Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Petua

Sudah Kahwin Lama Tetapi Belum Dapat Anak : Tips Cara Buat Anak, Mengandung Hamil

Hamil mengandung Sebenarnya, sudah lama tahu tetapi tiada kesempatan untuk berkongsi mengenai cara buat anak, untuk mengandung hamil untuk pasangan yang telah lama kahwin tetapi belum dapat anak. Sumber berdasarkan pengalaman hidup dan dari perkongsian doktor-doktor sakit puan dan tuan. 1. Period Perkara pertama yang perlu dikenalpasti ialah period atau kitaran haid si isteri. Adakah teratur atau tidak? Jika teratur, tiada masalah. Ada peluang yang besar.  Tetapi jika tidak teratur pun tidak perlu risau, ada jalannya, insya-ALLAH. Ada juga pernah dengar banyak kisah yang period tak teratur tetapi tetiba dapat anak. Tahu-tahu dah nak bersalin.  Namun, biasanya akan diberi ubat kesuburan. Apa yang penting, jangan beli sendiri. Pastikan dapat deskripsi dari doktor. Kang tak pasal-pasal trigger penyakit lain pula. 2. Hubungan kelamin 2 hari sekali Ya, hubungan kelamin tidak perlu dilakukan setiap hari. Hal ini kerana sperma baru dibentuk dalam masa 3 hari. Jadi, doktor sarankan ...

Tips Cara-cara Menjadi Pegawai Terbaik di Tempat Kerja Baru

Sifat sombong pegawai Sha nak kongsikan antara tips cara-cara menjadi pegawai terbaik di tempat kerja baru. Supaya tidak digelar pegawai sombong dan dibenci oleh bawahan. Sha share dahulu ya, tiada masa untuk rungkaikan satu persatu atau susun elok-elok. SOALAN Tips how to be a good leader ( Pegawai) sebab saya tak nak disebabkan pangkat ni kita rasa kita hebat, lebih baik atau sombong dengan orang lain sebab saya tahu sesungguhnya pangkat atau darjat itu hanyalah sementara & bila2 Allah boleh tarik balik. Jadi, give me some tips ya. ~ Tips survive kat tmpt baru. ~ Tips deal dgn anak buah yang jauh lebih tua dari kita. ~ Tips on how to be a good leader. ~ Tips memberi arahan dan sebagainya. Thank you. Sedia berkhidmat untuk negara 1. Tahniah dan welcome on board as penjawat awam. 2. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya… Jangan sombong. Jika tak tahu, bertanya. Rajin² belajar walau dengan gred paling rendah sekalipun. Mereka lebih banyak pengalaman dan ilmu. 3.  Must be a fa...

Petua Tips Tambah Pendapatan Sampingan Di Rumah

Pendapatan sampingan yang menyeronokkan! Petua Tips Tambah Pendapatan Sampingan Di Rumah. Banyak yang Sha cari dalam internet kalau tips nak tambah pendapatan sampingan, disuruhnya buat kerja online. Hmm, kalau dah jadi surirumah, mananya nak sempat pegang laptop dan mungkin duit nak beli data internet pun tiada peruntukan. Nak kena buat kerja translate atau ajar orang pula atau jawapan kepada soalan peperiksaan. Huh, 'masak'! Pada pendapat Sha, ianya tidak sesuai kerana sibuk menjaga anak, nak main laptop, anak juga akan mengganggu. Tarik dan gigit wayar laptop. Hah, sudah! Hahaha.. Kalau korang ada anak yang behave dan buat hal sendiri sahaja, mungkin boleh guna laman web yang khusus untuk jana duit dengan melakukan kerja menulis sikit. Jadi, idea Sha ni lain sikit ya. 1. Pengasuh Transit Budak Sekolah Kalau korang mampu, boleh jadi pengasuh. Seorang budak dicaj RM250-350 seorang. Bayi biasanya RM350. Bila dah besar sikit, boleh caj RM250 bila bu...

Petua Tips Petua Untuk Memasak Sedap

Makanan Malaysia memang sedap-sedap. Dah lama Sha nak kongsikan tips petua untuk memasak sedap. Sha pun tak ada lah pandai masak sangat. Masak biasa-biasa sahaja. Tapi bolehlah ada rasa sedap tu. Dapat pujian "sedap" dan 5 bintang dari suami pun dah cukup baik. Lepas tu, suami akan cakap, "Esok awak masak lagi macam ni" Kira ok la kan.. 1. Nasi sedap Wangi Satu Rumah  Kadang beras kita tu tak elok atau rasa tawar sahaja. Aha, nak tambah bagi sedap sikit dan berselera nak makan nasi? Sha ada petuanya. 2-3 ulas bawang putih - dipotong panjang-panjang 1 inci halia - dimayang 1 helai daun pandan - disimpul Basuh, toskan beras dan letak air macam biasa. Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tak perlu kacau. Masak nasi seperti biasa. Nanti, nasi akan harum semerbak. Pasti ada yang akan bertanya masak apa wangi sangat ni. 2. Telur Dadar Sedap Nak Mati Telur dadar, ada je yang sedap. ada yang tak berapa nak sedap. Tapi kalau nak ...

