Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur




Pengalaman perit masa lalu

Alhamdulillah aku ni dah tak ada nak merungut dalam menempuh ranjau liku-liku hidup. Mungkin disebabkan pengalaman perit masa lalu membuatkan ku lebih bersyukur. Kemiskinan macam mana yang belum aku tempuh?

Ya, miskin tapi syukur Alhamdulillah belum papa kedana. Pernah bergaji harian RM30, bergaji bulanan RM500 sebulan, itu pun dah cukup bersyukur kerana ada juga kerja bergaji, boleh tanggung diri sendiri.

Pernah menggangur setahun selepas tamat belajar. Alhamdulillah, ada rezeki bayar Unifi masa tu RM79 sebulan kalau tak silap. Tak ingat dah. Lama sudah berlalu. Empat bulan juga la mampu bayar. Duit yang ada buat beli pad. Makan minum ibu bapa tanggung.

Tu la kan, ada je rezeki kat mana-mana. Ulat dalam batu pun boleh hidup.

Ada lagi beberapa masalah yang bagiku terlalu peribadi untuk diceritakan secara terbuka. Biarlah ku pendam dan kunci rapat permasalahan atau pun duri ranjau yang aku lalui dalam hidupku.

Berumahtangga

Apabila berumahtangga lain pula percaturan hidupku. Suamiku boros. Perbelanjaan dibahagi dua, sama-sama bayar rumah sewa, api air, makanan. Selang 2 minggu gaji, suami cakap duitnya sudah habis. Tak ke terduduk aku nak menanggung perbelanjaan semua? Susu pampers anak lagi.

Kami tiada simpanan langsung menjelang pada usia perkahwinan 3 tahun, sampailah aku ambil inisiatif untuk mula menabung sedikit demi sedikit.

Bayar sewa rumah dan bil utiliti aku serahkan kepada suami manakala aku membayar makanan. Baru la aku berjaya simpan sikit demi sikit dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Alhamdulillah, beribu-ribu juga berjaya disimpan dalam masa enam bulan. Syukur sangat punya simpanan.

Aku ni ditakdirkan bekerja yang tak tetap. Kontrak. Ya, aku inginkan kerja tetap. Itu impian aku yang belum makbul.

Jadi, ada masa kontrak aku tamat, aku menanggur di rumah. Tapi pada masa itu, aku tetap kena tanggung bayaran bahan dapur, makanan, dan duit sekolah anak. Suami dapat bantu separuh sahaja. Pada masa aku tidak bekerja, korek ASB la.

Pernah juga aku kerja yang gajinya aku rasakan tidak mencukupi. Setiap bulan wajib korek RM500, malah kadang-kadang beribu-ribu. Kau bayangkan, aku bekerja tapi tetap kena korek duit. Faham tak?

Bukan tak nak cari kerja lain. Tapi tak dapat kerja.

Aku pernah la cuba niaga sikit. Tetap setiap bulan masuknya itu sahaja. Sama. Contoh, setiap bulan dapat RM50, ha setiap bulan dapat RM50 je la.

Aku dah cuba buat live banyak platform seperti Shopee, Tiktok yang dapat duit tu. Juga aku ada masuk pertandingan sastera seperti tulis cerpen, baca pantun, deklamasi sajak, penceritaan sinopsis buku, dan lain-lain. Namun, semuanya hampa. Tidak berjaya. Satu habuk pun tak dapat. Cuba macam-macam yang nak tambah duit tetap itu juga jumlah gaji yang diterima. Lama-lama aku jadi pasrah.

Orang kata kena kerja kuat kan? Work smart la. Ya, aku dah buat semua tu. Tetap tak berjaya. Bukan alasan aku.

Aku sedih tapi aku kena kuatkan diri juga. Positifkan diri. Husnuzon. Mungkin Allah nak balas setiap doa-doaku dengan ganjaran yang besar di Akhirat nanti. Insya Allah. Doakan aku..

Aku dah sampai tahap redha dengan takdir yang nak bawa mana kaki melangkah (kerja kat mana-mana yang halal). Oh ya, aku pernah resign di syarikat multinasional yang gaji tebal kerana dia suruh aku buat kerja tak halal. Alhamdulillah, aku masih ada iman senipis kulit bawang.

Kalau sebut nama syarikat tu pasti ramai kenal sebab famous masuk tv. Tapi tak boleh. Diorang boleh saman aku.

Okay, nak berbalik kepada cakap aku redha dah dengan hidup aku, takdir yang membawa aku ke sini. Cheewah.

Jadi, aku dah tak tahu apa itu merungut. Apa yang aku tulis hanya perkongsian sahaja, bukan merungut. Kadang nada baca seseorang itu tak sama. Kita cakap manja-manja, dia ingat kita tengah marah. Kan dah lari tu..

Kisahnya,

Aku ada cakap anak aku terpaksa guna susu mahal yang harga beratus-ratus (boleh google sendiri jenama susu yang masuk iklan, baru tahu harga kan? Mesti terkejut).

Sebenarnya aku tak kisah pun nak berbelanja sebanyak mana pun demi anak-anak aku sihat. Aku pejam mata je. Sebab aku pernah rasa tak ada duit. Jadi, aku tak takut nak habiskan duit semuanya.

Rezeki anak-anak yang diturunkan melalui ibu bapa. Kita ni pemegang amanah sahaja.

Lepas tu, ada orang terdekat aku tanya, susu apa yang mahal tu?

Lah kau.. Aku malas nak jawab soalan dia. Sebab aku tahu dia macam mana. Konon prihatin, tapi kutuk belakang. Tak pun, paling sakit hati mengejek di depan.

Aku malas cakap yang anak aku tak boleh minum susu biasa. Dia sakit. Tapi aku malas nak cerita lebih-lebih. Bukannya simpati yang dapat. Kejian ada la. Kata belagak guna susu mahal la. Tak pandai simpan duit. Tak pandai jaga anak!

Ha, kau seorang je la pandai jaga anak. Untung anak kau jenis ikut cakap. Kau tak dapat anak-anak high demand. Kau tak tahu bagaimana bertempik setiap hari semata-mata nak anak jadi orang. Itu pun akan buat perangai juga.

Itu belum lagi yang bagi link shopee suruh beli. Murah sikit katanya. Eh, macam la aku tak tau nak cari kat platform mana.

Ada juga yang baik hati kata kalau tak ada duit, diorang boleh pinjam duit dan ada yang boleh bagi terus. Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang baik.

Kita ni hidup tak lama dalam dunia ini. Dunia tempat singgah. Akhirat la tempat kembali. Buatlah amal ibadat. Jangan jadi golongan yang paling rugi yakni muflis akhirat.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker