Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2025

Tak Dapat Period Selepas Suntikan Depo Provera?

“Dr Imelda, kenapa selepas suntikan depo provera sebagai kaedah merancang keluarga, saya tak dapat period?” Terlalu ramai netizen tanya soalan ini. Mai chek nak habaq. Jika chek beri anda semua ilmu pengetahuan percuma, syaratnya ialah anda semua gunakan ilmu pengetahuan ini untuk tambah ilmu secara am saja. JANGAN MINTA CONSULTANCY PERUBATAN ATAU PENDAPAT PERUBATAN PERIBADI DI RUANG KOMEN. Sebab chek tak buat clinic di media sosial. Anda yang ada masalah tentang merancang keluarga pergilah ke klinik berjumpa doktor dan jangan tanya di media sosial. Jika anda post soalan tentang masalah peribadi di ruang komen dan acik bawang mai jawab soalan anda di sini.  Chek akan delete terus tau, sebab chek tak mahu menggalakkan budaya acik bawang tak bertauliah cuba menjawab soalan perubatan dan cuba jadi doktor dengan alasan ‘ilmu Allah ini luas’ padahal dia tak ada ilmu tetapi bersangka dia ada ilmu, kemudian bagi jawapan yang salah di laman chek. Penat chek nak delete nanti. Janganlah menyusah...

Belajar Bahasa Utara (Kedah) Status Dalam Keluarga

Belajar Bahasa Utara (Kedah) Status Dalam Keluarga. Lama tak buat siri belajar bahasa kan. Ada juga Sha buat belajar Bahasa Thailand dan Bahasa Kelantan. Please check it out! Ibu = mak Bapa = bapak Ibu bapa = mak bapak Saya = cek (digunakan ganti diri apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Jika sebaya, penggunaan 'aku' digunapakai. Janda = Bujang Duda = Bujang Pengantin lelaki = anak teruna Pengantin perempuan = anak dara Lelaki = jantan Perempuan = betina Panggilan untuk anak saudara  Anak saudara = anak menakan Bapa saudara = pak menakan Ibu saudara = mak menakan Anak pertama = Pak / Mak Long Anak kedua = Pak / Mak Ngah Anak ketiga = Pak / Mak Lang Anak keempat = Pak / Mak Njang Anak kelima = Pak / Mak Teh Anak keenam = Pak / Mak Cik Anak ketujuh = Pak / Mak Su Biasanya sampai anak kelima tu panggilannya Teh. Ke bawah lagi, panggilan mungkin berubah contohnya disebabkan anaknya 6 orang sahaja, dia nak panggil Su. Jika ada anak ramai, anak pertama atau kedua mungkin pan...

Isu Ham di Universiti Malaya

Isu Ham di Universiti Malaya ini  Sebenarnya kita boleh sahaja ambil langkah yang objektif dan sederhana. Keadaan jadi teruk bila kita terlalu ekstrim. Ekstrim dalam mempertahankan, ekstrim dalam memerli. Sebagai Muslim, kita tahu ini isu agama kita. Tapi kita kena tahu yang bukan Islam tak faham sepenuhnya kenapa ia begitu besar pada kita. Maka kita jelaskan. 2 perkara di sini. 1. Yang dijual adalah ham sandwich. Ham ikut kefahaman umum adalah daging dari khinzir. Kecuali kalau tulis turkey ham, chicken ham. Sama mcm bacon. Saya memang akan tanya, ini beef bacon ke? Kalau ada halal, saya lega. So kalau sandwich ni saya lega lah. 2. Cuma rupanya halal yang dipamerkan itu halal palsu. Tak ada pendaftaran dengan JAKIM. Maka kita tak pasti ham itu asalnya dari khinzir atau tidak. Sebab itu mereka siasat lebih lanjut untuk kepentingan umat Islam di sini. Pada umat Islam, status halal sesuatu makanan itu sangat penting. Jika masyarakat Hindu tidak makan daging dari lembu atas tuntutan agama...

Bipolar Mood Disorder

Bismillah.. Nak share pengalaman. Penyakit mental ada bermacam jenis. Diantaranya adalah bipolar mood disorder. Kecoh pasal orang pasar memukul seorang Orang Kurang Upaya (OKU) berlaku di negeri Terengganu. Mereka yang bipolar ni, ada 2 fasa. Satu manic , satu lagi depressive . Manic tu macam yang korang tengok dalam video tu la, nampak macam provoke or whatsoever. Tapi dia tengah sakit. Kadang makan je ubat, tapi ada something yang trigger chemicals dalam otak dia, so ubat tak berapa fuction , tu yang jadi macam tu. Fasa depressive pulak nanti dia senyap je, duduk rumah je taknak jumpa orang, atau tidur je sepanjang hari. Biasanya fasa manic tu tak lama, ada la seminggu kot. Fasa manic macam banyak cakap, kacau orang, dan macam² lagi. Kebanyakkannya dia luahkan lalu mulut dia tu la. Manic pun ada macam² cara, ikut individu. Masa tu ada situasi²nya dia akan contact orang tu orang ni, nak mendapatkan apa dia nak tu.  Family members yang dah faham, akan dengar je tapi takde menurutka...

Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Agama (SRA)

Bismillahi Masya-Allah.  Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Agama (SRA) telah berlangsung pada 15  Januari 2025 dengan gilang-gemilang. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Kisahnya, Jumaat lepas Harraz cakap hari Rabu dia cuti kedua2 sekolah. Sebab dapat anugerah tu, petang. Jadi sesi petang sekolah kebangsaan, tak dapat nak hadir. Katanya Al-Quran dapat paling tinggi dalam semua kelas. Mama rasa biasa-biasa je, xde la tinggi sangat. Mama tanya guru kelas, dia pula kurang maklum sebab dia banyak kerja luar. Bukan apa, kadang Harraz salah faham. Ok, Isnin mama tanya lagi. 'Ya, anak puan dapat anugerah,' OMG, perasaan mama sukar untuk digambarkan. Sebab tahun ni rasa pencapaian Harraz makin merosot. Harraz ada cerita, katanya salah satu doanya nak dapat anugerah. Alhamdulillah, dimakbulkan doa anak mama ni. Tapi subjek-subjek lain kena usaha lagi la ya. Tadi mama pergi, eh ada nampak muka-muka yang nampak dalam majlis yang sama tahun lepas. Dannn.. Ada nampak lagi kawan ...

Masuk Kod 6 Digit Google Adsense, Kalau Tak Pendapatan Disekat

Akaun Google Adsense suami Sha kena sekat. Sebab tak masukkan kod 6 digit yang dihantar dalam surat. Susah hati juga la. Rugi la disekat. Sebelum ini, Google Adsense suami katanya dah tak boleh jana sebab tak masukkan no kod dlm surat yang diberikan. Cari surat tu dalam fail, tiada. Katanya surat tu dia dah buang. Tapi Sha ingat, Sha ambil simpan.  Cuba juga cari dalam Google Photos sebab ingat ada ambil gambar. Tapi tak jumpa. Ye la, gambar beribu-ribu kan dalam tu. Tarikh pun x ingat. Cuba pula cari dalam laci almari. Kot simpan situ. Tak ada. Tengah masak baru teringat nak cari dalam Facebook sebab pernah tulis pasal Google Adsense suami. Tapi tengah masak, kang dah tengok hp, risau melekat lama je.  Jadi, selesaikan masuk bahan-bahan dulu. Baru nak pi lepak tengok hp. Tapi, alaaaa terlupa nak buat apa. Dah berumur ni, biasalah pelupa sikit. Dalam 10 minit juga, tetiba ada Photos update. Baru teringat balik, nak cari gambar Google Adsense dalam fb. Cari dalam fb. Alhamdulillah jump...

Diet Kurus Yang Betul

Sha tahu ramai yang mencari-cari tips petua diet kurus yang betul. Ramai post mitos pasal turunkan berat badan. Lagi ramai ambil kesempatan promote supplement, product, protein shake, food replacement untuk Memberikan Rasa Kenyang Lebih Lama. Jadi,  Ramai kata nak turunkan berat wajib ambil supplement atau product. No,korang jangan percaya! 1 benda je dalam dunia untuk turunkan atau naikkan berat badan iaitu pengambilan kalori harian (daily calory intake). 1. Fokus bakar lemak dan bina otot. Makan Protein dan karbo yg berkhasiat tinggi. 2. Cardio 30 min sehari (4-5 kali seminggu) 3. Resistance training 30 min sehari (4-5 kali seminggu) 4. Follow kalori dan macros (karbo, protein dan lemak) intake harian. 5. Tidak perlu seksa diri dengan cut ini cut itu. Cuma kena bijak, pilih pilihan makanan yg akan memberikan rasa kenyang dan berkhasiat tinggi. Sama resipi yg ada kat E-Book. 6. Enjoy the journey. Trust the process. 7. Usah stress diri hari-hari naik penimbang. Sekali seminggu cukup sa...

Pulanglah Kerja Ikut Waktu

"Pulanglah kerja ikut waktu. Bila sakit, cutilah. Bila ada majlis dalam keluarga, mohon cuti rehat (CRK) dan ikutilah majlis keluarga," pesan seorang otai pada aku dulu. Aku cuma anggukkan kepala sahaja. Menanti butir mutiara kata seterusnya. Banyak nampak dia nak meluah. "Abang dulu Li, memang gila kerja. Kau bayangkan, banyak kali abang dapat anugerah kehadiran penuh. Tak pernah MC. Tak pernah ambil CRK. Masa tu abang rasa bangga. Diberi anugerah yang jarang orang lain dapat. Bahkan pernah abang kurang sihat, pergi klinik, klinik bagi MC. Tapi abang tak MC. Sebelum ke sekolah makan ubat, kat sekolah pun makan ubat lagi. Kau tahu lah, makan ubat ni kebah la 2-3 jam. Pastu gigil lagi. Makan lagi. Punya la sayang nak cuti, dah diberi cuti pun tak nak juga cuti. Orang lain 1:30 lepas punch out, terus berkejar keluar. Abang rileks lagi setel mana patut. Jam 3, jam 4 baru keluar. Kunci bilik guru tu abang yang pegang. Sebab abang orang paling lambat balik setiap hari dan pas...

Pernahkah Anda Melihat Rama-Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan?

Pernahkah anda melihat rama-rama hinggap pada bangkai haiwan? Sebenarnya rama-rama sering memakan haiwan yang reput, buah-buahan busuk, darah, najis haiwan dan air kencing. Bunga sahaja tidak memberikan natrium yang mencukupi untuk rama-rama, jadi mereka tertarik kepada benda masin yang lain. Jika rama-rama pernah hinggap pada anda, ia bukan kerana ia menyukai anda atau kerana anda kelihatan seperti bunga; sebenarnya, ia adalah kerana rama-rama tertarik dengan bau garam dalam peluh dan darah anda dan ia ingin 'memakan' anda.  Tetapi belalainya sangat kecil sehingga anda tidak merasakan ianya menghisap anda. 😁

Psychology of Liars: Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Hari ini, mari kita kupas psychology of liars : kebenaran yang ditakuti antivaksin. Antivax denial dengan kematian kerana Covid, ya memang ramai yang mati itu tidak divaksin. Tetapi mereka memilih untuk tidak percaya, bermacam-macam alasan mereka. 1. Jika anda belajar psychology , ada petanda jelas pada orang yang menipu, antaranya:-     A. Desire for attention - mereka mahukan perhatian untuk impress orang lain.     B. Low self esteem - kurang keyakinan diri, maka mereka menipu to impress others.   C. Mental health issues - narcissism, impulsive behaviour, psychotic disorder dan sebagainya.  2. Ada tak petanda ini pada rata-rata antivaksin yang anda jumpa? Jelas dan sangat jelas especially pada kepala mereka yang duk melalak saban hari.  3. Mereka mempergunakan social media untuk menaikkan diri mereka, di akhirnya kita nampak mereka hanya lapar duit, overclaim menjual produk, menipu dan sebagainya. Contohnya menipu detox vaksin, nak kata kelakar pun ada, kesian pun ada.  4. Apabila...

5 Mitos Berkaitan Vaksin HPV

5 mitos berkaitan vaksin HPV. Vaksin HPV adalah langkah pencegahan yang amat berkesan untuk kanser pangkal rahim. Sejak 2010, ia diberikan secara PERCUMA kepada semua remaja wanita melalui program imunisasi di sekolah-sekolah sewaktu mereka berusia 13 tahun. Baru-baru ini, Sha ada terbaca mengenai ada segelintir ibu bapa yang menolak vaksin ini katanya kerana anaknya bukan amalkan seks bebas. Jadi, Sha bertanya dan kawan Sha yang juga seorang doktor pakar menerangkan hal ini. Sedih bila baca masih ada ibu bapa yang menafikan hak anak perempuan mereka terhadap vaksin ini. Terlalu banyak salah faham mereka. Ini antaranya: 5 Mitos Berkaitan Vaksin HPV 1. Anak saya suci Saya akan didik dia dalam menjaga maruahnya supaya tidak kena jangkitan HPV. Yakinnya kamu. Anda boleh ramal masa depan? Walaupun anda yakin anak anda tidak akan berkelakuan buruk, anda tahu kah siapa jodohnya? Yakin kah anda jodohnya kelak bukan bekas suami orang atau betul-betul teruna? Islam tidak ajar kita membenci sese...

Kabus Hitam Menyelubungi Satu Bumi?

1) Sekarang ini sedang hangat isu kononnya kabus hitam menyelubungi satu Bumi. Di media sosial sana sini duk sebarkan. Benarkah? - Kabus hitam menyelubungi satu Bumi ❌ - Hanya sebahagian kawasan berkabus ✔️ * Tidak perlu lihat jauh. Di Malaysia sendiri masih banyak kawasan yang tidak berkabus ketika ini. Siang hari masih boleh nampak langit yang membiru. Jadi, macam mana boleh menyatakan kabus hitam menyelubungi satu Bumi? Ada mata pandanglah keluar, jangan duduk terperap sahaja di dalam rumah.  Di negara-negara yang didakwa diselubungi kabus hitam itu juga tidak melibatkan keseluruhan negara. Hanya sebahagian kawasan sahaja yang berkabus. 2) Hijau di dalam peta bukan merujuk kabus hitam yang pekat. Peta yang tertera merujuk jarak ketampakan. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi jarak ketampakan antaranya seperti kualiti udara, kelajuan angin, suhu dan kelembapan udara. 3) Jarak ketampakan 9 km masih boleh dianggap tahap ketampakan sederhana manakala 13 km boleh dianggap tahap ketampa...

Sedikit Perkongsian Bila Kita Matang..

Sedikit perkongsian bila kita matang. Aku suka baca posting ni by Cecelia Lagak. Aku copy semula sebab ada gambar yang kurang sesuai attached pada posting tu. Takpe. Bacalah. Mungkin kita akan lebih matang lepas ni. Bila kita matang, Tidak suka pada sesiapa pun kita takkan post apa-apa,di media sosial yang ditujukan kepada dia, yang memerli atau menyindir kerana kita tahu bahawa tiada guna untuk memberitahu satu dunia tentang ketidaksukaan kita pada insan tersebut. Ini antara kita dan dia sahaja,cukup. Tak perlu melibatkan orang lain. Bila kita matang, Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita jauh lebih baik lagi daripada mereka yang suka berbicara di belakang kita. Betul kan? Bila kita matang, Kita takkan stalk orang yang kita tak suka untuk up-to-date dengan apa yang dibuatnya,untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya pada o...

Open Tracker