Langkau ke kandungan utama

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress



Buku pink hamil


Kedegilan ibu hamil yang berbahaya bikin doktor stress. Sedikit stress ya semalam tengok kes ibu hamil. Ini antara kes-kesnya.

🔹 Kes 1:

34 tahun perempuan, stroke bulan 11 2024 dengan lemah badan belah kiri. Punca? Darah tinggi & kencing manis yang tak terkawal, degil tak mahu makan ubat.

Doktor nasihatkan untuk ambil perancang, tapi pesakit menolak, konon nak merancang sendiri - coitus interruptus @ pancut luar.

Cuba teka apa yang jadi? Datang balik lepas raya, mengandung 11 minggu

Haa tepuk ! 🤦🏻‍♂️

Suami terlebih s@ng@p. Bini stroke lumpuh separuh badan pun dia kerjakan sampai mengandung. Suruh merancang tak nak.

Nanti siapa nak jaga anak & bini dalam keadaan macam ni? Suami ke? Entah-entah suami lari cari perempuan lain 🤭

🔹 Kes 2:

Established DM, maknanya dah ada Kencing Manis sejak sebelum mengandung. Default follow up berkali-kali. HbA1C tidak pernah terkawal, last 10.1%.

18 tahun tunggu nak ada anak. Alhamdulillah kali ini mengandung pada usia 40 tahun.

Tapi sayang, kandungan tak lama. Gugur ketika janin berusia 12 minggu.

Punca? Kencing manis yang tak terkawal + kemungkinan usia yang dah lanjut.

Mereka yang mempunyai Kencing Manis berisiko tinggi untuk gugur dan anak cacat - congenital anomalies.

Mungkin belum ada rezeki? Atau sebagai ujian untuk lebih berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan selepas ini.

Dan banyak lagi kes-kes yang memeningkan kepala yang kami hadap tiap hari 🥸 macam mana la doktor-doktor ni tak stress.

Doktor pula bersungguh-sungguh nak pesakit sihat. Pesakit? Endah tak endah je hmm.

========

🔸 Nasihat saya kepada wanita:

1. Carilah suami yang cerdik pandai. Tak belajar tinggi tidak apa, yang penting RAJIN UNTUK BELAJAR. Elakkan cari yang hanya manis di mulut, pahit di otak.

Kalau dah tahu lelaki tu anti-perubatan moden, seeloknya reject je la. Proton pun dah ada e.MAS, ni acah nak rawatan tradisional lagi. Silap-silap dia pun sunat pakai laser dulu-dulu.

2. Suami adalah ketua. Salah pilih ketua, rosak satu pasukan. Perempuan ada hak untuk memilih ketua keluarga, jangan tangkap muat je.

3. Semasa fasa berkenalan, selitkan sekali perbincangan berkenaan kehamilan. Tanya terus “nak anak berapa?”, “bila nak ada anak?”, so bila dah ada target, baru nampak perjalanan, takde lah dah mengandung baru nak menggelabah.

Jangan malu-malu nak sembang bab mengandung ni, tak lucah pun. Yang lucahnya kalau hang pi tanya nak posisi apa malam pertama?! Okay ini redflag. Boleh cari lelaki lain.

4. Kalau rasa umur dah tua tu, rajinkan lah buat pemeriksaan kesihatan sekali setahun. Banyak komplikasi jika mengandung dengan macam-macam penyakit ni.

5. Dapatkan nasihat doktor berkaitan kesihatan, bukan Uncle Google atau Makcik Bawang di Facebook. Kalau kamu sakit, yang rawatnya doktor juga. Makcik Bawang ni entah ke mana.

Tapi yang pasti Makcik Bawang ni akan muncul balik bila komplikasi berlaku di Hospital.

“Kan aku dah kata jangan cucuk baksin. Nanti anak cacat!”

Padahal anak cacat sebab kencing manis tak terkawal, sebab mak tak makan ubat, percaya supplement herba Makcik Bawang ni 🥸

========

🔸 Nasihat saya untuk lelaki:

1. Kalian adalah ketua keluarga, setiap apa yang dilakukan akan dipersoal di akhirat kelak. Renung-renungkanlah:

‎أَلَا ‌كُلُّكُمْ ‌رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Maksudnya: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.” (Riwayat bukhari: 7138)

.

“Dr, suami saya tak izinkan untuk merancang. Saya tak nak jadi isteri derhaka !” - kata seorang ibu yang baru sudah beranak + sawan masa mengandung + gula & tekanan darah tinggi sokmo 🥲

Ingatlah. Tiada taat pada perkara maksiat atau yang merbahayakan nyawa 🤲🏻

Ibnu Nujaim berkata:

‎لا يجب على الْمَرْأَة طَاعَةُ الزَّوْجِ في كل ما يَأْمُرُ بِهِ ، إنَّمَا ذلك فِيمَا يَرْجِعُ إلَى النِّكَاحِ وَتَوَابِعِهِ ، خُصُوصًا إذَا كان في أَمْرِهِ إضْرَارٌ بها

"Isteri tidak wajib patuh kepada suami dalam setiap perkara yang dia perintahkan. Sesungguhnya kewajipan itu hanya berkaitan dengan perkahwinan dan perkara-perkara berkaitan dengannya, terutamanya jika perintah suami akan memudharatkan isteri." [Al-Bahr al-Ra'iq" (5/77)].

.
Kredit:
Irfan Tajol,
Pakar AOR Discharge


Pendapatan Sha pula, wanita wajib jaga diri sendiri. Suami minta anak ramai, tapi langsung dia tak nak jaga anak pun hang sanggup nak bagi anak lagi? Hmmm, fikir diri sendiri dulu, kak. Anak ramai pun nak buktikan apa? Ada sape bagi duit ke kalau anak ramai? Mampu ke jaga dengan sepenuh perhatian? Laki pun turut sama jaga anak ke?

Kalau semuanya jawapan negatif, elok fikirkan semula nak tambah anak. Anak ini lahir dengan amanah dan tanggungjawab yang kita kena tunaikan. Takkan nak harap orang lain atau pihak zakat pula sara anak-anak kita?

Nak anak ramai tapi lepas tu terbiar. Laki perangai entah apa-apa pun duk sayang lagi. Suruh guna perancang, tak mau. Duk kata rancang sendiri ja. Tapi tak tau pula rancang sendiri tu berapa peratus tetap jadi baby, tak pula cakna ambil tahu. Haish la..

Kalau tolak permintaan suami untuk anak ramai pun, suami akan lebih hormat kepada isteri. Kalau dia tak hormat keputusan isteri untuk setakat itu sahaja anak, kau carilah orang lain kak. Ramai lagi lelaki yang baik.

Jaga diri. Sayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker