Berjaya pujuk suami shopping baju raya. Dari minggu lepas lagi dah ajak si dia singgah sini. Tapi sibuk katanya. Nak hujan la. Bermacam-macam alasan.
Hari ini, last minute planning berjaya. Tu pun, Sha kena tunggu lama juga.
Beli brand ni bukan sebab viral yang guna duta tapi sebab pernah beli brand ni, puas hati. Pakai banyak tahun pun kekal herlok lagi. Cantik lagi. Harga pun marhaen mampu. Itu yang kita cari.
Dulu beli kat Shopee je. Sekarang kedai Shopee nya dah macam x menjual di situ.
Ada jual kat Tiktok. Tapi entahla, rasa lebih suka datang tengok sendiri.
Suami sibuk cakap, kena bawa Harraz datang sini. Sha cakap, settle kan awak dulu. Awak penting. Harraz tak apa.
Lepas tu, dia sibuk nak bawa Hana juga. Cantik-cantik baju sini katanya.
Baju wanita pada Sha ada yang cantik. Ada yang kurang berkenan. Memang cantik semua tapi Sha la ada yang kurang kenan sikit. Citarasa masing2 kan. Cuma material kain macam brocade tu best . Sha pernah ada baju material sama.
Rasa mahal.
Balik tadi suami cuba lagi. Puas hati katanya. Cuma tu la warna yang nak tu xde.
Suami nak baju Bulan Ke Bintang (saja tulis salah) tapi teringat ada isu kualiti low, terus tak jadi. Malas la beli kalau setakat pakai sehari. Buat semak almari pakaian je.
Better kita beli boleh pakai kerap dan tetap nampak elok. Macam baru.
Yay, Alhamdulillah settle dah baju suami. Baju 3 beranak lagi belum.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.