Langkau ke kandungan utama

Anonymous, Sukanya Hati Kau Stalk Blog Aku

Ko susah hati bila orang lain senang hati, ek?

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Melayan orang yang tak reti-reti nak diam tentang kita, sedangkan kita tak pernah pun nak buat apa-apa niat kejahatan waima sebesar zarah, sekecil byte pada mereka.



Penat
layan karenah kau
yang tak kunjung habis dengan soalan
bak anak kecil bertanyakan itu ini
rimas!

Hujan pun teduh juga
bilakah kamu mahu menyudahkan pertanyaanmu?
aku rimas dan lemas begini

Suka hati kau ye ek stalk harta benda aku
maklumat peribadi aku
kau bongkar dan geledah itu ini

Apa yang kau nak dari aku?
aku bukan ada apa-apa
aku cuma insan biasa
yang banyak kekurangannya
bukan keistimewaan

Aku boleh lagi bersabar dan tersenyum segala
Buanglah hipokrit kau tu
tak guna hidup bertopengkan diri orang lain

Anonymous.. siapakah kau?
Kenapa kau nak sibuk dalam hidup aku?
Aku tak pernah nak bermusuh dengan orang
dengkikah kau pada aku?
apa yang harus kau dengkikan?
aku tak punya apa-apa
hidup bak sebatang kara
harta apa ntah lagi
mana aku ada harta
hutang ada la, nak?
Cukuplah permainan kau, aku dah penat
aku tahu pasti kau bergembira tika ini
sanggup kau makan daging manusia

Kau nak psiko aku?
Terpulanglah pada kau
buatlah sesuka hatimu, aku tak kisah
kerana yang mencatat gerak gerimu adalah malaikat
kerana yang mengadili perbuatanmu adalah ALLAH
yang penting, jangan cari aku di dunia
kerana kita perlu bertemu di akhirat!

Apa pun terima kasih la sebab kau jugak penyumbang trafik ke blog cikai ni
meningkatlah blog aku ni di mata dunia, haha perasan. Kat Malaysia pun tak lepas..
Terima kasih juga sebab sudi menguji tahap kesabaranku:
kau akan tahu aku ni penyabar orangnya :P



Terima kasih juga pada korang sudi baca this crap. Korang pernah tak berdepan dengan anonymous? Kadang-kala sakit hati jugak, kan? Tapi kesabaran itu penting. =)


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!





   

Ulasan

  1. jangan dilayan.. chill je.. hehe

    BalasPadam
  2. Cik Anon yang tersembunyi.. Apa kau nak, ha?

    BalasPadam
  3. @hamzah ian

    TQ Hamzah..

    tak pe, kite layan dulu. Kite tengok sejauh mana permainan dia.. hahaha~

    BalasPadam
  4. @~~Ticer Wann~~

    Sabar, sabar, sabar.. <-- ala lagu Ahli Fikir. Wakaka~

    Iya, saya akan sabar. TQ sudi singgah n drop ur comment, here, teacher =)

    BalasPadam
  5. apa soalan yang dia terjah cik sha?? adoi, siannya awak, takpe sabar,k ^^.

    p/s:dah lama tak dengar perkataan 'WAIMA' waa, rindu cikgu BM sekolah dulu!! ;'(

    BalasPadam
  6. wat dek je..buang karen jew layan =]

    BalasPadam
  7. @amna

    TQ kerana sudi mengasihani diriku.. hihi~ gediks!

    Ye, kita akan sabar. =)

    <-- bakal cikgu BM sekolah menengah, sb tu pandai sebut 'waima'.. hihi~ perasan sudah. Wakaka~

    BalasPadam
  8. @Khairil

    Tak pe la, tak sekat.. Biar semua org boleh komen =)

    kadang-kala ada org yg memusuhi kita ni, baik utk kita. Dia jujur berani cakap salah kite. hihi~

    BalasPadam
  9. la peminat hang ke ape~hahaha
    ala besa la tu shah oi~
    saje nk wat psiko lah tu..
    rilek2 jela.pedulikan~
    jnji kita bahagia..err maksud aku hang dengan kehidupan hang.aku dengan kehidupan aku..hehe dah lame xblajar BM

    BalasPadam
  10. @::Hanyll::

    Peminat yg nak cari salah aku anil.. Rimas, weh..

    rilex sudah.

    ok, janji kita bahagia =)faham ayat tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker