Langkau ke kandungan utama

Pulanglah Kerja Ikut Waktu




"Pulanglah kerja ikut waktu. Bila sakit, cutilah. Bila ada majlis dalam keluarga, mohon cuti rehat (CRK) dan ikutilah majlis keluarga," pesan seorang otai pada aku dulu.

Aku cuma anggukkan kepala sahaja. Menanti butir mutiara kata seterusnya. Banyak nampak dia nak meluah.

"Abang dulu Li, memang gila kerja. Kau bayangkan, banyak kali abang dapat anugerah kehadiran penuh. Tak pernah MC. Tak pernah ambil CRK.

Masa tu abang rasa bangga. Diberi anugerah yang jarang orang lain dapat. Bahkan pernah abang kurang sihat, pergi klinik, klinik bagi MC. Tapi abang tak MC. Sebelum ke sekolah makan ubat, kat sekolah pun makan ubat lagi.

Kau tahu lah, makan ubat ni kebah la 2-3 jam. Pastu gigil lagi. Makan lagi. Punya la sayang nak cuti, dah diberi cuti pun tak nak juga cuti.

Orang lain 1:30 lepas punch out, terus berkejar keluar. Abang rileks lagi setel mana patut. Jam 3, jam 4 baru keluar. Kunci bilik guru tu abang yang pegang. Sebab abang orang paling lambat balik setiap hari dan pasti hadir awal setiap hari".

"Uish. Bagusnya abang"

"Abang dapat 3 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sepanjang berkhidmat.

*APC akan tengok cuti dan MC.

Orang lain biasanya sekali je. Tapi bila abang dapat, tiada kawan-kawan berbunyi kerana tahu kerja buat abang memang lebih dari orang lain.

Sampai satu tahap, abang rasa, sekolah tak boleh 'run' dengan sempurna jika abang tak hadir. Program apa je, abang memang pulun buat sungguh-sungguh.

Tapi 6 tahun lepas, anak sulung abang kemalangan. Teruk, ICU saja seminggu lebih. Masa tu abang sedar. Masa tu terdetik dalam hati abang,

'Jika anak aku mati, orang yang paling kesal adalah aku. Tak banyak masa aku luang bersama dia. Masa aku banyak di sekolah.

Hari lahir dia, dia sambut dengan mama dan adik-adik dia sahaja. Aku? Kat sekolah dok santun anak-anak orang lain.

Sakit demam dia, aku tak peduli sangat. Cuti kuarantin masa dia sakit pun aku tak apply untuk jaga dia. Aku sibuk ke sekolah sahaja'.

Banyak benda abang fikir Li masa tu. Allah jentik hati abang. Dan lebih kurang 2 bulan lepas tu, abang pula jatuh, patah kaki. Kali ni memang terpaksa cuti dah.

Sangkaan abang sekolah tak boleh 'run' dengan sempurna meleset sama sekali. Sekolah elok je tanpa abang. Setiap program meriah dan berjaya juga. Tak ada cacat cela pun. Elok je guru-guru lain yang pulang sharp tu buat kerja. Yang sering cuti pun elok galas tanggungjawab masing-masing.

Dan dari situ abang mula hargai setiap masa bersama keluarga. Kerana kerja ni, sampai bila takkan habis. Paling penting, saat kita sakit terlantar, orang hanya datang melawat sekali sekala. Tapi yang disisi sampai kita mati, adalah keluarga kita.

Bukan tak boleh kerja kuat, namun berpada. Bukan tak boleh hargai kawan-kawan, namun hargai keluarga kita lebih lagi".

Aku angguk kepala tanda faham. Masa tu aku masih bergelar guru. Kisah 7-8 tahun lepas kot. Abang tu pun dah pencen wajib dah sekarang.

Namun nasihat dia aku rasa bagus untuk aku panjangkan kat kawan-kawan yang masih bekerja.

Tak salah kerja kuat dan rajin, namun jangan melampau batas. Jangan melebihi kerja dan orang lain melebihi ahli keluarga kita.

Begitulah.

#MFS.



JANGAN LEBIH MASA DI TEMPAT KERJA

1. Ada orang kagum kerana tidak pernah habiskan cuti tahunannya. Setiap tahun cuti tahunannya berbaki banyak sekali.

2. Ada orang berbangga, dia balik paling lewat kerja. Kunci pejabat dia pegang punya.

3. Ada orang berbangga tidak pernah ambil cuti sakit. Doktor nak beri cuti, katanya client sedang menunggu proposalnya.

Kawan kawan dikasihi,

4. Bekerja adalah proses yang tidak pernah habis, tidak akan selesai.

5. Tumpuan pada kerja penting, tetapi tumpuan pada keluarga lebih utama.

6. Jika kita sakit atau kecewa, bukan bos, client dan majikan akan bantu kita. Tetapi keluarga akan menjaga dan merawat kita.

7. Hidup ini bukan soal kerja, majikan, bos, client dan KPI sahaja.

Kita juga perlu bersosial, berkawan, minum dan jalan petang dengan keluarga dan kawan kawan.

8. Jika majikan selalu suruh kita kerja lebih masa. Boleh jadi kita yang tak bijak urus masa, kurang efektif dan tidak produktif

9. Sayangi kerja kita, tetapi jangan cintai majikan kita kerana kita tak akan pernah tahu bila majikan tak perlukan kita lagi.

Semoga berjaya.

Datang kerja kena la jaga CALL-TIME.....
Dan balik pastinya ON-TIME.....
Xperlu nak kerja OVER-TIME.....
Lebih baik fokus kepada FAMILY-TIME.....
Sebab apa,bila kita kerja ALL-THE-TIME.....
If kau jatuh sakit NEXT-TIME.....
Kau akan dilupakan dan digantikan ANY-TIME.....

#JanganJadiHambaKerja.

Alhamdulillah, totally agree dgn apa yang otai tu pesan pada cikgu..’ 

Sekarang saya dah praktis sepenuhnya.
Rasa lebih bahagia dan lebih brsemangat untuk berkhidmat.

Balik on time. Pukul 1 dah thumb out kalau tiada apa meeting or program petang. Hari kerja dan dalam tempoh kerja saja saya akan buat segala clerical works..

Hari cuti, saya cuti sepenuhnya. Cuti panjang, saya langkah panjang untuk travel. Cuti pendek, saya langkah pendek2😝😝

Saya tak sihat, sy p clinic ambik mc n sy x pikiaq dh kja kt ofis or class cmna nnti..pandai2 la atoq n bygkan klu cikgu mati hgpa gnti or atoq keja cmna.

sy ada urusan ank2, sy ambik ja CRK..xda nk pikiaq simpan CRK utk rs GCR nnti..ntah2 mati sblm GCR cukup 150 hari😝

i love my job but my family n myself, i love the most


Sama dengan kisah aku. Pulun kerja tak pernah ambik MC 4 tahun berturut.
Bangga sgt duk pegang title guru paling sihat.
Dtg awal blk paling lewat.kdg² sambung latihan lps maghrib baru jupe anak²..
Sekali Allah uji..eksiden moto patah bahu dpt mc 3 bulan..
Masa tu baru sedar time golek atas katil xleh bangun tu sape yg ada dekat?
Anak sediri ke anak murid?
Ermmm..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker