Izinkan aku untuk melepaskan amarah kepada seorang suami orang yang aku pun tak kenal tapi kisahnya sampai sekarang membikin hati aku sebagai seorang isteri (walaupun bukan isterinya) terasa sangat-sangat. Suaminya sangat pentingkan diri sendiri! Tidak fikir panjang dengan keputusan yang diambilnya. Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu, di selatan tanahair. Kisah mereka aku ikuti setelah viral kematian isterinya, di platform Facebook dan membaca berita setelah pengkebumian jenazah isterinya. Jadi, fahamlah aku bahawa mereka sudah memiliki seorang anak berusia satu tahun dan si isteri hamil dengan kandungan berisiko kerana dirinya mempunyai penyakit kronik yang lain. Doktor telah nasihatkan bahawa mereka hanya boleh mempunyai seorang anak kandung sahaja lantaran isterinya sakit. Senang cakap, tidak boleh mengandung lagi kerana risiko ke atas kesihatannya. Doktor telah nasihatkan sebelum mereka bercadang mempunyai anak kedua. Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat paka...