Langkau ke kandungan utama

TQ kawan-kawan, pelawat blogku dan Nuffnang

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Hari ni dengan berbesar hatinya, cek la Nuffnang.. Sebab minggu lepas tersasar. Sangkaku, minggu lepas dah dapat cukupkan korum untuk keluarkan duit tapi tak cukup. Tak apa la, aku tunggu minggu ini. Alhamdu lillah, bila cek tadi, dah cukup. =)

Terima kasih kawan-kawan, pelawat blogku dan Nuffnang! Nak keluarkan duit tu ke tak?





Kalau keluarkan, nanti rasa tak ada semangat pula bila sikit jer duit Nuff tu. Bukannya aku ni mata duitan. Aku berblog macam biasa tapi bila ada ganjaran duit jadi lebih bersemangat. Sebab kadang-kadang tu letih (masa kerja dulu). Namun bila nampak duit Nuff meningkat rasa hilang jemu dan kembali bersemangat.

Kalau keluarkan pun, sebulan jugak kena tunggu kan? Dah tu tolak seringgit. Uii, dulu-dulu bukan senang nak dapat seringgit pun tau.

Meh aku ceritakan sikit mengenai sejarah blogku.

Aku mula start serius berblog pada bulan Februari 2011 secara rasminya. Pada masa tu, seminggu hanya dapat seringgit sahaja. Setiap minggu, seringgit sahaja. Korang bayangkanlah berapa lama aku nak dapat keluarkan?

Tapi aku tak kisah. Aiman tak kisah, ek? Hihi~

Dengan bonus seminggu seringgit, aku tabah berblog. Lihatlah sebulan berapa entri yang aku hasilkan? Banyak. Tapi aku tak ramai kawan blogger. Kenapa ya? Ini aku kena kaji lagi.

Mungkin salah aku jugak, pemalu sangat. Ye la, malu sebab tak nak masukkan blog di fb. Sekarang ni, aku dah lain. Aku dah berani. Ye la, bukan aku nak kutuk orang pun. Memang blog aku ni banyaknya cerita peribadi.

Aku pernah tulis bukan yang peribadi, pasal berita, tips, agama sahaja. Sehari saja ada tiga entri. Tapi aku rasa ada hilang sesuatu. Aku rasa bukan blog aku. Jadi aku tak nak buat macam tu lagi.

Kemudian, sejak dua tiga minggu ni, duit Nuff aku naik beringgit-ringgit seminggu sampai la aku berjaya lepasi tahap amount layak keluarkan duit.

Kepada mereka yang belum dapat keluarkan duit Nuff, nasihat aku korang kena bersabar macam aku jugak. Aku dari bulan Februari lagi. Sekarang bulan Mei. Tiga bulan.  Sesak jugak tu. Tapi sabar je la.

Pesanan aku lagi, jangan menduakan Nuff. Kalau korang tak nak ikut, ikut korang la. Duit korang, korang yang akan dapat. Duit aku, aku yang akan dapat.

P/s: Apa pendapat korang, nak keluarkan  duit Nuff tu ke tak?

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. alhamdulillah..rezeki ada kat mana2 . Jamji ada usaha..

    BalasPadam
  2. bawa keluar then belanja saya makan ais kacang sudah le...hehehe

    BalasPadam
  3. @aku_azreen

    Alhamdu lillah =)

    Ye, rezeki ada jer. Cuma usaha dgn tak je penentu. Juga, xtau lambat ke cepat..

    BalasPadam
  4. wah...bagusnye..sekejap je dah naik mendadak sha punya follower..ade ape2 tips tak yg bole kongsi?

    BalasPadam
  5. bawa la kuar half..pastu belanja hani cekelat sebijik..tp ferrero roshe la..hehe..

    BalasPadam
  6. pergh!! keroro pon baru seringgit, dari bulan dua lagi la. huhu T.T

    BalasPadam
  7. kluarkan la.pastu blanja kte mkn.hehee

    BalasPadam
  8. eh ok le tu~aku dr dulu lagi belum cukup2 duit nk kuarkan.baru RM30++ sebab aku xfull time berblog.lain la aku ade broadband ke ape ke.bleh le.lagipun mase kat rumah hanya untuk 2 lelaki paling penting dlm hidup aku, Haziq n KJ.

    BalasPadam
  9. syukur nikmat :)
    simpan lama sikit.. kalau dh berganda2 baru syiok bila keluarkan. hehe

    BalasPadam
  10. @Khairil

    nak belanja Encik Khairil makan ais kacang? Boleh jer.. =)

    BalasPadam
  11. @Syukri Mohtar

    TQ Syuk..

    Nak tips nya? Boleh..

    Sha selalu postkan entry di group fb blogger punya. kan banyak group. Ping kat sana.

    Tajuk entri biarlah yg boleh tarik perhatian org. Tapi jgn tipu, nnt orang menyampah dgn kita, tak dtg terus ke blog.

    BalasPadam
  12. @CikHaniBhulat

    half? tak boleh kuar half la, dear..

    ferrero roshe? cadbury dah la.. hihi~

    BalasPadam
  13. @sergeant keroro

    tak pe la, keroro..

    kena banyak sabar sikit dan aktif dgn nuff =)

    BalasPadam
  14. @::Hanyll::

    dah rm30, kira banyak la..

    tak pa, pelan2 kayuh.. sikit2 lama2 jadi bukit =)

    wah, bestnya ada 2 org istimewa..

    BalasPadam
  15. @amna
    alhamdu lillah =)

    a ah, tunggu lama sikit la. biar beribu2 lemon.. tapi lambat la. bertahun2 kot..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker