ayam masak merah atau nama lainnya sambal ayam Pernah sakit perut atau keracunan makanan? Sha pernah alaminya. Paling ingat semasa umur 9-10 tahun, circa 1994-1995 masa tu. Makan sambal ayam di majlis kenduri kahwin dalam kampung. Rumah sape, dah tak berapa ingat tapi kat batas la. Ayam masak merah atau orang kampung biasanya panggil sambai ayam ni kira hidangan yang paling sedap kalau ada kenduri kahwin. No 1, A la. Satu kampung sakit perut, woi. Jangan buat main. Mujurlah tak ada yang serius. Setakat sakit perut, buang air besar sahaja. Sha dengan sepupu, masa perjalanan balik, terus sakit perut. Kami membuang. Ibu bapa Sha, tengah malam baru sakit perut. Ada jiran tu berlari sampai patah anak tangga di rumahnya sebab sakit perut tengah malam. Keadaan havoc masa tu. Kisahnya, ada yang reveal kata, kawah yang digunakan untuk masak sambal ayam tersebut masih terdapat 1 ketul sabun cap kapak masih melekat di situ. Isk, tak basuh betul-betul! Terima kasih singgah sini