Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Relationship

Tips Cari Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki

Pening fikir apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang lelaki? Tak tahu apa nak diberikan kepada lelaki dan apa yang disukainya? Di sini, ada tipsnya. Dompet Lelaki jenis yang setia kepada dompetnya sampai beberapa tahun dan kadang-kala dah teruk sangat pun dompetnya, masih belum mahu tukar. Jadi, anda ada kesempatan untuk memberinya hadiah sebuah dompet. Tali pinggang Sesuai juga menghadiah si jejaka dengan tali pinggang. Terdapat beberapa jenis tali pinggang. Buat pilihan yang tepat ya. Baju Kebiasaan lelaki akan memakai apa sahaja pakaian yang diberikan. t-shirt, jersi bola pasukan kegemarannya, kemaja dan baju kain kapas adalah terbaik dan buatlah pilihan yang tepat. Tali leher Pemberian tali leher adalah sesuai jika si lelaki menggunakan tali leher dalam pekerjaannya. Jika tidak, ia adalah membazir. Pin tali leher juga adalah sesuai dipadankan dengan tali leher ke tempat kerjanya. Minyak wangi Boleh tahan mahal juga minyak wangi lelaki yang berjenama mahal. Siapa k...

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan. Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang. Hati perempuan bagai kerak nasi . Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating . Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya! Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pu...

Dingorat Tak Henti-henti

Setahun dua ini, ada saja kumbang yang mahu merapati si bunga, aku! Masa aku ada saja berhubungan dengan lelaki-lelaki. Seorang lelaki dalam satu masa. Mungkin di usia yang patut kahwin ini, maka ramailah lelaki yang cuba rapat. Ada yang aku layan. Ada yang tak. Aku ni pula jenis garang kalau bebaru nak kenal. Entah kenapa. Ya, aku memang garang pada orang lelaki yang baru aku kenal tapi kawan perempuan aku cakap aku ni tak garang langsung. Aku susah nak suka kat lelaki. Tapi kalau aku suka, fuh.. lembut gila aku. Hahaha~ Ramai jugak la lelaki yang aku kenal. Rapat. Tapi tak ada jodoh. Tapi tak apalah, kalau aku jadi dengan diorang pun belum tentu aku boleh tahan dengan hidup dia. Sebab itulah Tuhan dah tentukan, dia bukan jodohku. Aku redha =) Motif aku tulis entri ini adalah nak bagitau, walaupun aku tak kahwin lagi tapi bukan laku. Laku. Tapi jodoh belum sampai. Harap doa dari anda semua.

Aku Suka Dia

Assalamualaikum. I am in relationship with someone! Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia. Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah.. Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok. Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia ...

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan...

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat

Assalamualaikum. Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya. Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini. Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya. Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku ter...

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI. HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . ...

Lelaki, Mengalah Tak Salah, OK

Assalamualaikum. Aku nak kasi pesanan kepada lelaki yang mana pasangannya kuat merajuk. Lelaki kadang-kala tak tahu apa yang perempuan nak. Kan ada orang kata, Mens are form Mars, Women are Venus . Nampak sangat berbezanya. Gentleman, kalau girls korang kuat merajuk, janganlah dicari topik apa-apa (terutamanya topik kegemaran kaum lelaki) untuk berbalah dan korang nak menang. See, nampak sangat niat 'jahat' korang untuk menang. Tak salah biarkan si dia menang sekali sekala. Korang juga yang akan gembira bila si dia ceria. Tapi, kalau korang bertegas untuk menang, si dia pula merajuk, korang juga yang akan jadi tak tentu hala nanti. Tak salah dan tak kurang apa pun kalau korang bersabar dan mengalah demi si dia yang tercinta. Ladies, jangan nak merajuk tak tentu pasal. Puk kang. *topik kegemaran kaum lelaki - politik, ekonomi, sukan, berita topik kegemaran kaum perempuan - artis, resipi, kecantikan, gubahan Kesimpulan Biar pun lelaki dan perempuan, berbeza namun, k...

Nak Cari Calon Pasangan

Assalamualaikum. Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'. Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar. Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya.. Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran. Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension. Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak. Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin? Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin ...

6 Alasan Orang Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin

Assalamualaikum. Mesti korang juga nak tahu kan.. Kenapa orang sibuk-sibuk tanya pasal bila nak kahwin? 1. Nak makan nasi minyak Ya, nak juga tahu bilakah boleh makan nasi minyak, kan. 2. Nak tahu korang ni normal ke tak Maksudnya korang ni straight ke bengkang bengkok. Hahaha, memang perkara ini pun ada dalam pemikiran sesetengah orang. Ye la, dah belum kahwin lagi kan. 3. Jangan lupakan aku Mana la tau dapat kahwin Dato' ke, Tan Sri ke.. Jadi, diorang tanya-tanya tu sebab nak diingati. Jangan lupa panggil aku, tau. 4. Perancangan Kalau sudah berpunya, bilakah nak dilangsungkan.. Nak juga jadi 'radio buruk' sekali sekala, kan? Nak jadi Mami Jarum la katakan. Hehe~ 5. Nak tolong carikan Kalau tak ada sesiapa atau telah dicop oleh sesiapa, mereka mahu tolong carikan. Jadi match maker la kata orang putih. Best juga tu nanti ada juga orang ingat jasa. 6. Bahagia atau sengsara Ada juga orang yang mendoakan kebahagiaan kita, tak kurang juga yang impi...

Bunga Dedaplah, Kau!

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan cerita kisah benar seorang kawanku. Sebenarnya, aku rapat juga dengan dia tapi dia ni kuat sentap ( sila lihat entri ini) , maka aku pun menjauhkan diri dari dia. Masa aku 'kawan' dengan A, (eh SW la. Hehe~) aku selalu usik dia sentap la, sebab mamat tu kawan rapat dia jugak, siap minta pandangan la, itu ini la. (Nakal kan aku? Tapi ok la dia tak cepat sentap. Kalau tak, jenuh jugak aku nak pujuk kang). Ok, berbalik kepada kisah kawanku yang kuat sentap tu, dia ada girlfriend. Satu group dah tahu kot. Selepas isu kat group dia settlekan, dengan pertolongan aku juga, (Tahu pula nak minta tolong aku, kan? Kalau aku pun jenis kuat sentap macam dia, memang tak tolong dah la. Tapi aku tak macam tu, aku jenis tak suka simpan dendam) dia dah kurang sentap. Sebab apa? Sebab dia dah nak kahwin. Wah, best-best. Jadi aku tak kisahlah kawan dengan dia balik. Dia pun dah tak sentap-sentap, kira OK la, aku on jer. Hihi~ Dah lama, macam sebulan ma...

Jika Benar Seseorang Lelaki Cintakan Wanita

Assalamualaikum. Wahai adam, jika benar kau kasih dan cintakan hawa (wanita) itu ツ   ☻♥☻ /█\ /█\   •.♥• .||.    ||. •.♥• •.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH, •.♥• Nasihatilah dia, •.♥• Perbetulkan kesilapannya, •.♥• Jagalah dia dgn baik, •.♥• Kasihanilah dia, •.♥• Lindungilah dia, •.♥• Berilah kasih syg padanya, •.♥• Hargailah dia, •.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya, •.♥• Bersabar dengannya, •.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya, •.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya.. ✿ Moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin ツ   Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Jom Intai Lelaki: Kalau Lelaki Kata...

Assalamualaikum.  Aku nak kongsikan tips kenali cara lelaki bercakap. Aku ambil dari kawan aku, tak tau pula mana dia ambil. Kadang-kala rasa macam dia yang buat sendiri je, kadang kala rasa dia ambil dari blog entah sape. Kalau tuan blog itu membaca, aku mohon izin kebenaran untuk berkongsi ya. Aku edit juga tau, kasi tulis penuh dari short form. 1. Kalau lelaki kata:  "Ok lah wak, kita sembang lain kali, yek"    Maknanya: Memang kami bizi pun. Tak de nak kias apa-apa. 2. Kalau lelaki kata: "Tak pe, saya tak kisah."    Maknanya: Memang kami tak kisah pun sebenarnya. Tak de nak perli atau sinis. 3. Kalau lelaki kata:  "Kita kawan aje lah, ek.. Saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je."    Maknanya: Sebab lama sangat berkawan. Dah terbiasa. So, tak leh nk develop feeling more than a friend. Tak de sebab lain. Masa nak dulu, korang yang jual mahal sape suruh kan. Sorry la ya. 4. Kalau lelaki kata: "Eh, u call ek? Sor...

Lelaki dan Perempuan Kena Tahu

Assalamualaikum. Jiwang-jiwang sikit. Aku malas nak tulis panjang-panjang. PEREMPUAN KENA TAHU ::seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun:: LELAKI KENA TAHU ::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya:: Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

6 Jenis Hubungan Percintaan yang Mesti Anda Tahu

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat tak? Kalau tak sihat, sila cari ubat ye.. =) Lama rasanya tak baut entri perhubungan (relationship) ini. Jadi, jom la baca. Hehe~ Ada enam jenis pasangan yang wujud dalam sesebuah perhubungan . Justeru, terpulanglah kepada pasangan anda untuk menilau perhubungan anda dan pasangan. Berikut adalah enam jenis pasangan yang ada dalam dunia yang telah aku buat suai padan dengan perumpamaan Melayu. Let’s check out! =) 1. Ibarat ubat batuk ibu dan anak pasangan ini seperti memerlukan sokongan. Penyebabnya, mungkin kerana menghadapi masalah dalam hidup seperti kehilangan pekerjaan, Salah seorang pasangan akan menyokong dan memberi nasihat. Hubungan sebegini akan berkembang hingga ke akhirnya sampai mereka mempunyai anak. 2. Ibarat anjing dan kucing Mereka sering bergaduh. Bergaduh dan bergaduh. Tetapi mereka tetap memerlukan antara satu sama lain. 3. Ibarat aur dan tebing Mereka saling memerlukan. Selalunya mereka mempunyai persamaan baik...

Siapakah Juara Hati? Ehem, Tolong Pilihkan

Assalamualaikum. Kali ini aku ada bawa kajian kes. Cuba korang selesaikan atau teka apakah kesudahannya =) Hehe~ Perubahan drastic selepas berpisah Adila seorang gadis yang meningkat dewasa, baru mengalami perpisahan. Adila jadi separuh nanar dengan perpisahan itu. Hatinya hancur luluh tapi dia pura-pura hilang ingatan, amnesia. Dia sengaja menjadi gedik ambik gambar artis kesayangannya yang masih bujang dan buat post di facebook serta katakan itulah bfnya. Ramai kawan-kawannya komen gambar tersebut kerana sebelum ini Adila adalah seorang yang tidak pernah menunjukkan gambar bfnya di fb. Dalam masa yang sama dia tidak lupa terangkan pada Ali supaya tiada kekeliruan. Ali faham lantaran dia mengenali Adila yang gila-gila. (Siapa Ali? baca kat bawah nanti, fahamlah) Kerana ingin melupakan keperitan perpisahannya dengan Mr. X, Adila jadi semakin ceria. Gelak tawa Adila, menggila. Dia aktif berfacebooking semata-mata ingin melupakan rasa sedihnya, rasa kecewanya apabila cintany...

Skrip Kehidupan Sama

Assalamualaikum. Skrip kehidupan kita kadang-kala sama sahaja. Maksud aku, sejarah berulang. Sebab tu kita kena belajar dari sejarah supaya sejarah tak berulang, pisang tak kan berbuah dua kali. Contoh terdekat pada pembaca blog aku ni (khalayaknya ramai yang masih bergelar pelajar, kalau yang dah bekerja pun, masih ramai yang single mingle), pasal percintaan. Untuk mendekatkan lagi kisahnya, blogger yang letak gambar bf/gf kat blog. Duk cerita itu ini pasal couple masing-masing. Tetiba clash. Mahunya mengutuk caci maki, sedangkan dulu ni cakap semuanya baik-baik je pada si dia tu. Huh, menyampah aku dan kawan-kawan yang lain! Serius, ramai yang tak suka, tau. Kalau ada yang puji korang sweet tu, saja tak de perkataan lain nak letak. Betul ni. Percayalah. Kesimpulan Jadi, tak perlu la nak menunjuk bagai. Couple diam-diam sudah la. Tak perlu nak tunjuk gf/bf cantik/hensem bagai. Orang rampas baru tau. Melalak melolong pun dah tak guna. Anything can happen, that why life i...

Open Tracker