Langkau ke kandungan utama

Kabus Hitam Menyelubungi Satu Bumi?



1) Sekarang ini sedang hangat isu kononnya kabus hitam menyelubungi satu Bumi. Di media sosial sana sini duk sebarkan. Benarkah?

- Kabus hitam menyelubungi satu Bumi ❌
- Hanya sebahagian kawasan berkabus ✔️

* Tidak perlu lihat jauh. Di Malaysia sendiri masih banyak kawasan yang tidak berkabus ketika ini. Siang hari masih boleh nampak langit yang membiru. Jadi, macam mana boleh menyatakan kabus hitam menyelubungi satu Bumi? Ada mata pandanglah keluar, jangan duduk terperap sahaja di dalam rumah. 

Di negara-negara yang didakwa diselubungi kabus hitam itu juga tidak melibatkan keseluruhan negara. Hanya sebahagian kawasan sahaja yang berkabus.

2) Hijau di dalam peta bukan merujuk kabus hitam yang pekat. Peta yang tertera merujuk jarak ketampakan. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi jarak ketampakan antaranya seperti kualiti udara, kelajuan angin, suhu dan kelembapan udara.

3) Jarak ketampakan 9 km masih boleh dianggap tahap ketampakan sederhana manakala 13 km boleh dianggap tahap ketampakan yang baik.

4) Merujuk Pertubuhan Meteorologi Sedunia, 
i) Jerebu (Haze) 
Jerebu (Haze) adalah disebabkan oleh partikel kering yang terampai di udara dan tersebar luas dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar serta menyebabkan keadaan udara kelihatan kabur. 
Jerebu dilaporkan apabila cuaca kering dan kelembapan relatif kurang daripada 95%

ii) Kabus (Mist)
Kabus (Mist) dilaporkan apabila kelembapan relatif melebihi atau sama dengan 95% dan ketampakan antara 1 km hingga 5 km. 

iii) Kabut (Fog)
Kabut (Fog) pula dilaporkan apabila ketampakan kurang daripada 1km dan kelembapan relatif menghampiri 100%.

5) Macam mana boleh menyatakan kabus hitam yang pekat akan melanda negara kita sedangkan jarak ketampakan masih lagi jauh (9 km dan 13 km seperti yang dinyatakan)? Dari sini kita boleh nilai yang penyebar berita ini tidak faham langsung berkenaan tahap ketampakan.

6) Sebar berita menakut-nakutkan memang seronok dan dalam masa yang sama ada yang jual produk 'overclaim' 😁 . . Pandai ambil kesempatan.
..
..
Kredit : Astronomi dan Sains
..Dekati ilmu,jauhi kedangkalan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker