Langkau ke kandungan utama

Tips Penjagaan Bateri Handphone (Telefon Bimbit)

Penjagaan bateri handphone (telefon bimbit)

Kali ini aku nak kongsikan tips penjagaan bateri telefon. Aku tak pasti sama ada banyak berguna atau tidak tips ini. Tapi ianya amat bermakna pada aku. Jadi, aku tak rasa tak salah untuk aku amalkan dan korang jugak (pada mereka yang belum tahu).

Jangan kata pula, mentang-mentang la aku baru mendapat telefon bimbit baru. Ala, korang pun boleh amalkan juga. Jom selamatkan bateri handphone anda.


Tips menjaga Bateri:
1-Cajlah batteri handphone sampai benar-benar penuh.
Jangan cabut caj sebelum batteri benar-benar penuh tau. Biar benar-benar penuh.

2- Ada baiknya pengecajan dilakukan dalam keadaan mati/tak aktif.
Sangat bahaya melakukan pengecasan dalam keadaan hidup. Hal ini akan menyebabkan battery membengkak.

3-Kalau caj tu, biarkan ia sendiri. Leave him alone.
Jangan nak gatai tangan tu nak main-main handphone bila dah caj. Ni bila caj la, sibuk nak tekan itu ini kat handphone tu. Kalau tak caj, tak ada pula nak tekan apa-apa. Potong jari tu kang.. Haha~

Bukan apa, kalau buat macam tu, akan memendekkan jangka hayat handphone kesayangan korang tu dan baterinya cepat down. Kalau nak rasa bateri cepat down, sila amalkan bila caj, pergi main handphone ye. Wakaka~
Tak pun, paling teruk meletup. Kan ada kes berdarah telinga dek kerana handphone meletup ketika menjawab panggilan, tengah caj. Ini berlaku di Perak.


4-Paling selamat, cabut bateri dan caj luar.
Hal ini akan membuatkan telefon dan bateri tahan lebih lama. Tapi aku tak suka macam ni, sebab tak dapat nak tengok handphone tu dan kena setting time balik. Haha~
5-Sehari boleh caj sekali sahaja.
Jangan caj banyak kali. Sebab handphone memang tersedia ada tempoh tersedia berapa lama seperti mesej berapa lama, berbual 5-6 jam, melayari internet 12 jam. Korang tak tau? Sila cek buku dalam kotak handphone korang tu.

6-Ada juga yang mempercayai umur bateri standardnya bergantung kepada berapa kali dicaj. Seeloknya, caj bila bateri hampir-hampir habis, (bukan setengah ya) cajlah sampai penuh. Juga, jangan terlebih caj. Bateri akan lemah jugak. Hal ini kerana, apabila kerap dicaj, bateri akan semakin tua.

7- Matikanlah fiture-fiture (perkakasan) yang tidak perlu/tidak digunakan.
Contohnya, Bluetooth, infra red, Wlan wi-fi,etc

8- Jangan sering menghidup-mematikan handphone.
Ini biasanya bila geram pada seseorang. Berharap dia akan call tapi matikan handphone. Lepas tu gedik nak buka on balik. Bila tak dapat apa-apa respon dari dia, matikan balik. Hahaha~ Cepat mengaku sape yang buat?

Lain kali, kalau nak buat macam tu, tak payah off tapi cukuplah sekadar silentkan. Kan tak de pape bunyi jugak. Tak pun, tinggalkan handphone dalam sarung bantal. Ekeke~ petua terbaru ni. Lepas tu, kalau hilang, sendiri la bertanggung jawab k. Wahaha~



9- Gunakanlah cajer (charger) original dari vendor handphone masing-masing.
Pastikan korang check dulu. Kalau Nokia tu pastikan ianya Zitron. Apa pun, pastikan ada kelulusan Sirim, ya. Kalau tak kang, tengah caj meletup pulak. Kan banyak kes tu dulu. Sekarang ni dah senyap pula.

10- Jangan selalu mencaj telefon bimbit anda di kenderaan.
Masa mengisi bateri dalam kenderaan, kita menggunakan pemantik api sebagai sambungan. Voltase pada kenderaan selalu tidak stabil, sehingga dapat mengakibatkan
tidak stabilnya arus masuk ke dalam bateri.

11. Jika umur bateri telah lebih dari enam bulan, selalulah membersihkan pin dan Connector bateri dengan cotton bud atau tisu.

12- Pada pengaturan (setting) sensor cahaya (display sensor setting), pilih pengaturan minimal

13- Gunakanlah aplikasi penjimat daya battery seperti smart battery saver, ion battery timer, barrety extender, dan lain-lain.
Ia akan membuatkan bateri tahan lama. Bukannya akan menggunakan bateri. Nak kekalkan keadaan screen handphone anda tu la yang makan batery. Sila pasang screen saver ye.


14- Elakkan penggunaan memori telefon yang terlalu banyak.

Padamlah mesej, lagu, video, gambar dan aplikasi yang tidak digunakan lagi.
Jangan terlalu banyak memasukkan video porno, sebabnya bikin ketagihan dan hal ini menyebabkan batteri cepat habis dan akhirnya harus dicaj ulang.

Padahal setiap handphone kebanyakan memiliki umur tertentu (sumber: ), apalagi video seperti begini berdosa kalau ditonton

15- Jauhkanlah dari jangkauan anak-anak dan pencuri
Kerana apa? Kalau kanak-kanak tu buat telefon bimbit anda sebagai biskut Oreo dan celup dalam air sirap, korang juga yang menangis tak berlagu. Hehe~
Adakah  korang mahu handphone kesayangan tu rosak dan dicuri? Sudah tentu tak mahu, kan? Jadi elakkan ye.

Jangan pernah menganggap hal bateri adalah remeh kerana secanggih apapun handphone anda tiada gunanya  kalau baterinya tidak baik. Asyik kena caj jer atau paling teruk jap saja hidup, terus mati. Lebih baik buang saja handphone tu kat laut. Haha~


Diambil dari SINI dengan ulasan Sha myheart.
Hehe~ Apa, ingat aku tak tahu ke bab-bab ni?

Semoga bermanfaat.

Bacaan yang berkaitan:
 Tips Penjagaan Bateri Handphone (2)
Tips Penjagaan Laptop


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. nice sharing kak :)

    nak g cas . haha .

    BalasPadam
  2. pakai bateri kereta boleh tak...

    BalasPadam
  3. nice entry lahh .
    btw ,
    selalu charge .
    then ,
    tgn dok gatal main mesej .
    hehe :)
    btw ,
    jemput ke blog kami yehh .

    : MRS LAT :)

    BalasPadam
  4. fon sy yg dipkai 2 taun da rosak baterynye..syg gle...
    adehh..kne beli fon bru la

    BalasPadam
  5. @EZAN IDMA

    La, kenapa amalkan mcm tu?
    caj je penuh2. leave it alove.. lepas tu, tak perlu nak caj lagi. lagipun kalau caj selalu bateri cepat rosak. Ingat tau, sehari sekali jer boleh caj.

    BalasPadam
  6. @Noh Kodiang

    Informasi utk semua jugak.. TQ ya sudi singgah sini, Noh. =)

    BalasPadam
  7. @nawal addina

    sharing is caring..

    caj jgn sllu dan jgn biarkan batery flat.. 0, ia akan buatkan bateri cepat down.

    BalasPadam
  8. @Khairil

    Ikut suka la.. itukan handphone encik Khairil jugak. Kenapa tak pakai bateri torchlight? hahahaha~

    BalasPadam
  9. @mr pot n mrs lat

    sila tinggalkan amalan yg tak elok utk memanjangkan riwayat bateri,k.

    Iya, akan disusuri ke blog yang sudii singgaah drop komen =)

    BalasPadam
  10. @Halimatun Sa'adiah

    Ye ke?

    kite plak tak ada masalah dgn batery walaupun dah tiga tahun guna.. so, amalkan amalan mulia penjagaan bateri yg kite berikan, k =)

    BalasPadam
  11. i have follow ur blog..this mine http://arifhelmi.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. nice share and tips..boley apply ni =] thanks

    BalasPadam
  13. @CikHaniBhulat

    Yah, sila apply k dear.

    Semoga menjadi amalan utk menjaga harta kita. handphone tu adalah harta a.k.a duit cepat kita =)

    BalasPadam
  14. err... byknye step kne ikut... kb time charge,time tu lah nk meseg..hehhehe

    BalasPadam
  15. @kotak bulat

    bukan step tp panduan..

    potg jari tu kang, gedik sgt nk msj time tgh caj.. haha~

    BalasPadam
  16. mcm mcm pendapat tentang cas bateri 8 jam ni yer... apa pun terima kasih tentang perkongsian ni.

    BalasPadam
  17. Penggunaan power bank adalah terbaik, sebagai langkah berjaga jaga, mana tahu situasi kecemasan berlaku...
    http://www.muslimchoices.com/?p=pineng_powerbank_pn912&s

    BalasPadam
  18. Aku bru beli hp. Tp kkdang hp ak off sndiri.. Aku tkut hp ak da rosak tapi bru beli dalam sbulan. Adkah tu msalah btery or msalah hp ak??

    BalasPadam
  19. Saya bru beli Hp , dah cas 8 jam tapi knapa bateri cepat habis tak sampai Satu hari ..

    BalasPadam
  20. Sebenarnya tiada istilah cas 8 jam. Biasa dengar kan orang kedai HP cakap, balik lu cas 8 jam ok. Yang sebenarnya ialah cas sampai penuh je. Paling lama cas walaupun 1st time, setelah 3 jam, HP akan auto cut-off, untuk elakkan over charging. Bila battery bar berhenti scrolling tu maknanya bateri dah penuh la tu. Ada juga sesetengah Hp akan paparkan "Battery Full". Telefon baru kena complete charge-complete discharge beberapa kali, baru lah prestasinya optimum.

    BalasPadam
  21. singgah sini...gud info.tq
    http://www.kisahamy.com/

    BalasPadam
  22. lagi tips penjagaan bateri telefon pintar; saya syorkan caj pada keadaan bateri lemah 8% kebawah.
    Matikan telefon ataupun hidupkan mod
    penerbangan ketika mengecaj.
    Harap tips ni berguna juga. :)

    BalasPadam
  23. Santri: A ah, bermacam pendapat kan

    BalasPadam
  24. Faizul: a ah, sekarang ini guna power bank bila berada di luar

    BalasPadam
  25. Akmal: Off sendiri? Ui, bahayanya. Biasanya disebabkan bateri. Awak boleh cuba gunakan di telefon bimbit yang sama jenis, untuk pastikan sama ada baterinya adalah sama.

    BalasPadam
  26. Tanpa nama: Itu adalah disebabkan jenis hp awak sendiri

    BalasPadam
  27. Tanpa nama: pasal berapakah bilangan jam, masih dalam perbincangan.

    Mengenai telefon baru kena complete charge - complete discharge beberapa kali tu, baru pertama kali saya dengar.

    Boleh dapatkan sumber tak?

    BalasPadam
  28. Siti Amilia: Terima kasih sudi singgah dan baca info bermanfaat untuk semua

    BalasPadam
  29. 24/7 : oo, charge apabila bateri berada dalam 8 peratus ya.
    Matikan hp atau mod kapal terbang memang akan mempercepatkan bateri masuk.

    BalasPadam
  30. Hey kak sha myheart, klau nak charge phone smbil buka hotspot and data connection bole kah ?

    BalasPadam
  31. nak tanya sikit boleh,
    betul ke kalau kita cas handphone pada computer, handphone atau computer boleh kena virus sebabnya dipasaran 2jenis cable dijual
    1. untuk charger sahaja.
    2. untuk charger + down & upload files.

    BalasPadam
  32. Saya charge handphone tapi battery tak penuh. So camana erk nak kena tukar battery ke?

    BalasPadam
  33. Saya charge handphone tapi battery tak penuh. So camana erk nak kena tukar battery ke?

    BalasPadam
  34. Hmm yg pasal "cas sampai betul2 penuh" tu , salah sebenarnya . cas sampai penuhlah yg dapt membuatkan bateri cepat rosak. Bateri pon macam perut manusia juga . kalo penuh sangat , nanti senak dan menyebabkan beberapa penyakit. Kalo cas , jangan sampai 100% .96% ke , 98% ke dah cukup dah .

    BalasPadam
  35. kalau caj tu berapa jam boleh penuh kalau usb tak rosak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker