Hamil mengandung Sebenarnya, sudah lama tahu tetapi tiada kesempatan untuk berkongsi mengenai cara buat anak, untuk mengandung hamil untuk pasangan yang telah lama kahwin tetapi belum dapat anak. Sumber berdasarkan pengalaman hidup dan dari perkongsian doktor-doktor sakit puan dan tuan. 1. Period Perkara pertama yang perlu dikenalpasti ialah period atau kitaran haid si isteri. Adakah teratur atau tidak? Jika teratur, tiada masalah. Ada peluang yang besar. Tetapi jika tidak teratur pun tidak perlu risau, ada jalannya, insya-ALLAH. Ada juga pernah dengar banyak kisah yang period tak teratur tetapi tetiba dapat anak. Tahu-tahu dah nak bersalin. Namun, biasanya akan diberi ubat kesuburan. Apa yang penting, jangan beli sendiri. Pastikan dapat deskripsi dari doktor. Kang tak pasal-pasal trigger penyakit lain pula. 2. Hubungan kelamin 2 hari sekali Ya, hubungan kelamin tidak perlu dilakukan setiap hari. Hal ini kerana sperma baru dibentuk dalam masa 3 hari. Jadi, doktor sarankan ...