Assalamualaikum...
Entri peribadi. Saja nak meluahkan sesuatu.
Aku tak suka la kalau tua sebelum umur dan masih berperangai macam budak-budak Ribena walaupun dah tua bangka.
Aku ni dua-dua okay ja. Kalau aku nak masuk dalam budak-budak memang boleh sebab aku ni gila-gila jugak.
"Haha~ perasan." Eh, ada pulak mamat ni menyibuk. Biasanya tak de masa nak jenguk aku. Ye la sibuk dengan kerja.
"Eh, mana ada weh.. Aku kan gila-gila kat Sintokkian tu. Cepat mengaku, sape yang tak kenal aku kat Sintokkians tu?"
"Haha~ Ye la, ramai yang kenal ko.."
"Iya, ramai yang kenal aku. Aku kan peramah. Eh, mana ada, aku kan pemalu.."
Iya la tu, pemalu. Tapi banyak je naik nama ko kat situ.
Naik tu sebab diorang semua tu kawan-kawan aku yang aku kenal sebelum cuti sem, kan? Takkan aku nak biarkan post diorang macam tu jer? Tak sampai hati weh. Lagipun, diorang masih kenal aku, kan?
Ko kan teraktif kat situ.. Sape tak kenal?
Haha, akhirnya ko mengaku jugak aku fofular (popular)..
"Eh, mana ada aku mengaku? Aku tak ngaku la ko fofuler."
Ye ke?
"Iya. Ko tak fofuler tapi famous je.. Wakaka~"
Eleh, ko dengki dengan aku. Wakaka.. Eh, ada orang envi la.. Lalala~
"Mana ada.. Apa pun, aku suka berkawan dengan ko.."
Aku pun suka berkawan dengan ko jugak. Rasa berwarna saja hidupkku sejak kau hadir.
"Iya? Ada warna pelangi tak?"
Pelangi? Ingat warna-warni pelangi ke? Haha~
"Ala ko ni.. Aku nak berangan sikit pun tak boleh.."
Ah, nak berangan pergi la ke page ko.. Jangan nak sibuk kat page aku. Wakaka.
"Apa? Tak dengar la. Lalalala~"
Siot ko tak dengar..
"Betul la aku tak dengar. Aku baca je.. "
Bengonk ko weh..
"Wek, ada orang marah.. Hahaha~"
"Weh, ko tak kerja ke esok?"
"Aku hari-hari pun kalau boleh nak pi kerja. Aku nak cepat kaya. Nak kumpul duit. Tapi nape tak, tak leh buat OT la. Hampeh la bos la aku."
"Weh, sedar diri sikit ko tu kerja bank, mana ada OT. Anyways, ko nak buat apa kaya-kaya ni? Tak bawa masuk kubur pun."
"Ye tak ye jugak ek. Terlupa pulak aku ni kerja bank jer. Wakaka~ Tapi ada jugak OT, terutama hujung bulan. OT sebab duk tutup akaun la tu. Kaya? Aku nak minang anak raja Brunei. Lepas tu, boleh la aku jadi Raja Brunei. Hahaha~"
Ko nak ke OT macam tu? Kalau aku tak nak la. Pening kepala. Kahwin anak raja Brunei? Sucinya niat ko, kan? Wahaha~
"Eleh, kalau aku jadi raja brunei nanti, jangan ko gediks nak jadi gundik aku. Tak pun aku up la ko jadi Permaisuri".
"Weh, bengonk ko.. "
"Ke ko nak jadi bini no 4 aku? Boleh la ko merasa jadi Permaisuri Brunei."
"Erk, tak nak la aku! Ko ingat aku suka ko ke?"
"Eh, tadi bukan ke ko kata ko suka aku ke?"
"Bila masa pulak aku kata aku suka kat ko? Ko ni dah mamai ke malam-malam ni?"
"La, aku terperasan rupanya. Ko kata ko suka berkawan dengan aku."
"Aku cakap macam tu sebab ko yang kata ko suka berkawan dengan aku. Aku balas la, aku pun suka berkawan dengan ko. Apa, nak ubah balik ke, jadi tak suka kawan dengan aku? Remove kang.. Haha~"
"A ah, aku memang tak suka berkawan dengan ko. Jangan remove."
Eleh, kalau tak suka berkawan dengan aku, pe hal nak balas-balas post aku? Sibuk jer..
"Mana ada. Aku kan terlebih rajin malam ni. Tetiba nampak post ko yang menarik. Aku pun celah la.."
"Eleh, penyibuk.."
"Erm, menyibuk kah aku?"
"A ah.. Aku harapkan orang lain yang balas post aku ni. Ko pulak menyibuk."
"Biar la aku sibuk jugak. Ko kan sayang aku.."
"Ye aku saaaayyyyannnggg ko.. Wek!"
"Haha~ akhirnya ko mengaku jugak ko sayangkan aku.."
"Memang aku sayang ko.. tapi sebagai kawan je la."
"Ala ko ni sayang aku bertapi-tapi pula.."
"Eh, itu lebih baik dari ko yang tak sayang aku"
"Weh, aku lagi sayangx 80 kali.. Haha~"
"Ko sayang apa weh?"
"Aku sayang ko la weh.."
"Ko sayang aku ke? Eh, apasal ko sayang aku?"
"Sebab ko sudi temani aku. Sebab ko ceria. Sebab ko ni pengarang jantung hati aku.."
"Erk! Pengarang jantung la pulak.. Lucu aku dengar weh. Wakaka~"
"Alamak, tersilap.. Bukan pengarang jantung tapi jantung pisang. Wahaha~"
"Eleh, tak mengaku pulak. Weh, statement mana boleh berubah-ubah la. Dah state. Lalala~"
"Aku nak cairkan guna apa ek? Guna lagu boleh?"
"Lagu? Lagu ko yang tarik tinggi sangat tu ek? Aku tengok video ko nyanyi masa jamuan raya. Memang aku boleh cair pun kalau macam tu. Lucu weh. Wakaka~"
"Ala ko ni.. Jangan la cakap kuat-kuat. Diam-diam sudah la. Malu aku weh.."
"Haha~ tak pe la, aku promotkan bakat ko. Bukan semua orang ada bakat macam ko, yang boleh tarik suara tinggi.."
"Ko nak perli aku pulak.. Tapi sekurang-kurangnya aku ada bakat."
Weh, sorry la.. Bukan aku nak perli. Aku kagum ni. Tak sangka ko ni pandai menyanyi. Memang talented betul la. *Sila abaikan pasal pitching lari tu. Wakaka..
"A ah, sila abaikan dan lupakan pasal pitching lari tu."
"Ko minat ke menyanyi ni?"
"Minat la jugak. Ko, minat tak?"
"Aku kureng sikit.. Sebab takut terlari ke arah dosa je.
"Dosa? Dosa apa?"
"Sebab dalam hidup kita ni.. Hidup kita bukan untuk bersuka ria sahaja. ALLAH ciptakan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada-NYA.. Kalau menyanyi mestilah ke arah mengingatkan ALLAH tak apa la.. Jangan ke arah melalaikan.."
"Ye ke?"
"Iya.. Aku pun masih cetek pasal ni. Takut weh.."
"Takut apa pulak?"
"Takut mati nanti. Aku ada terdengar ustaz cakap, kalau kita mati masa menyanyi, maka dianggap perbuatannya adalah menyanyi seumur hidup walaupun sekali je menyanyi. Kalau mati sedang buat amalan solat walaupun baru sekali jer, maka seumur hidupnya dia dianggap orang yang bersolat".
"Ye ke weh? Takut aku dengar."
"Eh, ko dengar ke? Bukan ko baca je ke? Haha~"
"Haha~ terlupa pula, aku membaca jer.. Apa pun, bagus pesanan ko."
"Pesanan untuk semua orang jugak. Apa yang aku tau, aku sebarkan.."
"K la weh, dah lewat ni.. Esok aku nak kerja."
"Aah, gi la tido. Orang kerja, kena tidur awal. Tak boleh jadi burung hantu lagi. Wakaka~"
"Ye la, permaisuriku yang ke-4.. Wahaha~"
"Bengonk ko, weh.. Bakal Raja Brunei kena beradu awal.. Kalau tak, nanti rakyat murka.."
"Eh, pesal rakyat pula nak murka? Ko nak aku tulahkan ko ke?"
"Eh, Raja Brunei in making ni nak main tulah aku pulak.. Apa yang ko nak tulah aku?"
"Aku tulah ko jadi bini aku".
"Ceh, ko ni..sape nak ko?"
"Anak raja Brunei la nak aku.. Hahaha~"
"Ceiit, perasan betul la jantan jambu ni!"
"Wahaha~ bila lagi nak perasan kan? Hidup kita ni kena ada impian. Kalau nak ada impian, kena berangan. Kalau nak berangan, kena tido. Weh, aku nak tidur dah.."
"Ko memang perah santan pun.. Pi tidur la weh.. Tidur nanti mimpi aku tau.."
"Mimpikan ko? Apa barang? Aku nak mimpi jadi raja Brunei la."
"Apa? Tak dengar la. Lalala~"
"Bengonk ko weh.."
"Ko pun bengonk jugak.. Padan la dengan aku."
"Dengan ko? Ko tinggi, aku tak setinggi ko, mana padan.. Wakaka~"
"Ko pakai la kasut 14 inchi. Nanti sama la tinggi dengan aku."
"Kalau nak pakai kasut 14 inchi, lebih baik aku guna tangga jer. Ekeke~"
"Ah, malas aku nak layan ko."
"Sape suruh ko layan aku?"
"Naluri kebapaan aku la yang suruh aku layan ko. Cepat wish Fathers Day kat aku."
"Eh, bila masa pula ko jadi bapa aku? Perasan betul la mamat ni."
"Aku memang perasan pun. Poyo."
"Aah, ko memang poyo."
"Poyo-poyo aku pun, aku tak kacau orang."
"Tapi ko kacau aku."
"Eleh, apa sangat la yang aku kacau ko tu? Ko kan bakal permaisuri aku yang ke-4. Ke ko nak jadi gundik?"
"Bengonk r ko. Aku tau la aku ni kawan terbaik ko. Aku tak kisah la ko nak kacau aku ke tak. Yang penting bagi aku persahabatan kita tulus dan aku suka berkawan dengan ko. Ko buat aku rasa hepi. TQ tau."
"TQ jer? Makan-makan mana?"
"Makan? Makan hati jer la. Wakaka~"
"Eh, pesal ko nak makan hati pulak?"
"Tak de la, aku gurau jer la. Aku tak pernah nak terasa dengan ko. Sebab tu la aku suka berkawan dengan ko.."
"Aku pun sama. TQ tau.."
"Eh, TQ je? Ko kena la belanja aku. Sebab ko kan dah kerja."
"Ko ingat aku kerja cop duit ke?"
"Memang pun aku anggap ko kerja cop duit. Ko kan kerja bank.. Wakaka~"
"Ala, kalau ko nak makan, aku tak kisah la. Nanti aku belanja ko."
"Yahuu, dapat jugak aku merasa duit gaji ko.."
"Aah, untuk kawan-kawan aku tak kisah la.."
"Eh, aku ni kawan ke? Bukan permaisuri ko ke?"
"Haha~ ko la kawan aku, sahabat aku, permaisuri Brunei dan gundik aku."
"Dua yang depan tu, kawan dan sahabat tu aku suka la.. Permaisuri dan gundik tu, ko berangan je la ek.."
"A ah, aku nak pi berangan ni.. Nak tidur."
"Ok, pak cik.. Selamat malam."
"Selamat malam mak cik. Jangan tidur lewat-lewat sangat tau. Cukup-cukup la jadi burung hantu tu."
"Eh, mana aku boleh tidur awal. Aku kan nak stalk fb ko.."
"Haha~ Bengonk ko.. Nak stalk aku pulak."
"Tak de la, aku gurau je la.. Malas aku nak stalk fb ko. Lain la kalau ko dah jadi Raja Brunei, dah femes.. Ada nilai jugak la aku nak stalk fb ko."
"Ah, tak de, tak de.. Aku memang femes pun.. Good nite.."
"Good nite, friend.. =)"
Inspirasi dari seorang teman terbaikku di Sintokkian. Terima kasih, teman. Mengenalimu menjadikan aku sekreatif ini =)
P/s: Rasa kekok pulak bila banyak aku post entri bukan 100% cerita dari aku, tak buat entri peribadi. Sebab tu la aku buat entri ni.
Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
TQ sudi hadir dalam hidupku dan menjadi temanku..
BalasPadamSemua kata2 tu hanyalah rekaan aku tau.. Tak pernah pun berlaku perbualan itu. Inspirasi jer.
inspirasi ke ; angan dan sedar?...hehe
BalasPadamerr ??
BalasPadamkwn tu penting dlm hdup kita ;)
@Khairil
BalasPadaminspirasi la pak cik.. tak de nya kite nak berangan pasal dia. kawan jer..
@nawal addina
BalasPadamer? kenapa?
jgn salah faham, ada beza antara kawan dan kekasih. =)
ya kawan penting terutamanya kawan yg jadi wrna warni pelangi =)