Langkau ke kandungan utama

Selamat Berangkat Muaz, Nak Bunga Tulip..




Assalamualaikum...

Entri peribadi dan persahabatan.

Hari ini hari apa?

>Hari ini Jumaat. Kenapa?

Kalau macam tu, esok hari Sabtu la?

>Ye la, sah-sah la Sabtu.

Malam esok ada orang nak departure la.. Hehe~

>Ke mana?

Ke Asterdam, Belanda (dalam bahasa omputih dipanggil Poland - Er, kalau aku tak silap la. Betul la kan? Lagi satu negara adalah Holland. Yeah, ingat sebab Bola Sepak Piala Dunia!).

>Er jap, sape ye?

Muaz.


Ya, Muaz akan bertolak ke Belanda tepat jam 11.55 malam Sabtu.

Selamat tinggal ya, Muaz.

Muaz akan membuat praktikal kat sana. Berapa bulan ya? Rasanya 4 bulan. Semoga semuanya selamat. Itu Kak Sha tak nak pesankan. Mesti dah ramai yang pesan pasal tu, kan? Haha~ kakak yang zalim..

Ok la, Kak Sha pesan jugak..


Jaga diri elok-elok.
Jaga solat, jaga agama.
Jaga diri.
Jangan nak berubah hati pada orang lain pulak,
(ingat ye, awak tu dah jadi tunangan orang pada 4hb Jun baru ni).
Jaga makan, jaga perilaku.


Kak Sha tahu, Muaz budak baik.

Sebenarnya, kita kureng rapat bukan kerana Kak Sha berlagak ke sombong ke.. Kak Sha ni pemalu. Rapat dengan diorang yang lain pun sebab diorang yang tegur Kak Sha dulu. Muaz pun tak kenal sape Kak Sha walaupun Kak Sha ni mentor dah lama.

Kak Sha ingat lagi, Muaz tanya, siapa Kak Sha masa Nik Nizam panggil untuk berikan fail. Kak Sha diam jer, biar orang lain yang jawab. Ye la, Kak Sha ni sape la kan.. Tak de orang kenal.

Tapi Kak Sha tahu selepas itu, Muaz tahu siapa Kak Sha. Tapi susah lagi nak tegur sapa. Bukan tak nak tegur tapi tengok Muaz langsung tak senyum, malas la nak tegur.

Pada projek USR la, Kak Sha rasa first time kita bercakap.. Baru Kak Sha tahu, Muaz ni ok orangnya.
Kemudian, selepas itu, nampak Kak Sha pun tegur. Selisih kat jalan pun senyum meleret. Haha~

First time kita jumpa masa Kak Sha bawa kawan untuk daftarkan diri jadi ahli. Kat depan foyer bangunan Perakauan (FPK). Masa tu tak de orang yang pergi ke situ. Muaz datang bagikan flyers. Muaz ajak masuk, daftar jadi ahli. Kak Sha cakap, dah jadi ahli. Senyum. Tergambar kehairanan di wajah Muaz.

Kat booth, ada beberapa orang yang jaga. Perempuan, Kak Sha tak ingat sape. Lelaki yang ada pada masa tu ialah Nik Nizam. Ingat sebab dia mirip kawan silat batch Kak Sha, Azim. Muaz pula mirip Jef, kawan silat jugak.

Pada masa kita makan ramai-ramai kat Petronas, alamak, Kak Sha segan gila nak kena duk depan Muaz. Pada masa ni, baru Kak Sha kenal jenis mana Muaz ni. Haha~ Kelakar jugak ya mengenakan orang. Sape ek yang terkena? Dila ke Su?

Muaz ni sopan santun orangnya. Anak yang baik =)

Itu sahaja nak cerita pasal kenangan ni.

Sekarang ni, nak demand pulak..

Kat sana nanti suhu sejuk, kan? Makin putih la Muaz yang sedang putih ni. Muaz cakap pada Kak Sha, suhu 15-17 darjah celcius dan musim panas. Berpuasa di musim panas. Pergh, Kak Sha pernah baca, kalau musim panas, siang lebih panjang dari malam. Bersabar la ye, Muaz. Orang lain pun berpuasa di luar negara jugak. =)

Aha, kat sana, kalau boleh bawa balik pokok bunga tulip, tau. Kak Sha nak tanam. (Bajet jer boleh hidup pokok tu kat Malaysia. Haha~). Satu lagi, nak kincir angin satu. Haha~ Ewah, bukan main lagi, Kak Sha order, kan? Ekeke~

Kalau jumpa budak-budak lain, jangan lupa berikan teka-teki yang pelbagai tu ye.. Wakaka~ Sure ada yang tak tahu jawapannya.. =)


Jangan lupa pesanan Kak Sha ni tau. Paling penting, nak pokok tulip. Haha~

P/s: Kak Sha doakan segalanya selamat. Amin =)


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Selamat berangkat ye, adikku Muaz.. =)

    Yg penting, nak pokok tulip, boleh tanam. Haha~

    BalasPadam
  2. wahhhhhh
    sedey3!!!!
    tbe2 sayu lak rsenye nk g
    huhuhu
    time kaseh byk2 ehh kak
    ada masa, panjang umur kte jmpe lagi
    mudah2han sgala urusan dipermudahkan ape2 pn, time kaseh sgt2 utk entry ni
    sebak rasanya..
    =,)

    BalasPadam
  3. @Muaz Mokhtar

    La, sedih pula.. Chill beb, chill. Haha~

    Tetiba rasa tak nak pergi ek? Wakaka~

    Sama2.. =) No hal la.

    Amin..

    TQ utk entri ni? TQ jgk utk persahabatan tu.

    Ala, jgn la sedih2.. Kak sha bukan nak buat entri ni utk sedih2, tau..

    Ikutkan, nak buat jer entri bagi Muaz rasa sedih dan tak nak tinggalkan M'sia. Hahahaha~ Gelak ala bitch.

    Tapi takut tak sempat siap, risau line ttba tak ok. Tadi pun line tak ok, tak dapat nk load pic tulip yg kak sha edit (pic atas entri).

    Jgn sebak, k. happy la. Kat tempat baru tu..

    jgn lupa bawa balik pokok bunga tulip yer. wakaka~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker