Resipi Kerabu Jantung Pisang Kedah, Mangga Pelam, Ikan Bilis, Kelapa Parut, Kerisik, dan Kunyit Muda
Resipi kerabu jantung pisang Kedah, mangga pelam, ikan bilis, kelapa parut, kerisik dan kunyit muda ini diolah oleh Sha sendiri yang mana sesuai untuk tekak Sha dan suami. Anak-anak tidak makan kerana tidak tahan pedasnya. Kisahnya, Ahad semalam Sha pergi beli barang-barang dapur basah yang rasa nak tambah. Ikutkan tak tahu juga nak masak apa. Tapi memang nak beli cili padi dan limau nipis, juga serai. Harraz ikut. Hana ada dengan ayahnya. Sekali, depa pun mengekor ke sana juga. Aigooo. Sha nampak petai. Ambil petai 6 papan. Ternampak jantung pisang. Aha, lama tak makannya. Duk nampak kerabu jantung pisang dengan ikan bilis je ni. Beli kelapa parut, kunyit muda, ikan bilis, cili padi, limau nipis dan serai. Mangga dah kutip di bawah blok. Kerisik dah bayar baru teringat. Masuk p cari kerisik pula sementara Harraz tunggu kat depan kedai sebentar. Resipi Kerabu setengah jantung pisang saiz sederhana 1 genggam ikan bilis -rendam dan basuh 8 biji cili padi - dihiris nipis 4 ulas...