Langkau ke kandungan utama

Bipolar Mood Disorder


Bismillah.. Nak share pengalaman. Penyakit mental ada bermacam jenis. Diantaranya adalah bipolar mood disorder.

Kecoh pasal orang pasar memukul seorang Orang Kurang Upaya (OKU) berlaku di negeri Terengganu.

Mereka yang bipolar ni, ada 2 fasa. Satu manic, satu lagi depressive. Manic tu macam yang korang tengok dalam video tu la, nampak macam provoke or whatsoever.

Tapi dia tengah sakit. Kadang makan je ubat, tapi ada something yang trigger chemicals dalam otak dia, so ubat tak berapa fuction, tu yang jadi macam tu. Fasa depressive pulak nanti dia senyap je, duduk rumah je taknak jumpa orang, atau tidur je sepanjang hari.

Biasanya fasa manic tu tak lama, ada la seminggu kot. Fasa manic macam banyak cakap, kacau orang, dan macam² lagi.

Kebanyakkannya dia luahkan lalu mulut dia tu la. Manic pun ada macam² cara, ikut individu. Masa tu ada situasi²nya dia akan contact orang tu orang ni, nak mendapatkan apa dia nak tu. 

Family members yang dah faham, akan dengar je tapi takde menurutkan kalau yang over limit. Kalau fasa depressive tu buat la apa pun nak dapatkan perhatian dia, dia buat dek je.

Korang, kalau nampak kejadian dalam video macam semalam, jangan ambil tindakan sendiri. Negara kita ada undang². Boleh call 999 bagitahu apa masalah. Biar yang berwajib selesaikan. 

Biasa kalau nampak polis ke doktor ke, insyaallah habis fasa manic dia tu. 

Dia dah habis manic, dia lupa dah kejadian tu. Hang yang pukul tu dapat apa? Masuk penjara, pastu orang marking sampai mati. Seronok ke?

Tapi Allah lorongkan sesuatu perkara tu bersebab. Mungkin Dia nak ahli keluarga lebih ambil berat. Mungkin Dia nak kita ni makin berjaga²,jangan mudah menghukum. Mungkin Dia sedang menghukum orang² yang tak sabar tu.

Apa pun setiap takdir Allah pasti ada hikmahnya untuk orang² yang mahu berfikir.

Wallahua'lam.

Kredit kepada Nor Ashikin 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker