Langkau ke kandungan utama

Jom Pergi BN Youth Job Fair Kat Kedah




Assalamualaikum...

Korang masih ingat tak dengan entri ni BN buat Youth Job Fair untuk cari kerja? Aku nak sangat pergi walau kat KL tapi ada aral melintang.

Bebaru ni, aku dengar diorang nak buat lagi job fair tu. Kali ini nak dibuat di enam negeri. Aku memang berharap la diorang buat kat Kedah. Ya, diorang ada pilih Kedah. Yay! =)

Aku pun ternanti-nanti la bila diorang nak buat kat Kedah dan kat mana. Harap sangat la buat kat Alor Setar. Kalau kat Sungai Petani (SP), susah sikit la, tak familiar tempat tu. Tapi masih bersyukur sebab dekat Kedah, kira dekat lagi la..

Meh baca berita ni:

'BN Youth Job Fair 2011' di Kedah 1-3 Julai

24/06/2011 12:39pm


ALOR SETAR — Selepas kejayaan menarik lebih 500,000 pengunjung ke program “BN Youth Job Fair 2011” di Kuala Lumpur pada Mac lepas, Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan program itu di Kedah bagi memberi peluang kepada rakyat negeri itu mendapat pekerjaan.

Program itu akan berlangsung selama tiga hari itu bermula 1 Julai ini di Institut Kemahiran Mara Sungai Petani dari 11.30 pagi hingga 7 malam.

Pengerusi Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, ini merupakan jelajah pertama program “BN Youth Job Fair” ke negeri bagi memberi peluang kepada generasi muda khususnya mendapatkan pekerjaan dan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran.

“Kita menyasarkan 100,000 orang warga Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis akan hadir untuk mencari lebih 7,000 peluang pekerjaan yang disediakan oleh majikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, 120 majikan dari Kedah dan Kuala Lumpur akan mengambil bahagian untuk menjayakan program itu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh daripada laman web www.bnyouthjobfair.my atau menghubungi pejabat sekretariat BN Youth Fair di talian 03-22614700. — Bernama dalam Kosmo.


Aku tengah duk fikir, nak pergi dengan sape ek? Ingat nak ajak roommateku, Dayah. Dulu, dia yang ajak aku.



Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. owh , kak sha cari keje ea . gudluck dapat keje :)

    BalasPadam
  2. haha , nawal skolah lagi :)

    BalasPadam
  3. entah2 seminar ni yaya nak pergi esok? -.-

    BalasPadam
  4. semoga ada rezeki...depa mesti buat kat aloq staq...

    BalasPadam
  5. @Jer:

    Ye dik.. Kak Sha cari kerja.

    TQ ya

    BalasPadam
  6. @nawal:

    Budak2 sekolah dilarang masuk. Haha~

    BalasPadam
  7. @encik Khairil:

    TQ

    Bukan la.. ni mesti kes pak cik tak baca habis ni..

    Depa buat kat SP la.. kan sha dah sertakan keratan akhbar tu. Dlm TV pun ada iklan ni.

    BalasPadam
  8. @Sylangster Pressure

    Sabah? Minta maaf ye.. aku tak bagi diorang pegi sana. Al maklumlah aku ni pemegang besar saham BN Youth Fair tu.. hahaha~ berangan jap

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker