawakan ilmu ringkas berkenaan Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad untuk rujukan. Rukun Yamani Rukun Yamani bucunya hanya disulam dengan emas tanpa bertulis apa-apa. Berbeza dengan rukun Hajarul Aswad yang d itulis dengan Rangkap Allahu Akbar Biasanya dari Rukun Yamani kita lambai ke arah Rukun Yamani dan membaca: بسم الله الله اكبر ولله الحمد "Bismillaahi Allaahu akbar Walillaahil hamd" Kemudian sambil melangkah itu kita membaca: "Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah" hingga sampai habis. Rukun Hajarul Aswad Rukun Hajarul Aswad Kemudian sampai di Rukun Hajarul Aswad, kita baca "Bismillaaahi Allaaahu akbar!!" Dan teruskan sampai lengkap 7 pusingan. Note: Yang memanjang tu penjuru yamani sunat juga istilam tanpa kucup. Yang ada lima Allahuakbar tu, penjuru hajarulaswad tempat mula istilam dan tawaf.  Sumber

Open Tracker