Langkau ke kandungan utama

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)


Zaman teknologi dewasa ini yang canggih dan moden, sudah semestinya perubatan turut berubah menjadi lebih mudah dan konvinient (selesa).  Kabur sikit-sikit itu tidak menjadi masalah kerana kanta lekap berkanta sudah sedia ada dalam pasaran. Harganya pula tidaklah membebankan. Adakalanya lebih murah berbanding kaca mata (spek).

Nak pakai contact lens bukan senang bagi mereka yang pertama kali mencubanya.  Cuba bayangkan untuk memasukkan sesuatu bendasing dalam mata sedangkan mata itu adalah sangat sensitive dan peka terhadap cahaya mahupun apa sahaja yang berada dekat padanya, kelopak mata pasti akan tutup mata awal-awal. Benda paling berharga, mestilah ada penjagaan yang khas dan khusus.

Namun begitu, bagi mereka yang kerap kali memakai kanta lekap, tidak mempunyai masalah untuk memasukkannya ke dalam mata. Sekali dah Berjaya masuk ke dalam mata, kita akan tahu caranya.

Pertama: Basuh dahulu kanta lekap menggunakan air solution khusus untuk kanta lekap. Jangan guna air paip pula.
Kedua: Buang air yang dibasuh. Biarkan kanta lekap dalam keadaan yang lembab. Sebabnya, ia tak boleh kering. Nanti mata kita akan sakit bila kering.



Ketiga: Pastikan betul bentuk kanta lekap adalah dalam keadaan betul. Keadaan betul yang dimaksudkan ialah bentuknya melengkung ke luar, bukan ke dalam. Selain itu, kena pastikan bentuknya betul-betul jadi separuh bulatan, bukan kemek-kemek ye. Kalau salah ia akan menyakitkan mata.
Keempat: Letakkan kanta lekap di hujung jari. Letak kat hujung jari je. Lagi senang nak pakai. Gunakan hujung jari telunjuk untuk memasukkan kanta lekap ke dalam mata, manakala jari hantu dan jari ibu untuk membuka mata dari arah atas dan bawah.

Kelima: Apabila kanta lekap telah masuk ke dalam mata, jangan kelipkan mata. Bertahan untuk 10 saat. Jika perlu, tarik perlahan-lahan kanta lekap dalam mata anda itu, kasi betul-betul kedudukannya dan selesa dalam mata anda.
Adalah normal kalau keluar air mata dan pedih sedikit. Tapi tidaklah sepedih mata kena cili. Itu memang pedih tahap gaban. Hehe. Waspada jika anda rasa mata anda pedih sangat. Mungkin mata anda tidak sesuai memakai kanta lekap. Kalau mata merah sikit-sikit itu perkara biasa.

Pantang Larang Memakai Kanta Lekap

  1.       Pastikan kanta lekap dalam keadaan bersih. Paling kurang pun, basuh kanta lekap dengan air solution khusus untuk kanta lekap sebelum memakainya.
  2.      Basuh tangan dahulu sebelum memakai kanta lekap. Ini penting ya. Supaya sebarang habuk atau kuman dapat dibasmi. Juga, sabun tangan anda betul-betul jika baru menggunakannya untuk makan makanan yang pedas seperti sambal dan sambal belacan kerana air tangan itu akan menyerap pada tangan dan lekat pada kanta lekap jika kita menyentuhnya lama kerana proses untuk memasukkan ke dalam mata mengambil masa yang lama (bagi mereka yang baru belajar memakai kanta lekap).
  3.        Air solution dalam bekas menyimpan kanta lekap mestinya ditukar apabila ingin memasukkan kanta lekap dari mata. Amalkan apabila pakai contact lense, basuh bekas kanta lekap. Buang air di dalamnya. Apabila tanggalkan kanta lekap, masukkan ke dalam bekasnya, masukkan air solution hingga penuh, tutup.
  4.        Kanta lekap bersifat lembut dan mengering apabila terdedah kepada haba. Oleh itu, apabila pakai kanta lekap di dalam bilik berhawa dingin (air-cond), berada di bawah matahari, anda perlu memakai eye more khas untuk kanta lekap.
  5.         Isikan air solution dalam paras hampir penuh kerana jika airnya setengah, apabila bekasnya senget, kanta lekap di dalamnya berada di atas, ia akan kering.
  6.        Pemakaian kanta lekap adalah hanya untuk tempoh 8 hingga ke 12 jam sahaja. Jika lebih, ia akan memudaratkan mata.
  7. Apabila anda tidur malam, buka kanta lekap ya. Risau terlekat pada ruang dalam mata. Tidur sekejap (nap) tak apa. Aku dah cuba. Hehe.
  8.   Buka kanta lekap apabila anda mahu mandi. Risau air akan membuatkan contact lens ke atas dan ke bawah.
  9. Jangan pakai jika sudah tamat tempoh. Contohnya, sebulan expirednya, maka boleh pakai dalam tempoh sebulan sahaja dari hari pertama anda memakainya. Pakai dan tanggalkan ye. Bukan pakai dan tak buang-buang pula.
  10.    Jika mata anda sakit, merah, hindari daripada memakainya.
Sebenarnya, memakai kanta lekap tidaklah rumit mahupun bahaya. Jika ikut peraturannya, tiada sebarang masalah. Namun, anda perlulah menjadi seorang yang pembersih kerana perlu BERSIH, BERSIH, BERSIH dan BERSIH.

Selamat bergaya dengan kanta mata anda. Pastinya anda lebih elegan dan anggun selepas ini.

Hukum pakai kanta lekap dari http://panduanislam.com/blog/2012/07/hukum-memakai-kanta-lekap-wudhuk-solat-dan-puasa/

Ulasan

  1. kita jarang pakai contact lens ni. sebab tak pandai nak jaga

    BalasPadam
  2. Nurul Inani: Mudah sahaja cara penggunaannya

    BalasPadam
  3. salam .. kenapa aq susah sgt nk masukkan lens !!!! hemmm . da beli tapi tak pkai ..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

  5. Info yang menarik. Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus mengetahui risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh. Yang penting, produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    BalasPadam
  6. Klu jarang pakai lens kena tukar hari2 ke air solution nyer ?

    BalasPadam
  7. Klau cuci bekas contact lens guna air apa ? Sblm masukkan solution ?

    BalasPadam
  8. Kenapa yer lens y sy baru beli bila pkai pedih sangat2...mata jd merah...sebelum nih sy pkai ok je..

    BalasPadam
  9. Klw tak air solution utk rendam lens ble tak rendam guna eyemo?��

    BalasPadam
  10. Saya dua hari jee dah bole masukkan dengan pantas .. 1st pakai seksa rasa mcm nk buang lens tu kikiki ..

    BalasPadam
  11. Mule² pakai pedih ya amatt .. Rse cam tgah potong bawang merah .. Hahaa .. Bte thanks for the methods .

    BalasPadam
  12. Takut lah nk masuk kan lens dlm mata...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama: Ya, memang susah sebab kalau tak pernah pakai. Tambahan pula kalau kita takut dan sering kerdip mata.

    BalasPadam
  14. Lps pakai lens tu, sebelum nak letak lens je bekas tu air solution tu kne tukar hari2 ke?

    Bekas tu nk basuh cm ne...

    BalasPadam
  15. Lps pakai lens tu, sebelum nak letak lens je bekas tu air solution tu kne tukar hari2 ke?

    Bekas tu nk basuh cm ne...

    BalasPadam
  16. sblm letak lens dalam bekas smula lens tu kene basuh guna air solution dulu ke? atau letak trus?

    BalasPadam
  17. Masa masuk dalam mata tu.. Pedih sangat... Mcm pedih potong bawang tu.. Mcm xleh bukak mata. Takpe ka?

    BalasPadam
  18. Masa masuk dalam mata tu.. Pedih sangat... Mcm pedih potong bawang tu.. Mcm xleh bukak mata. Takpe ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe lens awak terbalik..pengalaman saya xde masalah..mmg okay je..x rasa sakit dan x rasa ada benda dalam mata...

      Padam
  19. Muhd Zuhri: Memang susah kalau pertama kali pakai. Nanti bila dah selalu pakai, pandai la

    BalasPadam
  20. Dr Muhammad Akhbar bin Abdullah: terima kasih kerana sudi singgah blog saya.

    Iya, kita semua kena dengar nasihat dan pesanan doktor tu ya. Sha pun memang sangat menitikberatkan hal ini

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama: Yup, set give a five sikit

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama: Tukar air solution hari-hari? Pernah juga dengar pasal ini. Eloklah tukar hari-hari

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama: Sakit ya pakai lens baru? Sebabnya ada tu. Lens tu tak sesuai dengan mata. Kelembapannya, itu ini..

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama: Cuci bekas guna air paip sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. x boleh cuci guna air paip..ph x sama. kena guna sollution jugak..

      Padam
  25. Wilma Nessa: Tak tahu pula. Sebab tak pernah buat expriment guna air eye more

    BalasPadam
  26. Salsabilla Noryai: Iya kan.. Mula-mula sahaja susah. Lepas tu, senang dah

    BalasPadam
  27. Unknown: Ooh, kalau bawang tak adalah pedih sangat. hehe

    BalasPadam
  28. Lee Haidhae: ikutkan yang Sha tahu, hari-hari kena tukar

    Bekas tu basuh bersih-bersih dengan air paip

    BalasPadam
  29. Unknown: Tak boleh buka mata tu lama tak? Kalau lama, tak payah pakai lah lens tu. Beli baru yang lebih lembut

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Shaa My heart klau setiap hari pkai lens xmemudaratkan mata ke?sbb ramai yg ckp klau setiap hari selalu pakai lens bole memudaratkan mata n bole jadi buta?����

    BalasPadam
  31. first time pkai lens kwn tlong pkaikn.sblah ok..bila pkai lgi sblh mata terkejib2 n pengsan.skrng ny teringin nk pkai.adkah mta sy blh pkai lens

    BalasPadam
  32. Aqillah 01 Hamdan: Waalaikummussalam.
    Kalau sentiasa pakai, 24 jam dalam sehari dan pakai setiap hari memang bahaya. Ada masa kena buang kanta lekap ni dari mata. Kasihan pada mata, letih bila pakai lens ni.

    Memang bahaya. Tak boleh pakai setiap hari. Sha ada kawan yang doktor sahkan matanya dah tak boleh pakai contact lens selalu. Pembuluh matanya dah luka. Nasib baik cepat jumpa doktor dan ikut arahan doktor.

    Contact lens ni bahaya sebab ia sentuh terus pada bebola mata. Sebab tu aspek kebersihan kena jaga. Sebab tu kalau boleh, beli jenama yang dipercayai dan beli di kedai cermin mata sahaja.

    BalasPadam
  33. Riana Lara: Pengsan? OMG.
    Boleh je pakai. Tapi pasal pengsan tu yang rasa pelik sikit. Rujuk doktor la.

    BalasPadam
  34. Kalau jenama color soft OK x??saya blom buka lagi bru beli..blom pkai

    BalasPadam
  35. Sebaiknya tanya kpda yg pakar... Bnyk pantang larang dlm pengunaan contact lens yg user x ikut...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker