Langkau ke kandungan utama

5 Mitos Berkaitan Vaksin HPV




5 mitos berkaitan vaksin HPV. Vaksin HPV adalah langkah pencegahan yang amat berkesan untuk kanser pangkal rahim. Sejak 2010, ia diberikan secara PERCUMA kepada semua remaja wanita melalui program imunisasi di sekolah-sekolah sewaktu mereka berusia 13 tahun.

Baru-baru ini, Sha ada terbaca mengenai ada segelintir ibu bapa yang menolak vaksin ini katanya kerana anaknya bukan amalkan seks bebas. Jadi, Sha bertanya dan kawan Sha yang juga seorang doktor pakar menerangkan hal ini.

Sedih bila baca masih ada ibu bapa yang menafikan hak anak perempuan mereka terhadap vaksin ini. Terlalu banyak salah faham mereka. Ini antaranya:

5 Mitos Berkaitan Vaksin HPV

1. Anak saya suci
Saya akan didik dia dalam menjaga maruahnya supaya tidak kena jangkitan HPV.

Yakinnya kamu. Anda boleh ramal masa depan? Walaupun anda yakin anak anda tidak akan berkelakuan buruk, anda tahu kah siapa jodohnya? Yakin kah anda jodohnya kelak bukan bekas suami orang atau betul-betul teruna? Islam tidak ajar kita membenci seseorang akibat masa lalunya. Sebab kita tak tahu siapa jodoh anak kita lah kita lindungi mereka dengan vaksin HPV.

2. Vaksin HPV ni bahaya!
Banyak kesan sampingan! Tengok remaja di luar negara meracau-racau selepas kena suntik.

Vaksin HPV tidak menyebabkan kecacaran otak atau masalah saraf. Sejak pemberian vaksin ini di Malaysia, pemantauan kesan sampingannya dilakukan secara aktif. 

Statistik mendapati insiden kesan sampingan hanyalah 2 dalam 100 000 suntikan yang diberi. Kesan sampingan ini adalah ringan seperti gatal, lebam atau reaksi lain pada tempat suntikan, sakit atau pening kepala dan juga gejala berkaitan sistem penghadaman. 

Kesemua kesan sampingan ini adalah sementara dan hilang sendiri. Tiada kecacatan atau kematian dapat dibuktikan akibat vaksin HPV di Malaysia. (https://bmcpublichealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12889-018-6316-6). Di seluruh dunia juga, tiada mana-mana satu kajian konklusif pun yang berjaya mengaitkan kecacatan otak dengan vaksin HPV.

3. Saya takkan benarkan anak saya ambil vaksin ini sebab nanti dia jadi gatal!

Vaksin HPV tidak menyebabkan anak anda menjadi gatal atau gila seks. Salah faham ini timbul akibat pemberian vaksin ini adalah pada julat umur 13 ke 15 tahun di mana pada umur tersebut, remaja wanita akan mengalami perubahan hormon dan perkembangan sosial yang menyebabkan mereka lebih cenderung ke arah aktiviti seksual.

Tanpa vaksin HPV pun anak anda akan mengalami perubahan ini.

4. Kanser pangkal rahim jarang berlaku. Anak saya takkan kena sebab saya tiada sejarah kanser

Cuba anda tanya Dr Imelda Balchin, Dr Anna Liza Roslani ataupun Dr Muhammad Izzat, berapa banyak kes kanser pangkal rahim yang mereka pernah jumpa dan rawat? Hatta saya yang bukan bekerja dalam bidang sakit puan pun dah jumpa banyak.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita! Punca utamanya adalah jangkitan HPV dan ia boleh dicegah dengan vaksin. 

Walaupun tiada sejarah keluarga yang menghidap kanser, anda masih berisiko mendapat kanser pangkal rahim.

5. Okay, saya dah ambil vaksin. Dah tak perlulah nak buat pemeriksaan berkala

Vaksin hanya mencegah dari jangkitan dan mengurangkan risiko kanser pangkal rahim. Anda masih digalakkan membuat ujian saringan berkala sama ada dengan ujian pap smear ataupun ujian DNA HPV.

Gabungan ujian saringan dan pencegahan melalui vaksinasi akan mengurangkan insiden kanser pangkal rahim di Malaysia. 

Ujian saringan boleh didapati di Klinik Kesihatan berdekatan anda ataupun mana-mana premis swasta yang mempunyai servis ini. Ujian saringan ini disarankan bermula selepas anda telah melakukan hubungan seks pertama anda.

Semoga dengan jawapan kepada 5 mitos ini membuatkan anda lebih faham tentang vaksin HPV. 

Saya mohon ibu bapa supaya benarkan anak gadis anda untuk menerima suntikan vaksin ini. Ianya percuma, berkesan dan selamat.

Jangan nafikan hak mereka. Jangan risikokan mereka dengan kanser pangkal rahim. Jangan nanti bila mereka sudah besar, mereka menangis di hadapan anda, menyesal dengan keputusan anda.

Kredit: Dr Amirul Amzar

Tapi kan budak-budak sekarang ini,mudah terdedah dengan adultery. Mungkin dari penggunaan gajet yang meluas dan tidak dikawal oleh pihak ibu bapa dan penjaga memudahkan anak-anak mengakses laman tidak senonoh dan aplikasi sembang atau jodoh.

Berita hari ini, budak perempuan 12 tahun dan berkenalan dengan budak lelaki sekolah menengah. Akhirnya dia dirogol oleh 10 orang budak sekolah menengah itu dengan rakan-rakannya. Nauzubillah himinzalik..

Vaksin dicipta untuk cegah sesuatu penyakit. Selayaknya, vaksin apa pun yang digunapakai di Malaysia telah dikaji di luar negara dan apabila masuk ke Malaysia akan diuji lagi. Yakinilah dengan perubatan Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker