Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel diariku

Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Yan, Kedah

Ramai sudah bercakap tentang kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Kedah.  Dengan sawah padi yang luas terbentang dan gunungnya yang cantik, tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keindahannya. Kini, heboh orang memperkatakan kecantikan permandangan bunga sakura ( Nama Inggeris Tabebuia Penthaphyl. Nama MelayuTecoma ) di Kedah. Ada juga yang mendakwa pokok Sakura Malaysia dan  nama saintifiknya Tabebuia Rosea . Ada juga yang mengatakan Pokok Bongor. Tapi pokok bongor jenis apa, sebab aku kenal pokok bongor. Ada yang mendakwa ini adalah  Pokok Semarak Antara kawasan yang ditanam pokok sakura ialah sekitar Alor Setar seperti Langgar, Hutan Kampung, Taman Kota, Tesco Mergong, Kuala Kedah, Yan, Tanjung Dawai, Jitra dan lain-lain lagi. Ramai yang mengatakan bak berada di Korea. Fefeling Korea gitu! Mari kita tengok gambar yang aku ambil sekitar Yan dan Kuala Kedah. Indah, berlatar belakangkan Gunung Jerai dan sawah padi Sakura di tepi sawah nan permai...

Garangnya Akak Ni, Takut!!!

Kisah apa yang aku nak kongsikan di sini? Bila tak depan gajet, ada saja nak update. tapi bila menghadap gajet ni dah tak tau plak nak kata apa. Idea terus hilang. Layankan saja lah. Erm, pasal takut. Sebenarnya aku ni garang juga sebenarnya. tapi semua itu tak nampak di hadapan, kat dalam ada. Al-kisahnya, adikku ada exam esoknya, tapi ada bebudak laki duk kacau dia nak jumpa la apa la. Duk call la mesej la. Dia layan elok saja. Aku yang duk sebelah ni, bengang je. Rasa nak rampas saja hp dan cakap. Ha, baru puas hati. Hehe~ Tapi, keadaan masih terkawal. Tapi tak apa, dapat diselamatkan lagi. Tapi!!! jeng2.. (suspen sikit) Tapi, keesokannya, diorang whatsapp aku. Ha, inilah masanya untuk aku lepaskan apa yang terbuku di atma. Geram sangat. Budak yang kacau adik aku tu pun rasa kecut. Lepas tu, kami jumpa jap. Aku memang marah kat budak tu. Aku tak boleh la kalau bab study ni ada orang duk kacau macam la dia tak ada masa lain untuk keluar. Tapi, jangan kacau masa dia nak study u...

Tips Cerah Kulit yang Murah dan Mudah

Buah pisang mempunyai banyak nutrien Nak tahu satu rahsia tak? Korang nak putih melepak secara murah dan mudah tak? Of course you want, i am right? (senyum). Kalau tak, tak kanlah laku dan laris produk-produk pencerah kulit. Nak jadi macam kulit orang Korea la, orang Jepun la.. Bagi aku, tak suka jenis pakai-pakai ni sebab cerah tak semua bahagiaan. Muka je cerah, tapi tangan hitam, wat pe? Tak nak. Tak best. Tak asli gitu. Jadi, aku lebih suka ambil yang boleh makan, cerah satu badan. Korang boleh baca kat sini Cerah Pakai Apa ni adalah entri aku yang terdahulu. Pisang, agen pencerah. Tak percaya? Ok, meh aku kongsi cerita. Bebaru ni, aku balik kampung setelah sebulan lebih tak menjejakkan kaki ke rumah ayah bonda. Aku pun beli buah tangan untuk dibawa pulang. Aku beli kerepek pisang. Aku tahu famili aku memang suka kerepek pisang pun. Aku beli yang kerepek pisang yang kosong. Kalau beli yang ada perisa, ada saja yang nak komen rasanya masin sangatlah, manis sangat l...

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu. Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju. Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'. Jom layan gambar. Ini ruang dalam dia. Ada TV siap astro. Ada wifi. Tapi dah ada wifi handphone, jadi tak perlu guna wifi percuma yang lain. Cermin yang best. Siap ada lampu solek. Ada electric kettle (jar elektrik), cawan, air mineral, nescafe, teh, gula dan creamer. bawah tv tu ada fridge (peti sejuk). biru tu bakul sampah. Tepi kanan tu kerusi solek. Pin...

Mana Nak Cari Jodoh?

Assalamualaikum. Maaf, ini adalah entri peribadi. Walau bergunung rasa rindu ini saya tanggung tapi saya tak salahkan awak. ALLAH bagi pinjam awak kejap je. Sekarang ni DIA ambil balik. Saya tak marah. Saya tak terkilan. Saya redha. Saya yakin ALLAH ada perancangan yang terbaik untuk saya. Saya optimis. DIA tak kan sia-siakan apa yang ditarik balik dari saya. Saya bersyukur kerana dapat kenal awak. Terima kasih, awak. Sesungguhnya saya rindukan awak.  Tapi aku harus kuat. Kuat menghadapi semua ini. Sudah suratan takdir. Hati mana tak sedih kan melihat orang lain membina masjid sedangkan diri masih keseorangan. Aku tahu tak semua orang dapat ujian macam aku. Aku tahu tak semua orang sekuat aku. Aku cuba menyedapkan hati sendiri. Bukannya tiada kemahuan ke arah itu tapi belum sampai jodoh. Aku kena kuat, kuat. Tak semua orang sekuat aku, masih boleh berlagak selamba, masih boleh bergelak ketawa membicarakan hal ini. Tapi kadang kala mendung juga singgah. Mana nak ca...

Demam Rindu pada Seseorang yang Berjauh Hati

Aku rindukan dia, sampai tidur pun terjaga. A tu baik orangnya tapi tak la sebaik Bubu tapi Bubu juga tak la seistimewa macam A. Masing-masing punya keistimewaan tersendiri. Kadang kala aku rimas dengan A. tapi dialah kawan, dialah sahabat. Aku dah mula rasa demam rindu ni. Adei~ Dia berkecil hati dengan aku sebabnya sebab yang tak munasabah Tak kesian ke dia buat orang sakit macam ni? Aku baru je nak sembuh dari sakit tapi macam sakit tu menyerang kembali. Sedih juga macam ni, salah faham. Kadang-kala fikir, mungkin inilah pengakhirannya. Mungkin.. Ah, aku rindukan kau, A. p/s: Maaf, aku tak peduli lagi pasal blog. Pasal nak jaga itu ini. Biarlah aku luahkan segalanya.. Terima kasih sudi singgah dan baca. Salam rindu, Sha.

Tak Payah Baca

"We can change our lives, We can be, do and have exactly what we wish ~Anthony Robins~ Is it possible? Absolutley! Assalamualaikum. Perasaan aku tatkala ini bercampur baur. Banyak yang tak terluahkan. Dulu, blog ni la jadi mangsanya. Tapi kini, ada masalah sikit dengan lappy membuatkan aku seperti hilang tempat meluahkan rasa. Jangan risau, apa yang aku luahkan tidaklah mengaibkan sesiapa. Malam ini, aku sedar, aku masih lagi jauh dalam bidang blogging ini. Dengan jumlah follower 2500 itu belum dapat membuktikan apa-apa apabila komen pula kurang. Aku tahu blog aku tidaklah semenarik blog orang lain. Apa pun terim kasih sudi ikut (follow) blog aku ni, walaupun aku tak amalkan i follow u, u follow me back. Entah berapa orang saja yang aku follow back tu. Aku teringin sangat nak masuk Projek 100 Blogger oleh Bro Framestone. Dah berkali-kali juga aku nyatakan hasratku kepadanya. Bukan dia tak kasi aku join cuma aku rasa langkah kakiku belum sampai. Cemburu juga kepada m...

Kejam, Kena Tinggal Sorang-sorang Tatkala Sakit

Assalamualaikum. Apa khabar? Aku, alhamdu lillah, demam dah beransur sembuh, ada sikit-sikit je lagi simtom-simtom demam selesema tu. Aku pun hairan juga kenapa teruk sekali demam selesema yang aku alami. Lepas je bangun tidur (tidur siang sebab tak larat sangat), terus tak ada tenaga. Adakah kerana semua tenaga dan lemak digunakan untuk melawan virus? Kalau ya, alhamdu lillah lah, sebab sel darah putih aku masih berfungsi. Hehe~ Sebab ini juga la aku tak ikut kakak aku balik ke kampung. Kena tinggal sorang-sorang kat rumah tatkala demam. Kejam, kan? Hehe~ Sebenarnya, aku yang tak nak ikut. Teruk dan lemah sangat badan aku. Kalau ikut pun, melemahkan lagi je, sebab letih jalan jauh. Lagipun balik sehari je. Apa lah sangat, kan. Buat letih jer. Menjelang maghrib, demam selesema dah beransur sembuh. Suara pun dah ceria. Alhamdu lillah. Tapi, ada pula orang tu ajak aku keluar dan merajuk pula bila aku menolak. Dia tak tahu yang aku demam teruk gila masa dua hari yang dia sibuk...

Tension Sangat, Bengang!!!

Assalamualaikum. Ini adalah entri peribadi. Aku sangat tension. Tak tau kat mana lagi nak luahkan. Budak2 ni pun sangat bising. Dari  pagi tadi sampailah sekarang, dah dekat pukul 5 petang. Korang bayangkanlah.. Dah berapa kali aku tegur tapi tak juga nak diam2. Parentnya keluar. Apa yang aku tak bagi, itu yang diorang buat. Suara dah berapa kali meninggi. Tension sangat. Sekarang kan cuti sekolah. Adei.. Korang mungkin tak tau keadaannya. Dah macam tongkang pecah dan macam Hindu kapal karam je. Bak kata kawan aku yang kebetulan call, dia kata macam pasar dah. Yes, indeed. Aku tensi sebab dia tu , entah diam je (sedangkan aku rindu sangat-sangat pada dia). Katanya dah siap bertop up tapi tak ingat kat aku pun? Mungkin dia dah jumpa yang lain kot. Ye la kan, ramai je yang cantik-cantik kan.. Tak apa la, mungkin tiada jodoh antara kami. Tapi rasa ikatan itu masih membelit di hatiku selagi itu aku akan setia. Susahnya, bila orang dah tak ingat pada kita padahal ramai la...

Apabila Hujan, Maka Line Teruk, Mood Hilang

Letak gambar selipar diambil dari facebook kawanku sebab hati tengah berwarna pink sekarang ni. Maksudnya? Erm, segan nak bagitau. Baca je la. Hehe~ Assalamualaikum. Apabila hujan, maka line teruk, mood teruk. Amacam tajuk, gempak tak? Haha~ Minta maaf kerana tidak berkunjung balik ke blog rakan-rakan. Mood terbang dan basah bersama hujan yang turun mencurah-curah. Semuanya kerana tiga perkara. Satu mengenai mood blogging, kedua pasal line internet yang sangat teruk dan ketiganya diri sendiri yang tak berapa sihat (sekarang ni pun tengah sakit kepala tapi rasa teringin plak nak membuat entri. Haha~). Mengenai segmen kenangan persahabatan masa sekolah rendah , alhamdu lillah sambutan menggalakkan (walaupun tak promote sangat sebab 3 perkara yang telah disebutkan di atas). Nanti aku listkan dan buat hyperlink ke semua yang telah menyertainya. Ada kisah lucu, ada kisah sedih. Ada juga yang komen tak ada sahabat masa sekolah . Adakah aku yang salah atau mereka yang tak faham akan...

Sekali Lagi? Redha Je

Assalamualaikum. Ini adalah entri crap. Minta maaf, mood ke laut. Mood orang baru putus cinta. Haha~ Orang kata bercinta tak semestinya bersatu. Aku dah alah rasanya dengan perpisahan. Aku tak marahkan sesiapa. Kalau tiada jodoh, tidak akan bersatu, kan? Bila tengok orang lain, senang sahaja dapat jodoh. Berkawan dan berkahwin, jalani kehidupan bahagia bersama anak-anak. Allah tak kan uji seseorang kalau tidak dapat dilaluinya. Itu ayat penyedap hati. Hari ini aku lalui perpisahan lagi tapi aku masih boleh rileks sahaja. Boleh gelak-gelak, boleh gurau-gurau. Kecewa dan sedih? Bohonglah kalau aku tak rasa tapi jap je. Aku kan jenis happy dan optimis. Dah orang tak nak, lupakan sahaja. Tak perlu nak seksa-seksa diri. Cari je orang lain. Masih ramai lagi yang ada =) P/s: Minta maaf kalau aku tak balas komen korang. Mood kurang. Lain hari aku lawat korang. Tolong jugak jangan nak kata aku muda lagi. Pls.. P/s/s: Siapa yang kerja Nuffnang yang jawab-jawab soalan ni? Dulu o...

Bahagianya Jadi Single

  Assalamualaikum. Ini adalah entri peribadi. Kali ini Valentine yang memang aku tak pernah sambut pun tapi tarikh 14 Februari 2012 memberi erti kebahagiaan kepadaku. Terima kasih Ya ALLAH. Aku tak tahu nak cakap macam mana, yang pasti rasa sangat bahagia apabila aku tahu ramai yang mengakui menyayangiku, seperti menjawab entri do i speacial . Ye la, kawan ramai tapi tak tahu plak ada yang sayang padaku. Opss, aku single okay.. Maksud aku sayang seperti seorang teman tapi mesra. Haha, nak juga teman tapi mesra, kan. Mungkin juga boleh berkembang mekar nanti. (Smile). Sebab tu aku tak boleh nak cakap si fulan si fulan, sebab kalau diorang tahu, gaduh-gaduh pulak, jenuh aku nak jelaskan dan pujuk sorang-sorang. Haish, aku tak nak tempat masalah.   Ini yang membuatkan aku gembira dan selesa untuk jadi single. Korang macam mana status diri? Berpunya? Berkahwin? Aku berpunya, mak ayah yang punya. Haha~ Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get ...

Tak Larat Nak Tahan Dah

Assalamualaikum. Apa yang bakal anda baca ini adalah crap. Aku tak larat doe nak tahan beban ni. Bebaru ini minda aku dilanda masalah. Er, macam besar je. Tak de la besar sangat. Biasa je. Tapi memberatkan minda ni. Sekarang ni ada empat kes, semuanya berkaitan lelaki dan berlaku dalam masa tak sampai 24jam. Pening juga nak fikirkannya. Aku jenis tak kisah. Aku jenis enjoy je. Happy. Bila ada masalah ni, lagi la aku jadi happy giler. Aku jadi nanar, so happy dan gelak je. Hahaha, dah sebijik macam orang giler. Penat doe. Aku menulis sekadar melepaskan rasa. Stress. UP DATE Ada orang kata aku bersama dengan 4 orang lelaki. Oi, gila ke apa? Aku masih waras dan tahu hukum hakam. Aku tak boleh ceritakan 'siapakah' mereka walau kalau ikutkan gelodak hati dan diri yang stress, mahu saja aku cerita panjang lebar. Tapi semua itu aku lupakan kerana aku tidak mahu memusnahkan kepercayaan mereka kepadaku. Aku ada rahsia yang perlu aku simpan dan aku pun tak nak ada sesiapa yan...

Jangkitan Batuk dari Asia Barat

Assalamualaikum. Line internet hari ni agak teruk. Dari tadi nak up entri tak boleh. Entri tu aku nak buat autopublish untuk waktu aku tak on line nanti. Tapi di sebalik semua itu, aku mendapat ilmu baru. Ilmu yang kawan-kawan aku kongsikan di facebook. Aku dapat resipi, aku dapat pengetahuan am dan ilmu agama. Syukran.. Ok, berbalik kepada diriku (bajet artis, haha~) Aku dapat batuk. Rasanya berjangkit daripada mak ayah yang baru balik dari Mekah. (orang kat Mekah memang biasa la kalau batuk). Perit rasa tekak ni. Rasa ada bakteria bergerak-gerak. Erk! Mak ada suruh makan ubat. Tapi aku malas nak makan lagi sebab aku nak makan sejenis makanan yang tak boleh digandingkan dengan ubat. Haha~ Degilnya budak ni. Tak apa la. Aku nak rasa juga bagaimana orang lain rasa sakit. Haha, ada juga orang macam ni kan? Bukan apa, aku nak merasai betapa nikmatnya sihat. Orang kata bila kita sakit baru terasa betapa nikmatnya sihat yang dirasakan. Wink wink. Sebenarnya, aku susah nak dapat...

Oh Ye Ke? Tak Nak La

Assalamualaikum. Aku agak sibuk sehari dua ini. Fikiran dan emosi pun kurang stabil. Eh, artiskah aku nak cerita pasal peribadi? Er, aku bukan artis. Kalau artis pun, aku bukan popular. :P Sebut pasal artis ni, teringat pula pada kelab tarian. Adik-adik dalam kelab sibuk sekarang ni. Aku pun malas nak menambah beban diorang lagi. Kalau macam tu tak dapat jumpa dan beramah mesra. Tak suka la.. Kalau annual grand dinner kelab tarian yang formal yang menteri datang, artis-artis, penuh dengan protokol, gambar pun tak boleh ambik suka hati, nanti pak guard marah, mana ada masa nak  berborak. Ah, tak suka. Eh, suka hati aku jer nak condemn, padahal diorang yang bersusah payah dan stress. Sebenarnya, aku nak jadi salah seorang daripada mereka. Tapi tak boleh, aku ni tetamu. Argh, tak best.. Nak berborak selepas tu? Erm, diorang memang sibuk sebab uruskan majlis. Berborak dengan orang lain? Aku rapat dengan majlis tertinggi (MT) je. Nak berborak dengan orang lain tu boleh tapi ta...

Minta Pendapat: Nak Turun ke Tak?

Assalamualaikum. Kakakku mempelawa/suruh/ajak ke rumahnya pada awal bulan Disember nanti. Sebab apa, nak temankan dia sementelah (ayat Melayu Klasik) suaminya pergi out station. Aku? Nak juga pergi. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Memang aku dah pernah pun turun sana, KL-Shah Alam-Klang. Tapi setiap perjalanan itu bagi aku membawa satu kenangan yang tak ternilai - berharga. Sebab setiap satunya memang tak kan sama. =) Tapi, aku tak ada duit la. Rasa berbelah bahagi. Nak turun, tapi tak ada duit. Nak minta, malu la.. Apa pendapat korang?   Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker