Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hati

Cerita Pengalaman Pengasuh Taska Permata Harapan yang Kejam Pada Kanak-kanak

Ini adalah kisah benar seperti yang adik-adik aku ceritakan. Adik-adik aku (dua orang kerja serentak) pernah kerja taska atau nurseri jugak. Cerita pasal susu dan pampers tu sama. Diorang kata, pekerja sana ambik makanan yang parents budak-budak tu bekalkan utk anak mereka. Pagi-pagi, meluru mereka periksa beg bu dak-budak tu sebab nak ambik makanan dan makan depan budak-budak tu. Korang bayangkanlah, pekerja makan buah epal dan mee goreng hak budak-budak tu tayang depan mata. Zalim! Ya ALLAH,  mak bapak diorang bagi bekalan supaya anak-anaknya tak lapar tapi pekerja pulak yang ambil. Bila budak-budak tu lapar, nak makan apa? Kesian sangat tengok budak-budak lapar. Adik-adik aku tak ambil. Tapi tolong blikan makanan kat luar utk budak-budak tu. Budak-budak suka dan sayang pada diorang. Adik-adik aku pun kerja tak lama. Tak tahan tengok penderitaan yang kanak-kanak terpaksa tanggung. Kasihan. Tapi, adik-adik aku keluar, bagaimana pula nasib budak-budak tu? Pasti lagi teruk...

Cerpen" Aku Suka Dia: Sayang Rupanya

Aisha: Kenapa abang nak kahwin dengan Sha? Azli: Orang sayang dia.  Dia saja yang tak tahu. Ayat Azli mendatar terutamanya perkataan 'sayang' tadi. Biasa la lelaki ego menyatakan perasaannya. Hah, dia suka aku. Dia suka aku! Senyum. Dia sayang aku rupanya. Patutlah.. Tapi Ah, tak ada tapi-tapi lagi. Dah nampak kan, dia sayang kau, Aisha Humairah.. Dia pun dah nyatakan.. Dan yang paling penting, dia nak kahwin denganku. Persoalan yang selalu bermain di mindanya sejak akhir-akhir ini, terungkai jua.

Cerpen: Aku Suka Dia: Kenapa Suka Aku

Azli: Awal tahun depan, kita kahwin. Eh, ni dah ayat penyata, bukan lagi ayat tanya. Aisha: Abang ada duit ke nak kahwin dengan Sha? Azli: Sebab ada duitlah abang ajak kahwin.. Aisha: Ingat kan abang tak ada duit. Azli: Haish, abang ada duit la. Setakat RM10 ribu tu apalah sangat. Aisha: Ye ye je. Azli: Iya. Tak caya, jom esok ikut abang pergi bank tengok baki akaun. Aisha: Ok. Sha nak tengok. Mana tau booleh pinjam seribu dua. Hehe~

Cerpen: Aku Suka Dia: Macam Apa

Aku: Tu la, Tuhan 'bayaq' cash ! Dia: Tuhan 'bayaq' cash !, macam apa? Aku: Macam karma. Dia: Karma macam apa? Aku: Macam Hindu. Dia: Hindu macam apa? Aku: Macam abang! Dia: @#$%^&* Terdiam dia. Hehehe~ Aku gelak saja. Lucu. Pasti dia benggang. Lalala. Aisha ketawa mengekek dapat pekena boyfriendnya, Si Azli itu. *Hindu = hitam. Bukan agama yang dimaksudkan. Bersambung..

Dingorat Tak Henti-henti

Setahun dua ini, ada saja kumbang yang mahu merapati si bunga, aku! Masa aku ada saja berhubungan dengan lelaki-lelaki. Seorang lelaki dalam satu masa. Mungkin di usia yang patut kahwin ini, maka ramailah lelaki yang cuba rapat. Ada yang aku layan. Ada yang tak. Aku ni pula jenis garang kalau bebaru nak kenal. Entah kenapa. Ya, aku memang garang pada orang lelaki yang baru aku kenal tapi kawan perempuan aku cakap aku ni tak garang langsung. Aku susah nak suka kat lelaki. Tapi kalau aku suka, fuh.. lembut gila aku. Hahaha~ Ramai jugak la lelaki yang aku kenal. Rapat. Tapi tak ada jodoh. Tapi tak apalah, kalau aku jadi dengan diorang pun belum tentu aku boleh tahan dengan hidup dia. Sebab itulah Tuhan dah tentukan, dia bukan jodohku. Aku redha =) Motif aku tulis entri ini adalah nak bagitau, walaupun aku tak kahwin lagi tapi bukan laku. Laku. Tapi jodoh belum sampai. Harap doa dari anda semua.

Cerpen: Aku Suka Dia: Perangai Macam Budak Darjah Satu

Dalam kereta. Bila masa yang tepat nak beritahu isi hatiku ini? Nantilah. Tak boleh bagitau awal-awal, nanti mood dia tak elok plak. Aku: Apsal lambat sangat? Tau tak, tadi kan.. Ingat nakbeli tiket balik Alor Star dah. Dia: Eee, perangai macam budak darjah satu! Azli menjeling, membuntangi Aisha. Geram. Aisha ni perangai macam budak-budak la. Tapi cute jugak. Aku: Hehehe~ Aku: Sape suruh lambat sangat? Tu la 'makannya'. Biar Azli pergi sana tapi aku dah balik. Baru dia tahu rasa sakitnya hati ini. Dia: Abang lambat sebab tak berapa tahu jalan kat sini. Aku: Ok. Alasan boleh terima. =) Senyum. Bersambung.

Cerpen: Aku Suka Dia: Jumpa Pun

8:52 pagi. Kelibat susuk tubuh Azli kelihatan. Tercari-cari seseorang di Terminal Kuantan Central. Azli: Isk, mana dia ni? Call tak dapat. Mesej tak berjawab. Aisha: Biarlah dia cari. Malas nak hidupkan handphone lagi. Aku tak ke mana-mana pun. Ada di sini. Aisha sudah ternampak seseorang kelihatan seperti Azli tapi sedikit tanner (gelap), di hujung kaunter sana. Ah, pandang ke lain. Buat-buat tak nampak. Tapi macam tak sempat saja, Azli sudah nampak aku lah. Kantoi. Tapi tak pe, biar dia datang sini. Mana tau kot-kot dia pun tak cam aku lagi. Hehe~ 15 saat berlalu, sepasang kaki berhenti betul-betul depan Aisha Humairah, yang menunduk memandang lantai. Alamak, pandai pula dia sampai sini ye. "Ni macam lari dari rumah saja," Baik punya perli si Azli lemparkan kepada Aisha ditujukan kepada begnya yang besar. Azli ketawa kecil. Aisha diam membatu. Azli gelisah. Ha, tau pun nak gelisah. Aku balik kang.. "Kenapa call tak dapat?" Soal Azli. Aisha mengambil telefo...

Cerpen: Aku Suka Dia: Mana Dia Ni

Aisha berteleku di kerusi Terminal Kuantan Central, Pahang. Jam dinding yang besar gedabak di stesyen itu, dikerling. 8.40 pagi. 'Aish, manalah jantan ni? Dah dekat sejam aku duk terconggok kat sini. Sampai naik segan aku pada pekerja-pekerja kat sini pandang aku pelik dan penumpang yang datang berteman, tapi aku sorang-sorang saja.' Handphone Nokia X2 dimatikan dan dihidupkan, berkali-kali. The battery is about to die . Sudah naik amaran. Tiada mesej atau panggilan dari si dia. Telefon itu dimatikan kembali. Simpan bateri ke minit-minit terakhir. Mana tau ada kecemasan nanti. 8. 50 pagi- Aisha melempar-luas pandangan matanya ke bas-bas di luar yang perutnya diisi penumpang, sambil resah menanti si dia. Ai, mana dia ni? Aku tunggu sampai pukul 9. Kalau tak sampai juga, aku akan pergi beli tiket dan balik! Ya, sedrastik itu. Tapi... Tapi.. Tapi.. Tapi.. Tapi, bateri handphoneku dah nak habis. Dah merah pun. Kalau nak balik pun, perjalanan ambil masa  9 jam. Apa...

Aku Suka Dia

Assalamualaikum. I am in relationship with someone! Sesungguhnya, pada mulanya kami kenal, aku rasa ni jenis tak boleh pakai. Tapi aku suka dia sebab dia sempoi dan ada aura positif. Dari situ, lama-lama aku kenal dia. Paling best bila aku dekat dengan dia. Aku uji dia. Dia pula jenis kuat cemburu. Dia ni jenis kuat terasa. Tak boleh aku kasar atau tolak dia, sentap tu sampai merajuk-merajuk bagai. Tapi paling aku tak tahan, dia merajuk sampai buat tak tak macam tak kenal aku bila selisih dan tarik muka. Terasa gila aku. Mesej-mesej aku dan call-call aku langsung dia tak endah.. Jenuh juga la pujuk dia. Sepagi kot. Kemudian, aku tinggalkan dia jap. Biar dia redha merajuk dulu. Petang tu, aku contact dia balik. Alhamdu lillah, dia dah ok. Sebenarnya, dia ni jenis nak orang ikut cakap dia. Aku pula lain sikit. Aku tak macam anak-anak buah (staf) dia yang ikut saja cakap dia. Aku melawan kalau benda tu tak ok. Aku pernah tinggi suara dengan dia depan staf dia. Aku pernah tampar dia ...

Mahu Redha ALLAH Mesti Kena Ada Redha Ibu Bapa

Assalamualaikum. Biarlah gambar berbicara. Padahal dalam gambar dah ada tulisan! Hehe. Kan.. Redha mak bapa kita tu sangatlah penting. Tak guna korang 'berjaya' tanpa redha mak bapa. Kunci syurga kita ada pada ibu bapa kita. Ingat tu. Ibu adalah berkat kita. Bapa pula karamah. Semoga bertemu lagi ya.

Ini Jawapan Kepada Persoalaanmu

Assalamualaikum. Wah, tajuk tak boleh blah sungguh. Nak tarik perhatianlah katakan. Hehe~ Teringinnya nak menulis kembali. Teringin nak menulis novel, paling tidak pun menulis blog. Lama sudah ku tinggalkan semuanya. Hal ini demikian kerana sang lappy yang berpenyakit dan masa yang suntuk. Masa oh masa! Aku kerja. Pergi pagi balik malam. Penat. Kemudian nak tunggu lappy pun lambat nak buka la, apa la, lebih baik aku gunakan masa yang suntuk itu untuk tidur. Itu lebih menuntutku. Bulan ni, aku dah tak kerja. Aku berhenti kerja. Gila aku nak kerja kat tempat tu. Ah, tak suka! Ada gangguan.  Tapi masalah sekarang, puas sudah aku mencari kerja. Namun tetap tidak menampakkan hasilnya. Ya ALLAH, permudahkanlah ujian-Mu ini. Aku tahu mesti KAU ada perancangan yang lebih baik. Jadi aku kena banyak bersabar dan terus berusaha. Mungkin sebab aku berumur, dah 28 tahun yang menyebabkan aku tak layak nak sandang jawatan yang ku pohon. Alahai.. Aku ada mengusa...

Siapa Percaya Dia Dah Ada Anak

Assalamualaikum. Aku ada kisah benar yang aku nak ceritakan. Shyyuu, kat orang lain, dia tak ceritakan. Hanya kepadaku. Ops, bukannya aku nak bocorkan cerita dia. Aku sekadar nak kongsikan tanpa sebut siapa dia sebenarnya. Kalau tak sebutkan nama, latar belakang dia, tak termasuk dalam mengumpat. Nama dia aku letak Najah. Umur baru 21 tahun, tahun ini. Seorang gadis genik yang manja. Mempunyai wajah yang manis. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti merasakan dia sedang belajar paling kurang pun di Poli. Zaman sekarang kan banyak peluang untuk belajar dan ramai orang yang terpelajar. Tetapi Najah ini belajar sekadar SPM sahaja. Dan lebih mengejutkan Najah adalah janda anak satu! Dia bercerai awal tahun lepas. Anaknya sudah setahun lebih. Pada  mula dia cakap, "Kak, nanti jumpa anak Najah kat rumah. Kak jangan terkejut tau." Sumpah aku tak percaya. Dia cuba yakinkan aku, "Najah bagitau kak awal-awal supaya kak tak terkejut." Tapi pada masa itu, aku masih tak dapat perc...

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat

Assalamualaikum. Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya. Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini. Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya. Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku ter...

Nak Cari Calon Pasangan

Assalamualaikum. Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'. Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar. Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya.. Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran. Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension. Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak. Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin? Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin ...

6 Alasan Orang Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin

Assalamualaikum. Mesti korang juga nak tahu kan.. Kenapa orang sibuk-sibuk tanya pasal bila nak kahwin? 1. Nak makan nasi minyak Ya, nak juga tahu bilakah boleh makan nasi minyak, kan. 2. Nak tahu korang ni normal ke tak Maksudnya korang ni straight ke bengkang bengkok. Hahaha, memang perkara ini pun ada dalam pemikiran sesetengah orang. Ye la, dah belum kahwin lagi kan. 3. Jangan lupakan aku Mana la tau dapat kahwin Dato' ke, Tan Sri ke.. Jadi, diorang tanya-tanya tu sebab nak diingati. Jangan lupa panggil aku, tau. 4. Perancangan Kalau sudah berpunya, bilakah nak dilangsungkan.. Nak juga jadi 'radio buruk' sekali sekala, kan? Nak jadi Mami Jarum la katakan. Hehe~ 5. Nak tolong carikan Kalau tak ada sesiapa atau telah dicop oleh sesiapa, mereka mahu tolong carikan. Jadi match maker la kata orang putih. Best juga tu nanti ada juga orang ingat jasa. 6. Bahagia atau sengsara Ada juga orang yang mendoakan kebahagiaan kita, tak kurang juga yang impi...

Selamat Berbahagia, AA

Assalamualaikum. Aku balik kampung. Ada call masuk ke handphone ayah, aku yang terdengar deringan membawakan handphone kepada orang tuaku itu. Nama dia tertera. Aku malas nak angkat. Ye la, antara kami sudah tiada apa-apa. Aku yang kebetulan panas terpaksa duduk berdekatan ayah (ada kipas), tambahan pula di kaca televisyen menanyangkan program yang aku mesti ambil tahu. Penting. Bukan niat aku nak curi dengar. Tapi, aku tersentak apabila ayah bertanyakan, "dah belikan cincin? Orang mana?" Patut la aku rasakan itu yang dia nak kasi tahu kepadaku beberapa waktu dahulu. Aku dapat rasa apa yang kau nak bagitau. (Kenapa ada telepathy antara kita?) Kenapa kau nak bagitahu aku? Nak sakitkan hatiku ke? Kenapa aku dengar kau minta maaf pada ayah, sedangkan kau sakiti aku? Kenapa kau tak minta maaf padaku? Ye, aku tak berharga pada kau. Kau benci aku.. =( Ingin juga aku mesej kau untuk ucapkan kata-kata indah untuk kehidupan kau yang akan datang tetapi aku bimbang kau mara...

Lirik Kosong, Kosong Najwa Latif Buatmu

Assalamualikum. Hari ni aku nak kongsikan lirik yang sekarang ni 'menjadi' kepadaku untuk ditujukan kepada seseorang itu. Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif Kau melihat diriku Seperti sesuatu Yang mencabar dirimu, Akal dan mindamu Kau mendustaiku Kau bilang mereka tak tahu Siapa diriku Sedangkan kau juga begitu Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa Kosong, kosong Setiap detik diperhatikan Kau cari cara putar belitkan Kau jadikan diriku Kosong, kosong Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak sakit Dengan segala perit yang kau berikan Kini aku pantas berjalan Bergerak ke hadapan Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar Kosong .. kosong.. Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa kosong.. kosong.. Setiap detik diperhatikan Kau cari cara putar belitkan Kau jadikan diriku Kosong, kosong Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa Kosong, kosong Sumber   Maaf la awak, ...

6 Jenis Hubungan Percintaan yang Mesti Anda Tahu

Assalamualaikum. Apa khabar? Sihat tak? Kalau tak sihat, sila cari ubat ye.. =) Lama rasanya tak baut entri perhubungan (relationship) ini. Jadi, jom la baca. Hehe~ Ada enam jenis pasangan yang wujud dalam sesebuah perhubungan . Justeru, terpulanglah kepada pasangan anda untuk menilau perhubungan anda dan pasangan. Berikut adalah enam jenis pasangan yang ada dalam dunia yang telah aku buat suai padan dengan perumpamaan Melayu. Let’s check out! =) 1. Ibarat ubat batuk ibu dan anak pasangan ini seperti memerlukan sokongan. Penyebabnya, mungkin kerana menghadapi masalah dalam hidup seperti kehilangan pekerjaan, Salah seorang pasangan akan menyokong dan memberi nasihat. Hubungan sebegini akan berkembang hingga ke akhirnya sampai mereka mempunyai anak. 2. Ibarat anjing dan kucing Mereka sering bergaduh. Bergaduh dan bergaduh. Tetapi mereka tetap memerlukan antara satu sama lain. 3. Ibarat aur dan tebing Mereka saling memerlukan. Selalunya mereka mempunyai persamaan baik...

Dah Pandai Masak, Boleh Kahwin

Assalamualaikum. Aku sajikan korang dengan cerpen. Kalau dah cerpen, agak panjang. "Mana kakak?" "Duk masak." "Masak apa tu?" Sapa abang iparku di muka dapur, mengejutkan aku dari lamunan, berkira-kira untuk mengagak sukatan yang tepat meletakkan garam pada sebatian tepung. "Goreng lauk," jawabku, selindung resipi yang aku mahu masak. Kebetulan ikan sedang dimasak dalam kuali. Abang ipar menghampiri. Dia belek-belek sebatian tepung yang diletakkan atas para lantaran aku perlu mengalih ikan dalam kuali. "Apa ni?" "Cucur" "Cucur ke?" Alah, dia soal pula, tau la dia pandai masak pun. "Udang goreng mentega", jawabku acuh tak acuh sebab aku sibuk di dapur sekejap ke frigde ambil bahan nak masak. Aku kena cepat kerana sudah masuk waktu Maghrib, nak siapkan makan malam, mandi dan solat. Dah la sedari tadi lagi aku berjam-jam kat dapur kerana menolong emak membuat kuih. Alih-alih, mak tinggal...

Aku Belajar untuk Melupakan

Assalamualaikum. Korang baca ayat kat atas ya. =) Dulu, aku amat terasa dengan ayat ni. (Sebenarnya, ayat ni aku dah lama simpan). Ayat terakhir paling aku terasa: tapi sesuatu yang tak bisa (boleh) aku pelajari iaitu harus belajar tersenyum di saat orang yang aku sayangi, menyayangi orang lain Pada waktu tu la, masa aku rasa tak boleh terima kenyataan, masa aku tak boleh doakan dia bahagia dengan orang lain. Kenapa? Bukan aku bermusuh. Tapi aku berasa aku dan dia masih dalam perhubungan. Itu dulu. Aku dah boleh maafkan kesalahan dia, boleh doakan kebahagiaan dia. Sekarang ni, aku meniti bahagia. Alhamdu lillah..  Apa komen korang? Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat baw...

Open Tracker