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Zaman teknologi dewasa ini yang canggih dan moden, sudah semestinya perubatan turut berubah menjadi lebih mudah dan konvinient (selesa).   Kabur sikit-sikit itu tidak menjadi masalah kerana kanta lekap berkanta sudah sedia ada dalam pasaran. Harganya pula tidaklah membebankan. Adakalanya lebih murah berbanding kaca mata (spek). Nak pakai contact lens bukan senang bagi mereka yang pertama kali mencubanya.   Cuba bayangkan untuk memasukkan sesuatu bendasing dalam mata sedangkan mata itu adalah sangat sensitive dan peka terhadap cahaya mahupun apa sahaja yang berada dekat padanya, kelopak mata pasti akan tutup mata awal-awal. Benda paling berharga, mestilah ada penjagaan yang khas dan khusus. Namun begitu, bagi mereka yang kerap kali memakai kanta lekap, tidak mempunyai masalah untuk memasukkannya ke dalam mata. Sekali dah Berjaya masuk ke dalam mata, kita akan tahu caranya. Pertama: Basuh dahulu kanta lekap menggunakan air solution khusus untuk kanta leka...

Bayam Duri, Daun Neem Mambu, Daun Cermai Baik Untuk Demam Campak

Bayam duri Neem atau nama lainnya Mambu Demam campak atau cengkering boleh menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran dengan virus tersebut dan sistem ketahanan tubuh badan yang lemah. Terdapat beberapa daun yang sesuai untuk merawat demam campak, semasa dan selepas campak habis keluar. Pokok bayam duri. Cabut sampai keluar akar dan rendam ke dalam bekas air. Hasilnya, air rendaman tersebut terasa sedikit sejuk dan serangan virus dapat dipatahkan dari menjangkiti orang lain pula di dalam rumah tesebut. Daun Neem atau Mambu. Selalunya berada di kawasan orang India kerana mereka menggunakan khasiat pokok ini. Daun Cermai juga sesuai untuk dibuat bedak dan tempekkan ke seluruh badan setelah campak keluar habis dan susut (sembuh). Tujuan daun cermai dicampurkan ke dalam bedak sejuk atau beras yang dikisar adalah untuk menghilangkan parut campak.

Proses Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Senang Lulus

Proses mendapat Lesen JPJ Proses mendapatkan lesen memandu motosikal yang senang untuk lulus. Saja kongsikan supaya ada yang mendapat manfaat dari pembacaan entri ini. Pertama: Mendaftar dengan Institut Memandu yang Berdaftar di Malaysia Banyak institut yang ada menyediakan perkhidmatan mengambil lesen. Bermacam-macam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Pilih juga tempat yang menyediakan perlaksaan ujian memandu yang mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turun ke tempat latihan institut tersebut. Ini akan mengurangkan rasa gugup anda sebab sudah terbiasa dengan litar yang ada. Kalau litar baru, mungkin anda akan pening dan blur sedikit. Oh ya, fikirkan juga adakah institut memandu ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Anda belum memiliki lesen ye, jadi jangan memandai menunggang sendiri. Dicadangkan memilih institut yang menghantar dan menjemput anda. Tidak perlu menyusahkan orang lain kerana biasanya awal pagi calon perlu berad...

Petua Memasak Resipi Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Sup ketam yang mampu merawat demam denggi Petua Memasak Resipi Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi Bahan: a. Ketam 2 ekor ( Tetapi ketam yang sesuai dan lebih mujarab ialah Ketam Nipah) b. 2 biji buah pelaga c. Kayu manis sepanjang jari kelingking d. Sekuntum bunga lawang e. Bawang putih 5 biji ditumbuk f. Halia sebesar ibu jari diketuk g. Serbuk lada hitam/lada putih h. 3 cawan air i. Garam secukup rasa j. Minyak untuk menumis k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau. 2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika. 3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam. Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah. 4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih. Hidangkan panas. Semoga cepat sembuh ya. * Up date: Ada yang mengatakan ketam batu pun boleh juga...

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Tips Petua Cara Mencantikkan Kuku dengan Bahan Semulajadi

Nak kuku cantik, mudah saja. Tak perlulah menggunakan kutek, pewarna kuku. Cukuplah mengamalkan bahan-bahan semulajadi. Okay, jom baca. 1. Lidah buaya Caranya, bersihkan lidah buaya dan oleskan secara merata pada kuku. Lakukan perawatan ini secara rutin, maka kuku akan terlihat lebih cantik dan bersih putih. 2. Bawang putih Caranya, parut bawang putih hingga halus, kemudian oleskan pada kuku. Biarkan beberapa minit. Kemudian, bersihkan kuku. Boleh juga menggosokkan bawang putih terus pada kuku Anda. Lakukanlah secara kerap, maka kuku anda akan semakin kuat dan tidak rapuh. 3. Belimbing Buluh Belimbing buluh bermanfaat untuk membersihkan kotoran di celahan kuku dan kulit luar. Gosokkan potongan belimbing buluh pada kuku. Kemudian, bersihkan dengan air. 4. Lemon atau limau nipis Untuk mengembalikan kuku yang kuning kepada warna putih. Caranya, sediakan perahan lemon, dan campurkan satu sudu perahan lemon dengan ubat gigi (disyorkan ubat gigi untuk memutihkan gig...

Petua Lembutkan Daging Liat dan Keras

Daging segar sedia untuk dimasak Ada orang bertanya kepadaku mahukan petua melembutkan daging yang liat dan keras. Petua ini diamalkan oleh famili dan orang kampungku: Rebus daging bersama buah betik. Insya-ALLAH daging akan lembut. Boleh juga ketika merebus daging, masukkan sudu atau garfu aluminium untuk meningkatkan suhu air agar lebih panas. Mak aku biasanya masukkan santan dalam rebusan daging. Daging pun enak berlemak. Petua orang lain pula, ambil daun betik, ramas-ramas sedikit. Bungkus daging dengan daun tersebut selama 30 minit. Sumber petua lain Resipi Daging masak merah Petua Membuat Satay yang Sedap Cara Mengelak Keracunan Makanan Selamat merebus daging dan menjamu selera.

Open Tracker