Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Percutianku

Sakura Malaysia Meriahkan Suasana Negeri Kedah Seperti Berada Di Korea dan Jepun

Keindahan sakura sebegini sememangnya Kedah layak digelar Korea Malaysia. Boleh buat drama Autumn in my heart ni. Hehe~ Fenomena pokok Tecoma yang berbunga lebat setelah Kedah mengalami kemarau yang panjang menjadikan daya tarikan yang mengagumkan. Ramai yang berhenti seketika untuk merakamkan kecantikan dan keunikan pokok yang digelar Sakura Malaysia tersebut. Malah, ada yang sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan semata-mata ingin mengambil gambar berlatar belakangkan bunga sakura seolah-olah berada di Korea ataupun Jepun. Di bawah ini ialah petikan dari berita Sinar Harian, bertarikh April 6, 2014, Kedah dilanda musim bunga! Oleh: Roslinda Hashim. Potensi jadi satu destinasi pelancongan baru negeri ALOR SETAR - Selepas dilanda musim kemarau, Kedah kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Korea dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. Penduduk negeri ini dilihat tidak mele...

Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Yan, Kedah

Ramai sudah bercakap tentang kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Kedah.  Dengan sawah padi yang luas terbentang dan gunungnya yang cantik, tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keindahannya. Kini, heboh orang memperkatakan kecantikan permandangan bunga sakura ( Nama Inggeris Tabebuia Penthaphyl. Nama MelayuTecoma ) di Kedah. Ada juga yang mendakwa pokok Sakura Malaysia dan  nama saintifiknya Tabebuia Rosea . Ada juga yang mengatakan Pokok Bongor. Tapi pokok bongor jenis apa, sebab aku kenal pokok bongor. Ada yang mendakwa ini adalah  Pokok Semarak Antara kawasan yang ditanam pokok sakura ialah sekitar Alor Setar seperti Langgar, Hutan Kampung, Taman Kota, Tesco Mergong, Kuala Kedah, Yan, Tanjung Dawai, Jitra dan lain-lain lagi. Ramai yang mengatakan bak berada di Korea. Fefeling Korea gitu! Mari kita tengok gambar yang aku ambil sekitar Yan dan Kuala Kedah. Indah, berlatar belakangkan Gunung Jerai dan sawah padi Sakura di tepi sawah nan permai...

Pesta Penang 2013 Best dan Meriah

Ada sesiapa yang berhajat nak ke Pesta Penang? Pergilah. Aku sendiri telah sampai ke sana. Tak sangka juga keinginan untuk ke sana termakbul. Aku ke sana pada 29 Disember 2013. Balik kerja, Isha budak rumah ajak keluar. Aku yang kebetulan tak kerja pada keesokan harinya aku cuti. Sekali Isha cakap nak ke Pesta Penang. Pucuk dicita, ulam mendatang! Aku pergi berempat orang. Aku, Adda, Isha dan Ashraf. Tempatnya sebelah dengan Stesyen Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang. Kalau tak tahu jalan nak ke Tapak Pesta Pulau Pinang, senang saja. Korang ambil jambatan Pulau Pinang (Penang Bridge) dan lalu ke depan USM, Gelugor. Jumpa lampu trafik, buat U turn, lepas tu terus sahaja sampai jumpa. Kat tapak pesta dikenakan bayaran masuk RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Tapi, aku dan kawan-kawan pergi tu masa dah dekat pukul satu pagi, sebab tutup pukul satu, dah tak de sapa nak jaga untuk caj kami masuk. Mainan pun last je diorang nak habiskan minit-minit terakhir. Aku terk...

Percutianku Kuantan-Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Aku baru balik dari bercuti. Aku pusing-pusing Kuantan dan duduk tengah-tengah Kuala Lumpur. Aku duduk di Petaling Streets. Ya, tempat tumpuan pelancong tu. Aku sempat juga meronda dan melawat beberapa tempat seperti Warisan Walk yang menempatkan Culture Market (Pasar Budaya), dan Pudu Sentral. Tesco Ampang. Giants Wangsamaju. Gambar tak banyak yang aku ambil kerana aku sorang saja yang bercuti. Kawan-kawan aku, semuanya bekerja. Jadi, aku agak segan nak ambil gambar. Bila balik ni baru rasa ruginya aku tak ambil gambar bila tengok gambar-gambar yang aku ambil tu aku rasa ada 'moment yang indah'. Jom layan gambar. Ini ruang dalam dia. Ada TV siap astro. Ada wifi. Tapi dah ada wifi handphone, jadi tak perlu guna wifi percuma yang lain. Cermin yang best. Siap ada lampu solek. Ada electric kettle (jar elektrik), cawan, air mineral, nescafe, teh, gula dan creamer. bawah tv tu ada fridge (peti sejuk). biru tu bakul sampah. Tepi kanan tu kerusi solek. Pin...

Open Tracker