Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

Kecoh Betul Sambutan Merdeka Sebab Payung Terjun

payung terjun Kecoh betul Sambutan Merdeka pada tahun ini. Bebaru ini, aku ada menonton rakaman live Hari Merdeka. Ternyata, kita ada penerjun tepat yang sangat hebat.  Biasa duk dengar penembak tepat sahaja. Penerjun tepat lagilah power, sebab kena tahu tempat sasaran yang perlu turun dan kena pandai kawal payung terjun supaya pergi ke arah itu.  Arah angin dan tiupan angin pun kena tahu juga. Setahu aku, tiada sebarang alat yang mengawal seperti remote control . Betulkan aku jika tersalah info. Aku sudah pernah lihat mereka terjun, berkali-kali. Sejak umur kecil lagi kerana arwah ayah membawa aku dan adik-beradik ke Hari Terbuka Tentera Udara yang menyaksikan pertunjukan payung terjun. Kali ini dilakukan oleh Komando Polis Vat 69 yang digeruni ramai kerana ketangkasan dan kebijaksanaan melaksanakan tugas. Terima kasih singgah sini.

Open Tracker