Langkau ke kandungan utama

Alahai Gadis, Korang Bukan Pilihan Si Dia

Assalamualaikum...

Entri relationship.

Kali ini, aku nak kongsikan artikel mengenai relationship, perhubungan yang mana kalau lelaki tu dah bermaksud tak sukakan korang, cuma korang jer yang terhegeh-hegeh kat dia.

Timba cari perigi memang tak salah tapi kalau boy yang korang suka sangat tu memberi respon cam kat bawah, rasanya dia memang tak sudi pun dengan korang. Kira ni kes syok sendirilah, jadi sebelum perkara yang lebih mengharuan berlaku.. Baik korang blah dan blah terus dari hidup jantan itu.

1.Dia bercakap dengan menjerit-jerit, macamlah korang ni pekak atau jauh sebatu darinya.
Takkan dia tak ada sense of humanities kot? Tak kan dia tak reti nak cakap elok-elok, kan? Cuba korang fikir sikit.

Kalau seseorang tu suka akan seseorang yang lain, dia akan bercakap dengan lembut.


2. Setiap kali keluar dating dia pakai spek mata hitam.. Dengan jujur ikhlas mengatakan silau mata tengok muka korang.
Sebenarnya, dia pakai spek hitam tu dia boleh nak tengok perempuan lain. Kalau tak, susah lah dia nak menjeling perempuan ayu, anggun dan seksi yang lain. Haha~


3. Dia suruh korang pakai topeng hantu pasal katanya dia lagi seram bila tengok rupa korang yang sebenar-benar.

Tak pun dia suruh pakai maskot. Dia kata maskot tu lebih comel dari korang yang memiliki muka yang comel dan susuk tubuh yang menarik.

Lelaki: Cunnnya U hari ni pakai topeng muka hantu ni..
Perempuan: Selamber..

Sebenarnya, dia rasa nak termuntah tengok muka korang. Bukan bermakna muka korang tu tak cantik. biarpun korang bermekap ala artis,  bedak 14 inchi tebal tapi kalau hatinya tak suka, maka tak suka la.
Tapi kalau dia suka, muka bertempek bedak sejuk pun dia kata cantik.


4. Memimpin tangan korang dengan menggunakan sapu tangan sebagai penghubung.Berlagak alim konon. Padahal, dia takut ada aura elektrik berlaku antara korang kot. Haha~


5. Sering menceritakan kesedihan dan merasakan diri akan mati muda.

Lelaki: Doktor cakap I ada tiga bulan untuk hidup.. Isk!
Perempuan: (Dulu cakap cam tu gak tapi tak mati-mati pun..)

Membosankan la kalau asyik cerita sedih jer. Memang setiap orang ada cerita sedih tapi tak kan nak kena cerita selalu kan? Lagi baik kalau kita buang rasa sedih tu jauh-jauh dan hidup seperti biasa.

Ala, dia ceritakan kisah sedih sebab nak bagi korang membayangkan kehidupan korang dengan dia bakal tiada keceriaan. Kesedihan jer. Kalau nak ke?

6. Sepanjang perhubungan korang berdua, dia asyik ajak dating di library. Ini bukannya tandanya dia tu ulat buku tapi tak sanggup mengungkap kata-kata manis bermadulah tu.

Macam la tak ada tempat lain yang lebih cool nak dating kan? Memang tempat ni cool kalau kena gaya. Ianya tapi sesuai jugak kan..

Tapi yang tak kena gaya, tak pernah pun masuk library, tetiba ajak dating kat library. Nampak sangat la dia bosan dengan korang atau nak suruh korang bisan dengan dia. Harhar~

Sumber: Sesame (Majalah Ujang)
Ulasan: Sha My Heart.

Itu sedikit sebanyak apa yang korang perlu tahu, girls sama ada korang disukai atau tak. Tapi ekstrem sangat apa yang dilakukan dek sang lelaki tu.

Saja ja, nak kasi korang gelak sikit. Sebab tu aku petik dari Majalah Lawak Ujang. Hidup ni kena happy selalu walaupun ada masalah, kita kena optimis. Fikir positif. Barulah korang akan rasa bermaknanya hidup ni.


Tak guna kalau kita bergaji besar atau mempunyai harta berjuta-juta kalau tak bahagia, kan? Paling penting, dekatkan diri kita dengan Tuhan. Itu sumber kebahagiaan kita =)


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. hahaha...kejammmm~ ad ke suh pakai topeng....

    BalasPadam
  2. haha..terus teringat time sekolah dulu pergi dating kat library depan city point alor setar...kononnya nak study ler tu...tapi asyik bertukar nota...hehe kenangan..:P

    BalasPadam
  3. kejamnyaa siap suh pakai maskot .
    haha ~

    BalasPadam
  4. @kotak bulat

    haha~ itu la, dah namanya tak suka.. macam2 la alasan dia bagi. Kalau sanggup buat la.. hihihi~

    BalasPadam
  5. topeng mcm kb pakai ni ke? hahaha...

    p/s : boboiboy tu kul 7..kt tb3..heheh

    BalasPadam
  6. @Khairil

    Ooo, pak cik berdating ya..

    Kantoi.. haha~

    BalasPadam
  7. @KB:

    Itu topeng apa ya? mcm topeng yg buat kerja pendawaian jer..

    Ooo, tv3.. hari apa?

    BalasPadam
  8. ni tok welding punya..pkai time dalm bengkel..

    BalasPadam
  9. ade ke org kejam camtuh? Kejam sangat tuh

    BalasPadam
  10. @kotak bulat

    itu la nak cakap.. pendawaian bukan welding ke?

    ambik kos apa ya?

    BalasPadam
  11. @Nur

    Ada kot.. haha~ sangat kejam, kan?

    BalasPadam
  12. hahahahahaha..setakat ni xdak la jadi mcm di atas...kira selamat ag nih!!hahahahahahaha

    BalasPadam
  13. @AnNa FaRHaNa

    aha, Anna sdg berbahagia ek skrg?

    happy 4 u 2 =)

    BalasPadam
  14. @AnNa FaRHaNa

    aha, Anna sdg berbahagia ek skrg?

    happy 4 u 2 =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker