Langkau ke kandungan utama

Sedikit Perkongsian Bila Kita Matang..



Sedikit perkongsian bila kita matang. Aku suka baca posting ni by Cecelia Lagak. Aku copy semula sebab ada gambar yang kurang sesuai attached pada posting tu.

Takpe. Bacalah.
Mungkin kita akan lebih matang lepas ni.

Bila kita matang,
Tidak suka pada sesiapa pun kita takkan post apa-apa,di media sosial yang ditujukan kepada dia, yang memerli atau menyindir kerana kita tahu bahawa tiada guna untuk memberitahu satu dunia tentang ketidaksukaan kita pada insan tersebut. Ini antara kita dan dia sahaja,cukup. Tak perlu melibatkan orang lain.

Bila kita matang,
Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita jauh lebih baik lagi daripada mereka yang suka berbicara di belakang kita. Betul kan?

Bila kita matang,
Kita takkan stalk orang yang kita tak suka untuk up-to-date dengan apa yang dibuatnya,untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya pada orang lain dalam bentuk umpatan ataupun fitnah. Kita hanya fokus kepada kehidupan sendiri sahaja. Tahan nafsu untuk mencipta drama yang boleh menjadi punca terjadinya filem huru hara.

Bila kita matang,
Kita lebih banyak berdiam diri apabila kita diumpat, difitnah, diperli dan disindir. Tiada guna untuk menjelaskan kepada mereka akan perkara yang sebenar kerana hakikatnya mereka tetap tidak akan boleh menerima penjelasan kita.

Media sosial bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan sedih,sebaiknya cari jalan penyelesaian dengan berjumpa pakar kaunseling.

Kadang kita mengutuk orang yang memberi debat/komen tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita sendiri yang suka membuka aib sendiri dan cari sakit hati sendiri.

Salam sayang
Cecelia Lagak 😘
#mylifemystory
#pengalamanmendewasakan

Alhamdulillah, Sha dah tak macam tu luah yang negatif-negatif. Memang lah geram dan terasa hati, risau, menangis keseorangan... Tapi nak tulis yang bukan-bukan, memang tidaklah. Jauh sama sekali.

Matang la kot. Tahun 2025 masuk umur yang penting, 40 tahun. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker