Langkau ke kandungan utama

Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Agama (SRA)





Bismillahi Masya-Allah. Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Rendah Agama (SRA) telah berlangsung pada 15  Januari 2025 dengan gilang-gemilang. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Kisahnya, Jumaat lepas Harraz cakap hari Rabu dia cuti kedua2 sekolah. Sebab dapat anugerah tu, petang. Jadi sesi petang sekolah kebangsaan, tak dapat nak hadir.
Katanya Al-Quran dapat paling tinggi dalam semua kelas.

Mama rasa biasa-biasa je, xde la tinggi sangat.

Mama tanya guru kelas, dia pula kurang maklum sebab dia banyak kerja luar.
Bukan apa, kadang Harraz salah faham.

Ok, Isnin mama tanya lagi. 'Ya, anak puan dapat anugerah,'

OMG, perasaan mama sukar untuk digambarkan. Sebab tahun ni rasa pencapaian Harraz makin merosot.

Harraz ada cerita, katanya salah satu doanya nak dapat anugerah. Alhamdulillah, dimakbulkan doa anak mama ni.

Tapi subjek-subjek lain kena usaha lagi la ya.

Tadi mama pergi, eh ada nampak muka-muka yang nampak dalam majlis yang sama tahun lepas. Dannn.. Ada nampak lagi kawan mama sama tempat kerja juga, sama macam tahun lepas.

Anak buah Kak Farah kat tingkat 2, sama blok pun ada. Sha tanya darjah berapa. Darjah 6 rupanya. Dia dan sepupunya akan kerumun Sha sebab diorang suka tengok baby Harraz. Rupanya beza 4 tahun dengan Harraz.

Alhamdulillah, anak masing2 pandai.

Tapi rasa macam nak belajar dan ajar bagi dapat 8A macam mereka juga. Sebab Harraz ni banyak lagi nak kena belajar terutamanya subjek jawi. Guru besar cakap nanti akan dibuat kelas bimbingan jawi. Tapi tak tahu siapa nak masuk lagi.

Mama suka p Majlis Anugerah Cemerlang SRA sebab rasa nak nangis je, sebak. Sebab ada khatam Quran, Asma ul Husna yang menghayun jiwa.

Tahniah untuk semua anak-anak yang berjaya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker