Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Does True Love Need A Reason?

Assalamualaikum...

Entri berbahasa Inggeris. Cepat ambil kamus dan cari perkataan yang tak faham. Hehe~

Some people never understand and I believe most people don't understand.

Let i share u all, a story..

Once a lady when having a conversation with her man, asked:

Lady: Why do you like me? Why do you love me?
Man: I can't tell the reason, but I really like you.

Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit)-2

Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat tak?

Kali ini aku kongsikan pasal penjagaan bateri handphone. Hari tu aku dah kongsikan. Tak ingat? Meh klik sini Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit).

Apa lagi, jom semak.

1. Jauhkan daripada sebarang peranti elektrik

Aku pernah buat perkara ni walaupun aku tau tak elok letak dekat-dekat antara dua barangan elektrik, mesti salah satunya akan cepat alah. Orang kata, jam pun macam tu. Tak boleh letak dekat-dekat. Ye ke?

Dan Air Mata Peneman Setiaku..

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan terlalu peribadi. E- Diary

Aku cuma nak meluahkan saja, tiada kaitan dengan sesiapa.

Malam semalam, aku kurang ada mood nak berSMS. Dah tu, dia pula bangkitkan hal yang aku tak sukai. Hal yang dia kutuk aku sedangkan dia lebih teruk dari aku. Sepatutnya, aku yang kutuk dia, sebab siapa yang lebih menguasai bahasa? Tapi aku tak buat begitu, kerana itu bukan budaya aku.

Sungguh aku sakit hati. Ye la, dia kutuk aku bagai nak rak tapi dia haram pun tak reti. Kalau perkara ni berlaku pada korang, korang akan marah tak?

Jom Pergi BN Youth Job Fair Kat Kedah

Assalamualaikum...

Korang masih ingat tak dengan entri ni BN buat Youth Job Fair untuk cari kerja? Aku nak sangat pergi walau kat KL tapi ada aral melintang.

Bebaru ni, aku dengar diorang nak buat lagi job fair tu. Kali ini nak dibuat di enam negeri. Aku memang berharap la diorang buat kat Kedah. Ya, diorang ada pilih Kedah. Yay! =)

Aku pun ternanti-nanti la bila diorang nak buat kat Kedah dan kat mana. Harap sangat la buat kat Alor Setar. Kalau kat Sungai Petani (SP), susah sikit la, tak familiar tempat tu. Tapi masih bersyukur sebab dekat Kedah, kira dekat lagi la..

Selamat Berangkat Muaz, Nak Bunga Tulip..

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan persahabatan.

Hari ini hari apa?

>Hari ini Jumaat. Kenapa?

Kalau macam tu, esok hari Sabtu la?

>Ye la, sah-sah la Sabtu.

Malam esok ada orang nak departure la.. Hehe~

>Ke mana?

Ke Asterdam, Belanda (dalam bahasa omputih dipanggil Poland - Er, kalau aku tak silap la. Betul la kan? Lagi satu negara adalah Holland. Yeah, ingat sebab Bola Sepak Piala Dunia!).

>Er jap, sape ye?

Muaz.

ab

Assalamualaikum...

Entri peribadi. Aku tau ramai yang tak suka akan entri sebegini. Tapi, aku rasa tak salah kalau nak ada entri seperti ini tetapi perlulah ada batasan jugak. Ini asyik 24-7 perkara yang sama, akan membosankan pembaca blog korang je.

Aku tahu itu, dan aku minta maaf kalau korang kurang selesa. Aku ada pelbagaikan entri aku. Kalau tak percaya, semaklah. Memang dari dulu lagi aku sudah memperbanyakkan kategori dalam blog ni. Kalau tak percaya, sila la jenguk ke kategori. Kan ada diariku, diari kehidupanku, contest, berita negara, pesanan, agama, dan berbagai-bagai lagi.

Kali ini, aku memang nak ceritakan pasal peribadi sikit. Terpulanglah korang nak baca ke tak, (tapi aku haraplah korang baca. I beg u all to read my crap story. Haha).

Cerita aku sekadar perkongsian dan sekadar meluahkan perasaan. Kalau korang tak selesa, tak perlu la nak maki or kutuk aku. Ini cerita aku. Kalau korang nak cerita korang kat sini, sila la tulis entri kat blog korang sendiri. Ini blog aku…

Romantika

Assalamualaikum...

Entri jiwang bawang. Haha~ Saja ja.

You're not alone, together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold and it feels like the end
There's no place to go, you know I won't give in
No, I won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Assalamualaikum...

Terkejut aku bila duk depan lappy, ada mesej masuk kat shoutbox. Apeq a.k.a kawan aku kata dia nak hack  blog aku.

Giler ke apa dia ni? Tak kan marah kat aku selalu duk komen kat blog dia kot?

Tapi, aku senyum jer sebab aku tahu dia gurau jer ni. Dalam pada tu, memang perkataan 'bengong' bermain di bibirku.. Haha~ Sorry, beb.

Meraikan Temanku, Selamat Pengantin Baru, Dear

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan persahabatan.
Dah tulis ni dah lama tapi tinggal dalam draf je.. Ingat nak buat tapi banyak benda yang menghalang. Orang kata ada aral yang melintang. Kali ni, alhamdu lillah, berjaya terbitkan..

4hb Jun 2011
Aku bangun agak lewat setelah letih badanku ini masih belum hilang sepenuhnya. Kerana apa? Sebab ada kenduri di rumah. Tak ingat? Meh klik sini dan sini.

Mataku perit. Kenapa? Mungkin tak cukup tidur. Ye la, aku tidur berapa jam jer. Tiga jam jer. Tido lewat tapi kena bangun awal, tambah dengan keletihan semalam lagi.

Hari ini, kenduri kahwin kawan baikku kat sekolah dulu. She's my BFF. Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.. Aku berkira-kira sendiri. Ikutkan mataku ini yang perit dan bengkak sedikit, malas nak pergi. Tapi bila tengok cermin, ok ja, bila letak eye shadow, cantik la. Aku pujuk diri.

Bina Jelita Anda Sekarang. Bagaimana?

Assalamualaikum...


Entri Kecantikan.

Saja nak kongsi dengan korang. Sharing is caring, right?

Ringkas je ni.. Jom kita baca..


Percaya diri
Percaya bahawa kamu layak untuk dihargai dan yakinkan diri sebelum melangkah adalah terbaik. Bina keyakinan diri kamu.

Mood Blogging Aku Dah Makin Turun

Assalamualaikum...

Aku dah rasa hilang keseronokan dalam berblog ni.. Kenapa? Sebab aku agak sibuk dan line internet pun buat hal. Line banyak tapi lembab giler bila nak connect tu. Hish, memang bikin baran jer. Wakaka~

Aku sibuk? Tak ada la nak sibuk apa sangat. Cuma bila tiga hari berturut-turut ada je tetamu datang rumah, mengganggu rutin harian aku yang menghadap lappy di ruang tamu. Hehe~

TQ Teman Buat Hidupku Seceria Warna-Warni Pelangi

Assalamualaikum...

Entri peribadi. Saja nak meluahkan sesuatu.

Aku tak suka la kalau tua sebelum umur dan masih berperangai macam budak-budak Ribena walaupun dah tua bangka.

Aku ni dua-dua okay ja. Kalau aku nak masuk dalam budak-budak memang boleh sebab aku ni gila-gila jugak.

"Haha~ perasan." Eh, ada pulak mamat ni menyibuk. Biasanya tak de masa nak jenguk aku. Ye la sibuk dengan kerja.

"Eh, mana ada weh.. Aku kan gila-gila kat Sintokkian tu. Cepat mengaku, sape yang tak kenal aku kat Sintokkians tu?"

"Haha~ Ye la, ramai yang kenal ko.."

"Iya, ramai yang kenal aku. Aku kan peramah. Eh, mana ada, aku kan pemalu.."

Kalau Korang Nak Dating (Pantun)

Assalamualaikum...


Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi melawat blog aku dan membaca entri ini. Kali ini aku nak berpantun dalam entri. Pantun ini adalah sebagai panduan untuk korang khasnya yang ingin dating.

Kalau korang nak dating,
Mintala kebenaran keluarganya;
Supaya korang tak kena lesing,
Sakit dapat malu pun tak terkira.

Bebas Pilih Nama Domain

Assalamualaikum...

Entri berita.

Biasanya kita guna domain .com, .net, .my je kan? Sekarang ni diorang dah luluskan untuk membolehkan syarikat besar gunakan domain syarikat masing-masing.

Tak percaya? Meh usha berita yang telah aku ambik kat bawah ni..

SINGAPURA: Penyelaras Internet global semalam meluluskan penggunaan alamat laman web yang akan berakhir dengan nama korporat.

Pengguna tidak lagi terhad kepada domain .com, .net atau .org.

Bahasa Siam: Perkenalan Diri

Assalamualaikum...

Mari kita belajar lagi bahasa asing ni.. Sambungan kepada Perkiraan

Bahasa Siam.. Aku belajar dan menguasainya.. Belajar dari media yang ada dan dari kawanku, Afnan.. Terima kasih.

Sabai dee mai? [Sa. bai. di. mai]. = Apa khabar?

Sabai dee [sa. bai. di] = Sihat

Khob khun kah[kob.krun. kah] tapi biasanya diorang sebut kap kun ka. Perhatikan 'krun' diorang sebut 'kun' saja. Sebenarnya orang Siam ni ada pelat jugak. Korang tak percaya? Meh tengok ni..



Arai [a.rai] = Apa. Tapi kalau kat TV, ada jugak yang sebut 'alai'.

Diorang tak pandai nak sebut huruf 'r', aku tahu ni sebab aku nyatakan kepada kawanku yang asalnya dari Thailand. Macam kebanyakannya orang Cina Malaysia bila menyebut perkataan yang ada huruf 'r'. Contohnya, 'berapa', disebut 'belapa'.

Ok, meh kita belajar lagi..

Aha,  terima kasih jugak ada satu lagi.

Kopcai
. [kop.cai] = Terima kasih. Tapi yang ni biasanya cakap dalam suasana tak formal. Kalau formal…

Piramid, Melayu Yang Cipta?

Assalamualaikum...

Entri sejarah

Aku nak tanya pada korang, nyatakan tujuh benda keajaiban dunia, Kalau tak tau ketujuh-tujuh, sila nyatakan lima sahaja. Apa, lima pun tak tau? Tak sekolah ke korang ni? Ok la cakap dua saja. Erm, ok la satu jer. Satu pun tak tau? Memang sah korang tak suka sejarah.

Ok la, aku bagitau, salah satunya adalah piramid. Ha, ini la yang aku nak ceritakan pada korang pada entri kali ini.

Minta Maaf, Tak Dapat Singgah

Assalamualaikum...

Entri marah.

Ko datang blog aku
tinggal jejak kat komen
atau sekadar BW kat shoutmix

Aku nak balas komen ke entri ko
tapi blog ko tu berat
lambatnya load
berjam okay
ok, tak pe
aku nak tinggalkan jejak pada shoutbox jer
tapi bila buka shoutbox, offline
cuba lagi
cuba lagi
lagi
berkali lagi refresh
tetap tak dapat
sebab load blog ko masih tak siap-siap

Alahai Gadis, Korang Bukan Pilihan Si Dia

Assalamualaikum...

Entri relationship.

Kali ini, aku nak kongsikan artikel mengenai relationship, perhubungan yang mana kalau lelaki tu dah bermaksud tak sukakan korang, cuma korang jer yang terhegeh-hegeh kat dia.

Timba cari perigi memang tak salah tapi kalau boy yang korang suka sangat tu memberi respon cam kat bawah, rasanya dia memang tak sudi pun dengan korang. Kira ni kes syok sendirilah, jadi sebelum perkara yang lebih mengharuan berlaku.. Baik korang blah dan blah terus dari hidup jantan itu.

Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit)

Assalamualaikum...

Entri tips.

Kali ini aku nak kongsikan tips penjagaan bateri telefon. Aku tak pasti sama ada banyak berguna atau tidak tips ini. Tapi ianya amat bermakna pada aku. Jadi, aku tak rasa tak salah untuk aku amalkan dan korang jugak (pada mereka yang belum tahu).

Jangan kata pula, mentang-mentang la aku baru mendapat telefon bimbit baru. Ala, korang pun boleh amalkan juga. Jom selamatkan bateri handphone anda.

[Bakal Jodohku]: Aku Minta Maaf, Andai Melukai Sekeping Hatimu..

Assalamualaikum...

Sengsara rasa sedih ini..
Sakit.
Aku dah jatuh sakit.

Aku nak clearkan segalanya..

Sesungguhnya, aku memang marah pada dia. Lantak dia la. Kalau dia punya ruang untuk mengutuk aku, aku jugak ada medium melepaskan rasa.

Aku nak mengatakan, segala apa yang aku tulis di situ adalah dari nafsu amarah. Segalanya nampak sangat geram dan marah. Aku pun sudah menyatakan di entri itu yang aku menulis dengan marah.

Awak... Part 9

Assalamualaikum...

Awak, lama kan kita tak berhubung, kan?
Saya nampak hubungan awak dengan dia semakin erat
Sayang benar dia kat awak, kan?
Sampai sanggup dia nak terima saya sebagai madunya
tapi saya tak mahu
saya mahu, kalau saya dapat awak
saya mahu awak seorang
tiada orang lain dalam hidup awak

Baik Macam Dafi

Assalamualaikum...

Entri merapu.

Jom layan imaginasi sikit.

Latar masa: zaman belajar kolej, siap pakai baju seragam. Pagi, selepas kelas. Umur kita pun belasan tahun (18-19 tahun) yang baru nak mula kenal hidup, gediks sikit dengan lawan jantina tambahan pula bila berwajah sedap mata memandang. Ok tak dengan latar tu?

Jom kembali ke sekolah..

Tips Penjagaan Kesihatan -Asas tapi Sangat Penting!

Assalamualaikum...

Entri sharing  perkongsian artikel menarik. Menarik? Erm, tak menarik sebab picture tak cantik sangat tapi tips ni rasanya ramai yang tak tau. Ini bermakna aku la yang tak tau. Haha~

Aku nampak ada jugak blogger kongsikan. Aku bukan ambik dari diorang tapi ada orang hantarkan aku emel. Sesuai rasanya nak kongsi.

Ringkas je kali ni. Er, boleh percaya tak? Haha~

Jom-jom kita baca


Health - Very Very Important Tips



Answer the phone by LEFT ear .


Dua Sebab Mengapa Aku Nangis Hari Ni..

Assalamualaikum...

Entri peribadi lagi. Tengok tajuk tu, dah tau kan apa yang aku nak ceritakan.. Tak tau nak letak tajuk apa. Membosankan ek? Ah, lantak la..

Today, i feels sad twice. I cried.
Why? Because my heart feels hurt.
two reasons
all about blogging sphere

Ah, sudah la nak speaking English ni.. Speaking senang, nak tulis tu lambat sikit. Lagipun, menaip sambil borak-borak dengan famili, duk santai-santai..Kang ntah pape aku merapu. Hahaha~

Aku sakit hati la hari ni..

Lepas Geram: Aku Benci Ko, Pak Cik

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan terlalu peribadi. Korang tak baca dan tak komen pun tak pe, aku tak kisah. Aku tulis sekadar meluahkan perasaan aku.

Korang rasa sakit hati tak, kalau ada orang yang selalu mempermainkan korang?

Korang nak tau sangat kan pasal jantan tu kan?

Kenapa aku tak ceritakan kat sini sejak dulu, walaupun dah lama, walaupun banyak yang menantikan entri tu?

Sebab aku tak nak cipta kenangan buruk dalam hidupku..

Tapi hari ini, aku tak tahan lagi. Kesabaran aku ada batasnya.

Lantak dia nak baca pun.

Kepada pak cik, kalau ko baca sini, sila ambik iktibar.

Cerita Pasal Pak We Aku, Dah Ada Pengganti

Assalamualaikum...

Aku tak tau nak kelaskan entri ini jenis apa.. Entri peribadi tu sudah tentu.

Jom baca..


Aku ada pak we
dia tak la kacak mana
tak la berpendidikan tinggi
tapi aku sayang dia


8 Petanda: Dia Jodohmu (Mungkinkah?)

Assalamualaikum...

Entri jiwang dan relationship.

Dua insan yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal anatara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kamu akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Aduh, orang yang dilamun asmara memang begitu! Apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa seseorang itu jodoh (
soulmate) ataupun bukan?

Wah, ayat... Jiwangnya.. Hihi~ Itu aku tiru dalam buku la. Kalau ayat aku sendiri tak la syahdu macam tu. Haha~

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Agak terlambat sikit post entri hari ni. Banyak hal perlu diselesaikan dulu. Ini pun belum selesai. Masih dalam rancangan dan perlaksanaan.

Jom tengok pict aku.



Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Lepas Geram: Baiknya Pak We Dia~

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Aku jumpa note ni,  kat meja, ntah sape punya. Meh kita sama-sama baca.

Ni karangan untuk pak we dia kot. Macam lepas geram jer.. Hihi~


Sedih rasa.

Kenapa dia tak macam ex aku? Mula la buat aku merindui ex..

Tapi nak kembali semula
tak kan mungkin terjadi
'U, i rindukan u..'
yang sabar melayan karenah aku
yang segala-galanya untuk aku

Tolong, Malware Serang!

Assalamualaikum...

Nak minta tolong pada sesiapa yang tahu bagaimana nak selesaikan masalah ini. Cemas jugak bila tahu antivirus cakap ada malware. Tapi tak tau macam mana nak selesaikan.






Aku dah tengok. Kena neutralise macam kat atas tu tapi dah dapat. Macam mana ya?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Jangan Salah Faham Weh, Aku OK Ja..

Assalamualaikum...

Entri peribadi. Entri nak menjelaskan apa yang telah tersalah faham. Kecik je.. Hal kecil. Tak de hal. Meh, aku terangkan serba sedikit tentang dia. Er, perlu ke? Haha~

Kami kenal di Sintokkian's Blogger. Rapat? Er, agak rapat la. Selalu lepak bersama.

Kepada ko, (nama dirahsiakan. Haha~ Nak backline trafik ke blog ko tak? Tak payah kot. Tapi pic ko, ada weh.. Malas nak edit dah. Wakaka~).

Anonymous, Sukanya Hati Kau Stalk Blog Aku

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Melayan orang yang tak reti-reti nak diam tentang kita, sedangkan kita tak pernah pun nak buat apa-apa niat kejahatan waima sebesar zarah, sekecil byte pada mereka.



Penat
layan karenah kau
yang tak kunjung habis dengan soalan
bak anak kecil bertanyakan itu ini
rimas!

Ucop Wilcha Jadi DJ Radio Pula?

Lama rasanya tak petik sumber entri dari akhbar. Maka, aku pun teringin la nak selak akhbar. Asyselalunya buka fb dan blog jer.
Jom baca..
Usop masuk Hot.FM





TQ kawan-kawan, pelawat blogku dan Nuffnang

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Hari ni dengan berbesar hatinya, cek la Nuffnang.. Sebab minggu lepas tersasar. Sangkaku, minggu lepas dah dapat cukupkan korum untuk keluarkan duit tapi tak cukup. Tak apa la, aku tunggu minggu ini. Alhamdu lillah, bila cek tadi, dah cukup. =)

Terima kasih kawan-kawan, pelawat blogku dan Nuffnang! Nak keluarkan duit tu ke tak?




Selamat Berjuang, Didi =)

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Dia, aku kenal dia
kini dia sudah mahu pergi

MBU pencetus perkenalan
maka wujudlah entri
ini
itu
dan klik

Banyak juga yang dia tagkan namaku di entrynya..
tapi aku dah tak dapat nak trace balik
sebab tak ingat berapa hari bulan entri tu
cuma ini yang dapat dilinkkan

Yay, Ayah Belikan Handphone! TQ Ayah =)

Assalamualaikum...

Entri peribadi yang tak ada kaitan dengan sesiapa. Hanya kekeluargaan. =) E-diari.

Hari ini, macam hari-hari biasa, aku masak dan buat kerja rumah. Hari ni masak special sikit. Masak sambal ikan bilis. Buat ikan panggang, hari-hari makan ikan goreng je, ubah selera sikit. Sedap aromanya, macam bau pulut panggang.

Dari awal pagi, mak adan ayah keluar ke Kursus Haji, Adik Bibah ke tempat kerja menjahitnya (nak tempah, klik sini), Adik ada duk bercuti di rumah. Esok kan sekolah nak mulakan pengajian semula. Kedah kan guna hari Ahad sebagai awal minggu.

Erk, Sombongnya Budak Ni! Tak De Akhlak

Assalamualaikum...

Aku melawat seorang kenalanku di blog. Dah dia datang komen, aku pun nak la komen kat blog dia balik. Tapi, aku tak sanggup nak komen sebab aku hanya mampu beristighfar. Sombongnya budak tu! Masa mula-mula aku kenal dia, she is so nice..

Pada mulanya aku nak buat entri pemberitahuan sebab aku dah lama tak dapat nak masuk ke blog dia. Tapi tadi aku dapat masuk. Aku suka, ye la dapat masuk ke blog yang suka komen blog kita dan kita pun nak komen blog dia jugak.

Tapi, minta maaf la, aku tak kan komen. Kalau aku komen, aku akan bangkang idea belasan tahun dia yang dia rasa dah Internationale. Kang dia cop bukan-bukan pula pada aku.





"im happy join bloglist gheen giena"

Assalamualaikum...

Aku diajak join bloglist.. Ok la, Gheen, i join bloglist u, k.
Jom tengok apa yang Gheen cakap dalam blog dia.

first of all , azam nak buat contest ni mmg dah lame.. tapi baru sekarang baru capai hasrat tu .. gheen berazam nak buat contest bila follower dah capai 100.. walaupun angka tu agk sedikit , tapi kite kene bersyukur kan .. ibarat kate orang sikit-sikit , lame-lame jadi bukit ! hehe ^.^ tapi , kalau x dapat buat contest pon x pe la.. kite try BLOGLIST duluuuuu ~~




Kisah di neraka: Balasan Kepada Mereka Yang Langgar ...

Assalamualaikum...

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa..

“Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”





Bahasa Siam: Kiraan

Jom belajar bahasa asing. Aku tau la sikit-sikit.

Macam mana aku tau? Rumah aku kan kat Pokok Sena, Kedah. Dekat dengan Naka, kawasan banyak orang Siam. Orang Melayu pun pandai berbahasa Siam. Bila diorang berbual, guna bahasa Siam. Ni kiraan bahasa siam, aku belajar dari radio, lama dah masa zaman sekolah lagi.

Jom belajar. Tak rugi ambik tau ni =)

Apakah Maksud Debar Itu?

Assalamualaikum...

Entri peribadi. Gediks jer ni.

3.00 pagi
esok dia dah nak datang
bagaimanakah rupanya?
segak kah?
smartkah?
pendek kah?
perokok kah?
pengotorkah?
panas barankah?
sombongkah?
jijikkah?

Job Interview Tips Practice

Assalamualaikum...

Kali ini entri dalam bahasa Inggeris ya. Dah lama tak buat entri dalam bahasa asing ni. Bila lagi nak menggunakan bahasa yang penting ni? Kalau lama tak guna, kang terlupa pulak.

Apa? Korang tak faham. Tak pe, baca dulu. Cuba agak apa maksudnya, kemudian baru buka kamus.

7 CARA MENAKUTKAN JIRAN KORANG

Assalamualaikum...

Asyik entri peribadi je sekarang ni kan? Korang bosan ek? Bajet je ada orang baca blog ni selalu.

Jadi, kita tukar entri sikit..

Entri menghappykan diri.. Jom baca kalau nak bergelak ketawa.. Wakaka~
Entri kali ini, kita bercakap dialek Nogori Sombilan pulok, yo.
Menyampah dongan jiran korang? Nak kasi diorang pindah copek? Ho ho..kek bawah ni ado caro camno nak buek diorang copek.. torai laa..





Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Ini kali kedua aku join Wordless Wednesday. Korang bila lagi? Bila lagi nak letak pic korang yang unik tu kan? Pastikan pic korang k. Kalau pic google, dah boleh google la cik akak, encik abang..



Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan :)





















Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Mana Jodohku?

Assalamualaikum...

Aku ambik artikel ini dari Wanita Solehah
Ada perkongsian yang bagus terutamanya bagi mereka yang inginkan mendirikan rumah tangga. Er, macam sape ye? Ekeke~ Gediks!

Jom kita baca apa kata artikel tu:


Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa..

Cukup-cukuplah Emo Tu.. Penatlah!

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Aku sebagai seorang blogger, aku tak nak masuk dalam politik walaupun aku mengikuti. Aku tak nak masukkan  entri pasal bola sepak walaupun aku tahu ranking sebab ini bukan blog sukan. Aku takkan masukkan pasal artis, sebab artis tu bukan idola.

Aku tak nak hanyut dalam isu panas.

Dunia blogger ni tak habis-habis asyik panas saja. Isu itu ini. Pasal mak cik yang hina Islam, pasal isu tiada dara budak perempuan 14 tahun, pasal blogger dituduh menipu dan pasal Gambit. Aku tahu isu-isu tu tapi aku malas nak ambik tau. Aku bukanlah blogger yang nak teguk ikan di air yang keroh. (Er, betul ke peribahasa tu?)

GIVEAWAY PERTAMA MIEMIEZS

Assalamualaikum...

ni tuan blog menjemputku untuk menyertai contestnya.. Kalau tak, dah malas la aku. Hihi~

http://miemiezs.blogspot.com/2011/06/giveaway-pertama-miemiezs.html


Syarat-syarat Penyertaan

Nak Minta Kerja? Ni Panduan Tulis Resume

Assalamualaikum...


Apa khabar?

Kali ini nak bagi tips penyediaan resume. Kita semua nak dapat kerja yang bagus, kan? Kalau nak dapatkan kerja kenalah bermula dari minta kerja. Nak minta kerja zaman sekarang ni kena la apply dan guna resume.

Artikel kat bawah ni aku ambik dari JobsMalaysia.info,(minta maaf, link tak dapat buat sebab tak tau kat mana. Dah lama, save kat laptop. History pun dah padam rasanya). Ada jugak penambahan dari aku.

  Jom kita geledah..

Aku Rindu Pada Kau La, Sengal. Dah Tahap Gaban N

Assalamualaikum...

Entri bersajak, khas untuk seorang temanku. Teman baik.

Jom, hayati sajak a.k.a entah pape punya karangan.. Hihi~




Kangan bangat sama kamu
kenapa wajahmu saja yang aku cari dan nampak?
Apakah aku telah jatuh cinta?
Apakah aku telah angau?
Oh, tidak!

Kenapa Kau Tak Nampak? Rabun Ek?

Assalamualaikum...

Apa khabar korang?

Aku terasa dengan seseorang tu.

"Er, hello dah kau tu duk bawah orang, ikut la peraturan yang orang atasan buat! Ko nak quit, quit la.. Ada sesiapa kisah?"

Sebut pasal kisah ni, meh aku kisahkan pada korang.

Pabila Sunyi Melanda Diri

Assalamualaikum...

Entri bersajak kembali lagi. Yuhoo! Haha~
Jom layan sajak ni dulu..

Aku rasa sunyi
Aku rasa sepi
tiada lagi teman di sisi
siapa yang akan temani aku lagi?

Kenduri Di Rumah, Sibuknya

Assalamualaikum...

Entri ini tak ada nak cerita apa-apa. Just nak cerita ringan jer. Entri peribadi. E-diary.

Wah, kepenatan hari ini. Bayangkanlah buat kerja dari pagi sampailah pukul pukul 1, non stop. Penat seh. Tapi ok la, semuanya perlu sedia untuk menyambut tetamu.

Aku ditugaskan kemas rumah, adikku bahagian dapur, mak bahagian masakan, Adik bahagian luar dan ayah bahagian hiasan luar.


Diary 2 Jun

Assalamualaikum...

Hanya diari biasa. This is my e-diary.

2hb Jun 2011
Masuk tidur pukul 4. Pukul 5 baru boleh lelapkan mata. Fikir apa? Debaran di dada. Dah tua rupanya aku ni.

Subuh jaga.

7.45- terjaga dari tidur sebab gangguan bunyi telefon bimbit ayah dan ayah sengaja bercakap dekat dengan tempat aku tidur. Sebijik-sebijik aku dapat dengar kedua-dua belah pihak berbual.

Mula-mula malas nak dengar, tapi memandangkan si dia yang call dan teringat kepada didiku yang tanya sedap tak suaranya, aku pun menekap telinga, mendengar perbualan di antara mereka.

Teman, Aku 'Kan Ada

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak post entri bersajak pula. Inspirasi dari seorang teman baikku di Sintokkian.

*Sunyi diriku tanpa kehadiran dirimu

Teman,
ku tahu kau bersedih hati
tapi aku 'kan ada
boleh menemanimu

Adakah terlalu dalam luka yang dia tinggalkan? mendengar ceritamu, aku simpati
aku geram pada peremuan itu
teganya dia perlakukan kau sedemikian rupa!

Wordless Wednesday? Apa Tu? Sape Buat? Join Je, Boleh?

Raya Dah Nak Dekat, Baju Dah Tempah?

Assalamualaikum...

Psst, Raya bila?

Bulan 8, kan? 31 bulan Ogos dan ia juga tarikh keramat Malaysia merdeka.

Sebut pasal raya ni, mesti teringat nak buat baju atau beli jer. Kalau korang nak buat tempahan, dah tempah ke? Tak ada? Wah, bermasalah la nanti.

Kalau korang tak tau nak tempah kat mana, Sha ada orang yang ambik tempahan.  Adik Sha yang buat ni. Dia dan rakan-rakannya. Diorang budak-budak belajar dari Mara.

Suka Potret? Jom Tempah- Berbaloi

Assalamualaikum...

Kali ini, entri kurang pasal peribadi k. Entri ni pasal hobi dan bakat yang aku ada. Eh, itu pun dalam kategori peribadi juga, kan? =)

Disclaimer: Minta maaf kepada pembenciku, aku bukan nak tunjuk diri baik ke apa. Ini adalah cerita pasal diriku, korang nak cemburu apsal? Aku tak kacau korang, maka tak perlu la nak sibuk hal aku.

Ok, sudah pasal itu. Kita masuk kepada isi yang aku nak bagitau korang.

Korang suka tak kalau wajah korang dipotretkan guna pensel? Korang minat tak nak tempah lukisan potret lukisan wajah?