Langkau ke kandungan utama

Tips Cara-cara Menjadi Pegawai Terbaik di Tempat Kerja Baru

Sifat sombong pegawai

Sha nak kongsikan antara tips cara-cara menjadi pegawai terbaik di tempat kerja baru. Supaya tidak digelar pegawai sombong dan dibenci oleh bawahan. Sha share dahulu ya, tiada masa untuk rungkaikan satu persatu atau susun elok-elok.

SOALAN

Tips how to be a good leader ( Pegawai) sebab saya tak nak disebabkan pangkat ni kita rasa kita hebat, lebih baik atau sombong dengan orang lain sebab saya tahu sesungguhnya pangkat atau darjat itu hanyalah sementara & bila2 Allah boleh tarik balik.
Jadi, give me some tips ya.
~ Tips survive kat tmpt baru.
~ Tips deal dgn anak buah yang jauh lebih tua dari kita.
~ Tips on how to be a good leader.
~ Tips memberi arahan dan sebagainya.
Thank you.
Sedia berkhidmat untuk negara

1. Tahniah dan welcome on board as penjawat awam.
2. Ular menyusur akar tidak hilang bisanya…
Jangan sombong. Jika tak tahu, bertanya. Rajin² belajar walau dengan gred paling rendah sekalipun. Mereka lebih banyak pengalaman dan ilmu.
3. Must be a fast leaner. Kena cepat faham subject matter/ core business. Caranya? Zaman dulu istilah “bercakap dengan fail”. Zaman sekarang ada DDMS. Membacalah ye. Again, tak faham kena tanya.
4. Belajar daripada pengalaman. Jangan ulangi kesilapan yang sama.
5. Jaga hubungan baik dengan semua pihak (atasan mahupun bawahan).

Semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Selamat maju jaya.


Jadilah seorang leader, bukan seorang boss. Leader yang manage and lead by example, bukan yang hanya bagi arahan untuk anak buah ikut.
1. Gred tinggi bukan makna kita lebih baik daripada orang lain aka anak buah. Rendahkan ego, be humble and always thirst for knowledge. Belajar dari bawah hatta setakat cara nak guna mesin fotokopi. Tak faham sesuatu, pergi tanya kepada yang arif walaupun gred dia 11/19. Belajar semua yang ada dalam job description and gives yourself 3 months untuk faham cara kerja dan work flow.
2. Adat kali pertama kerja dengan orang - masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Be observant dan jangan sesekali judge characteristics orang lain lagi2 anak buah sendiri. Kalau ada masalah/anak buah buat silap, panggil dia masuk dalam, tanya dan tegur dia dengan cara yang berhemah. Anak buah buat salah, tapi kita sebagai pegawai kena backup dia dulu. Kita akui kesilapan anak buah sebagai kealpaan kita. Kenali semua orang dalam Jabatan termasuk ahli keluarga mereka dan kegemaran mereka. Raikan anak2 buah sekali-sekala dengan sedekah makanan sambil makan bersama mereka.
3. Apa pun yang berlaku, jangan masuk campur dengan gosip pejabat. Fokus untuk deliver the best for every single task given to us.
4. Sentiasa creative dalam buat kerja. You can create creative ways to enhance your delivery. Ada idea yang bagus, sentiasa cuba utarakan dengan berhemah. Raikan idea/pandangan anak2 buah juga supaya mereka berasakan diri mereka dihargai oleh bos mereka.
5. wujudkan perasaan sense of belonging and my office is my home. Bagaimana harmoni dan aman rumah sendiri, begitu juga dengan pejabat. hargai setiap aset yang ada dan guna sebaiknya. Jika ada kemudahan, gunakan sebaiknya. Jika tiada, mohon dengan admin pelan2. Kalau ada bajet, in Shaa Allah ada rezeki nanti dapat.
6. Cuba untuk stay di pejabat yang sama selama setahun atau lebih sebelum bertukar. Lebih cantik kalau dapat surat sah jawatan baru bertukar..Unless terdapat urgency untuk bertukar, barulah mohon pertukaran.

7. Always be true to yourself. Uphold integrity and accountability always. Akan ada satu masa nanti integriti dan akauntabiliti tuan akan dicabar. Pada waktu itu, just be firm on your decision yang dibuat setelah fikir masak2, berdasarkan hati nurani (instinct) and get support from your colleagues/seniors.
8. Last but not least, sekiranya ada kemahiran/bakat, jangan sembunyi. You'll never know which part of you makes you more outstanding than the others. Ramai orang kata, jangan tunjuk pandai dalam sesuatu nanti beban kerja bertambah. Pada saya, itulah yang lebih baik. Lagi banyak kita tahu, lagi banyak pengalaman kita kita, lagi banyak kemahiran kita. Walaupun kita kerja gov, multitalented people are always getting recognised and acknowledged.
Saya masih lagi setahun jagung dalam servis dan masih belajar untuk menjadi seorang pegawai yang baik dan disenangi anak buah 
☺️
Finally, tahniah kepada empunya post atas lantikan. Semoga dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang walau di mana saja ditempatkan..Selamat maju jaya, tuan!

--------------------------------------------------
Alhamdulilah, suka sangat orang yang berfikir macam ni sebelum dapat pangkat besar. Tahniah anda bakal menjadi leader yang baik.  

Letak tempat kita dalam kasut orang bawahan. Jangan guna kuasa autokratik. Jangann pandang rendah dengan orang bawahan. Banyak mendengar. 

Yang paling penting banyak baca cara pimpinan Rasulullah dan jaga hubungan dengan Allah. In sha Allah semua dipermudahkan. Saya gred 19 sahaja tapi boleh nampak mana pemimpin yang ada cara fikir yg baik dan open dan yang mana yang bossy.

Make sure you got that charismatic and perlu ada sedikit ‘gap’ between u and staff. Mcm hbgn bapa dan anak. Ketua jabatan saya terlalu banyak bergosip bersama staff dah jd kawan. Bila nk ambik tindakan terus xberani. Elakkan.

--------------------------------------------------
the best leader not only lead,but together with the team to work together..
bnde paling penting,tunjuk cth yg tbaik dulu..cth,jd yg pertama dtg ke pjbt,bos sy dulu selalu jd yg pertama dtg,so staff akn rs segan bile die dtg lmbt dr bos..sdgkn bos die dtg awl dr die..tu pengalamn sy bekerja dgn seorg bos yg sgt2 dedikasi..we follow the leader because of his good attitude.

jangan tindas org gred bawah , jangan sombong ,jangan berlagak. jangan lawan bos .tu je inshaAllah disayangi dan dihormati. 

Jangan terlampau berharap untuk anak buah respect awak tinggi. Tetap santai dan tegas ,rajin bergaul dgn anak buah jangan cepat cari salah orang . Jaga anak buah baik2 ,Insyallah awak akan di pandang baik oleh orang.

Hormat. Itu sahaja kunci berjaya, orang pun suka.

Jaga dan back up orang bawah elok-elok. Jangan bezakan pangkat dan darjat. Berkawanlah dengan orang pangkat bawah dari kita, jangan bezakan mereka walaupun gred 11 sekali pun dan anggap semuanya macam adik-beradik dan sentiasa menasihati jika ada kesalahan, bukan memarahi.

--------------------------------------------------

Leader ni bukan ketua tapi membimbing..yang berkerja bersama2..LEAD/bg tunjuk ajar pd mereka yg bkje dgn kita bkn dgn arahan sahaja..
Kat tempat baru kenal je dgn semua..ramah dan berbaik2 tapi kena berhati2 jgn terlalu baik smpai org xmenghormati kita
Yang ‘banyak makan garam’ dalam sesuatu jabatan bukan bermakna dia bagus tapi banyakkan bertanya. Berkomunikasi dengan mereka.

Sentiasa berniat baik utk melakukan sesuatu tugas..tahniah dan semoga Allah beri kemudahan kpd awak.

Jadi orang besar satu je.
Antara Amanah & Amarah .
Kena guna hati nurani utk buat keputusan. .dlm mana2 institusi akan wujud "brutal fact" dimana hanky panky akan berlaku ..penyelewengan. Pecah amanah . Kroni. Nepotism. Seniority...
Akan ada masa kita tersepit nk buat keputusan sbb akan melibatkan periuk nasik kita sdri.
Jadilah org atasan yg menjadi insan. Benda ni Susah nk jumpa.

pegang 1.. rendah diri.. jiwa besar.. bukan lembik..tpi rendah diri..ketegasan kepimpinan tetap kekal.

To always pegang, kau ni tak hebat mana and tak pandai mana but kau beritegriti. So kau usaha nak cedok ilmu dari yg bawahan tapi berpengalaman but at the same time, kau tegas dengan pendapat kau. Learn to compromise sebab idea kau bukan selalunya terpaling hebat.

Mohon jalankan tugas dengan sepatutnya. Jangan terlalu bergantung pada32, 36, 40 anda. Kelak anda akan menyesal. Bila kaduk naik junjung.

rezeki & amanah tu
Utk jadi Ketua yg baik takde tips yg perlu di ikut
Cukup ada jati diri & akhlak yg baik utk dicontohi..
Apa pun jangan ada favouritism terhadap staff.. Layan semua dengan adil.


Tip beri arahan/tip deal dengan yg tua dari kita. Selalu dalam ayat arahan tu kena ada perkataan 'tolong'/minta tolong'.

First thing first, bila datang, dalam sebulan dua, "perhatikan" gelagat organisasi, orang bawah, orang atas tu semua. Kedua, kekalkan hubungan profesional. Dua ni penting. Yg lain2 datang kemudian.


Sumber dari facebook. Sha simpan sini untuk rujukan diri sendiri jua. Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker