Langkau ke kandungan utama

8 Petanda: Dia Jodohmu (Mungkinkah?)




Assalamualaikum...

Entri jiwang dan relationship.

Dua insan yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal anatara kedua-duanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kamu akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Aduh, orang yang dilamun asmara memang begitu! Apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa seseorang itu jodoh (
soulmate) ataupun bukan?

Wah, ayat... Jiwangnya.. Hihi~ Itu aku tiru dalam buku la. Kalau ayat aku sendiri tak la syahdu macam tu. Haha~




1. Apa yang penting? Kerjasama

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia perhubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama.

Tak kira la apa pun, korang mesti bekerjasama. Kalau marah-marah, bila si dia minta maaf, maafilah. Kalau bab merajuk pun, bila dah dipujuk tu, berilah kerjasama untuk tidak merajuk lagi. Kalau tak, dia cari yang lain, ko yang gigit jari. Haha~

Dah ke boleh bersama-sama lalui step ni? Kalau dah, kira ok la. Macam perhubungan yang biasa la. Kalau sekali dah gaduh terus clash, maknanya dia bukan untuk ko la. Tak payah nak terhegeh-hegeh lagi. Tapi kalau bergaduh, lepas tu baik balik, memang ada harapan la hubungan korang tu.

Psst: Jaga elok-elok si dia ya.. =)

2. Selamba

Si dia mampu selamba di hadapan ko. Cuba perhatikan dirinya, adakah dia selamba saja di hadapan ko atau dia berlakon? Kalau berlakon tu, tak ada jodoh la.

Kalau selama ini, dengan kawan-kawannya gelak kuat berdekah-dekah tapi bila depan ko, gelak macam kambing jer, itu namanya hipokrit!

Selama ni kalau makan tu gelojoh, makan berbunyi, dan bersepah sisa makanan, sekali makan maunya empat pinggan.  Tapi bila makan dengan ko, tak bunyi makan langsung dan setengah makanan saja yang diusiknya. Maknanya dia tak lalu makan depan ko la! Haha~ Eh, maksud sebenarnya, dia cuba sembunyikan sesuatu. Hampeh!


3. Baca Minda

Adanya deria batiniah membuatkan hati kamu berdua saling tahu.


Tak sempat lagi si dia buka mulut, cuma bermain di fikiran dan mindanya, ko dah boleh agak apa yang dia nak katakan? Wah, kuat la ko punya instinct ya? Ada telepati ni. Mudah-mudahan, korang akan disatukan dengan ikatan suami-isteri.

Si dialah sebenarnya destinasi kebahagiaanmu. Jangan lepaskan dia jatuh ke tangan orang lain.



4. Aku nampak Syurga di wajahmu

Bersamanya, perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa ada perasaan tertekan.

Walaupun lepak berjam-jam di kedai mamak dengan dia, order air kosong ja, ko tak rasa pun bosan walaupun Ane tu dah menjeling tajam tanda nak hambat korang sebab orang lain pun nak duduk makan jugak kat meja tu. Haha~

Cuba ko tengok muka si dia. Ko nampak apa? Ha, nampak tahi mata? Oh, bukan itu maksud aku. Maksud aku adakah ko dapat rasa tenang dan sejuk hati bila pandang wajah dia?

Walaupun dia tak sehensem Aaron Aziz a.k.a Seth Tan yang popular dalam Nora Elena tu, atau seayu Lisa Surihani, tapi ko rasa suka jer bila pandang wajah dia. Itulah cinta hati ko. Jangan berpaling tadah lagi. Tadah jer apa yang dia nak bagi. Haha~




5. Ku ada kamu

Si dia selalu ada untuk kamu dalam apa pun jua situasi. Si dia dapat memahami situasi dalam hati kamu, baik dalam suka atau duka. Percayalah, pasangan yang berjodoh pasti tidak akan takut untuk mengalami pasang surut, suka-duka bersama.

Ye la, kalau jenis yang ada masa kita senang je, baik tak payah buat laki! Itu namanya, ambik kesempatan. Masa kita ada duit, datanglah ia menempel. Bila kita jatuh miskin, dia hilang entah ke mana. Tak guna kalau ada kenal orang macam tu. Lupakan saja.

Tapi kalau ada orang yang sanggup bersusah payah dengan kita terutamanya waktu kita susah, whether in thick and thin, memang kita boleh harap pada dia.

Cuba asah ingatan korang tu, adakah dia..
i) orang pertama yang bantu bila ko ada masalah? Sangat mengecewakan kalau si dia sudah la tak boleh bantu, ambik tau pun tak.
ii) faham bila emosi ko terganggu - PMS dan period la kata kan.. Marah tak tentu pasal Hihi~
iii) tahu keadaan ko sakit- senggugut, demam yang degil tak nak makan ubat dan tak nak mandi. Wakaka~ Kantoi la control ayu ko tu.

Jika jawapannya, ya, kamu telah menemui orang yang tepat!

6. Terima seadanya

Si dia tak kisah siapa kamu sebelum ini. Baginya,apa yang penting ialah siapa kamu sekarang dan kamu adalah masa depannya. Ini bermakna dia sudah menerima kamu seadanya. Wow, romantiknya.. Hihi~

Dia juga tak kisah nak menceritakan kisah lalunya. Tapi jangan sesekali menipunya. Kang dapat tau masa dah kahwin nanti, teruk padahnya. Silap-silap bujang kembali. Haha~



7. Walaupun buruk, tetap sayang

Setiap orang pasti ada keburukan dan kebaruan. Haha~ ayat mengonk..
Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Kena la boleh terima. Kalau tak boleh terima, better cari orang lain la. Atau suruh dia tu tambah iman sikit. Dah ALLAH jadikan manusia ada kelebihan dan kekurangannya, yang dia tak boleh terima apasal? Tempeleng kang. Hahaha~

Kalau dia boleh terima tengok muka ko baru bangun tido, tanpa mekap, tanpa foundation yang tebal yang menampakkan segala bekas jerawat, jerawat, parut ala lanun dan jeragat bagai, kira ok la. Bayangkan kalau bermekap, macam anak patung tapi kalau tak mekap macam hantu. Kalau dia boleh terima, memang dia sayang ko la. Haha~

Bagi perempuan pulak, kalau dapat terima jantan dia yang boroi dan rambut bersepah di mukanya tu kira ok la. Terima kekurangan dia.

Eeek, geli aku tengok lelaki boroi dan bermisai ala Datuk K, jambang ala duk negara Pakistan. Please la jaga muka korang tu. Ini Malaysia, bukan Bangladesh. Kalau korang dengan Bangla pun lebih kurang, better aku pilih Bangla, romantik dan dapat makan angin kat luar negara (Bangladesh). Bhaha~

Pasangan yang baik, menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya dengan positif. Kan hidup ini perlu saling melengkapi.

Oh, kamu dan si dia sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.


8. Tiada rahsia di antara kita

Rahsiaku milikmu, rahsiamu milikku.

Bila merasakan rahsia kamu akan selamat di tangannya berbanding dengan sahabatmu atau kamu tak mampu untuk menyembunyikan apa-apa dari pengetahuan si dia, maka berbahagialah kerana pasangan sejati telah kamu  temui.

Ala, buat apa nak rahsia-rahsia kan? Bagitau jer. Kata orang tersayang dan terdekat. Kalau ko masih rasa ragu-ragu nak bagitau dia, mungkin hati ko belum cukup seratus percent sayangi dan percayai dia. Mugkin perlu cari orang lain kot? Haha~







Ha, amacam? Semua kelapan-lapan ciri tu ada ke pada si dia?
Kalau ada, cepat tempah kad kahwin untuk panggil aku.. Wahaha~

Aku buat ini bersumberkan majalah Remaja. Ayat yang italic tu, dipetik dari majalah Remaja. Yang lain, aku karang sendiri.

Dah jumpa ke jodoh korang?

Aku? Entahlah, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.. Tapi kalau amalkan kerjasama dan semuanya ikut 7 langkah yang lain, ada la tu. Haha~

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!





   

Ulasan

  1. Ehem, korang dah jumpa ke soulmate? Phewit.. Agaga~

    BalasPadam
  2. belun puas bujng x mo kwwin hahaah

    BalasPadam
  3. apo jiwang bonar akak den ni..haha
    tak reti la nak komen... mmg bgus ah entry ni.. gud!!

    BalasPadam
  4. @Mr AA

    kan awal-awal kak sha cakap, entri jiwang dan relationship ni. Lagipun ambik dari majalah Remaja dengan ulasan Kak Sha sendiri.

    Jiwang ke? tapi ada jugak ayat ganas, kan?

    good entry? TQ.. Hehe~ perasan sudah.

    BalasPadam
  5. kadang2 masa bercinta semua ok..semua match..semua manis...semua elok...

    dah kahwin baru tahu...hahaha

    BalasPadam
  6. @Khairil

    takut pula bila dengar ulasan encik Khairil ni..

    BalasPadam
  7. @Jer ...

    TQ Jerza..

    Kalau menarik, gunalah ia =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker