Assalamualaikum. Selamat hari raya. Terkejut aku hari ni apabila mendapat perkhabaran buruk daripada adik-adik kesayanganku di UUM, bebudak persatuan. Pesanan yang dibawa adalah Mantap YDP PSSCM UUM, Sallehudin Mat Lazim telah kembali ke rahmatullah. Ya ALLAH, patut la aku rasa lain je bila nak dia komen dalam group fb PSSCM UUM, bebaru ni. Tapi, aku tak tegur. Tak percaya Malam tadi, aku sudah mahu melelapkan mata sebentar akibat tak tahan sakit kepala (sedih sebab kehilangan arwah juga). Tapi bila dengar berita Buletin TV3 -kemalangan dan nama yang disebut adalah rakanku, aku terus bangun dari katil dan cakap, "kawan aku tu," sampaikan kakakku berasa hairan, tetiba saja aku keluar bilik dan cakap macam tu. Aku tak maklumkan pada dia tapi aku bagitau pada adik-adikku. Diorang faham la bila aku sebut "kawan aku tu". Kakakku yang kehairanan bertanya, "ye ke mati?" "Ye la." "Sallehudin tu kawan ko ke?' "Ya. Memang kawa...