Sebagai Muslim, kita tahu ini isu agama kita. Tapi kita kena tahu yang bukan Islam tak faham sepenuhnya kenapa ia begitu besar pada kita. Maka kita jelaskan.
2 perkara di sini.
1. Yang dijual adalah ham sandwich. Ham ikut kefahaman umum adalah daging dari khinzir. Kecuali kalau tulis turkey ham, chicken ham. Sama mcm bacon. Saya memang akan tanya, ini beef bacon ke? Kalau ada halal, saya lega. So kalau sandwich ni saya lega lah.
2. Cuma rupanya halal yang dipamerkan itu halal palsu. Tak ada pendaftaran dengan JAKIM. Maka kita tak pasti ham itu asalnya dari khinzir atau tidak. Sebab itu mereka siasat lebih lanjut untuk kepentingan umat Islam di sini.
Pada umat Islam, status halal sesuatu makanan itu sangat penting. Jika masyarakat Hindu tidak makan daging dari lembu atas tuntutan agama mereka, begitu juga dengan Muslim mencari yang halal termasuk yang bukan dari khinzir.
Perkara sebenarnya boleh jadi mudah kalau..
1. Orang yang nampak ham sandwich dijual dengan tanda halal rasa ragu-ragu, semak status halal.
2. Bila nampak sebenarnya tak ada halal, laporkan pada pihak berwajib.
3. Siasatan dijalankan, tindakan diambil.
Benda jadi kompleks bila isu sebegini dijadikan senjata nak tuduh menuduh.
Kebanyakan masa, kesilapan berlaku tanpa niat jahat (malicious intent). Betul, ada insiden yang berlaku sebab niat jahat sesuatu pihak, tapi sepanjang pengalaman saya deal dengan orang ramai berlainan agama, jarang saya jumpa orang yang betul-betul ada niat jahat.
Sama ada..
Dia tak sengaja. Dia tak tahu. Atau dia tak peduli.
Salah kah dia tak peduli? Kita boleh bahaskan, sebab duduk dalam negara berbilang bangsa agama, ianya salah. Tapi, tak boleh dinafikan manusia ni warna rambut je hitam, hati lain-lain. Ada yang jenis tak kisah langsung pasal orang lain. Tiada empati. Tak bermakna dia ada niat jahat (malicious intent).
Jadi sebagai Muslim apa kita nak kena buat?
Jelaskan pada mereka dengan baik, kenapa isu ni penting pada kita. Sebab ia melibatkan salah guna logo halal, dan ia tuntutan agama kita. Dan kita akan uruskan tanpa ganggu urusan mereka. Tak perlu buat kenyataan yang mengherdik bangsa lain.
Sebagai non Muslim?
Jangan memerli. Tanya baik-baik sahabat Muslim anda, kenapa isu ni besar? Tapi bila yang Muslim pun ikut sama perli memerli, saya rasa sedih lah.
Saya sayang Malaysia, saya sayang saudara seagama saya dan rakan-rakan saya yang bukan Islam juga. Saya suka harmoni. Dan saya percaya dakwah Islam bukan bersifat keras.
Kenapa saya tulis benda ni?
Sebab kebetulan ada depan KK Mart di UM. Dah tutup. Pada saya, wajar, untuk siasatan lanjut. Sebab tanggungjawab penjualan secara jujur termasuk penggunaan logo halal, perlu jatuh atas mereka.
Tapi kena faham juga, bila tutup, ada lah pelajar yang hilang akses kepada barangan harian mereka. Every action will have consequences. Dan Islam ajar kita berfikir dengan waras. Bukan dengan emosi. At least, that is what I am taught to be.
Semoga sahabat yang baca ni tak lah komen bukan-bukan di status saya. Jika tak setuju, tak apa.
Kredit : Dr Amirul Amzar
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.