Proses mendapat Lesen JPJ |
Pertama: Mendaftar dengan Institut Memandu yang Berdaftar di Malaysia
Banyak institut yang ada menyediakan perkhidmatan mengambil lesen. Bermacam-macam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati.
Pilih juga tempat yang menyediakan perlaksaan ujian memandu yang mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turun ke tempat latihan institut tersebut. Ini akan mengurangkan rasa gugup anda sebab sudah terbiasa dengan litar yang ada. Kalau litar baru, mungkin anda akan pening dan blur sedikit.
Oh ya, fikirkan juga adakah institut memandu ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Anda belum memiliki lesen ye, jadi jangan memandai menunggang sendiri. Dicadangkan memilih institut yang menghantar dan menjemput anda. Tidak perlu menyusahkan orang lain kerana biasanya awal pagi calon perlu berada di tempat institut memandu.
Kalau kat Kedah ini paling top meletop ialah Ilmu Baru dan K.V.
Kedua: Membuat Pembayaran
Dicadangkan anda membuat pembayaran secara deposit, bukan lump sum (bayaran penuh) sebab benda ke depan kita tak tahu seperti anda kemalangan, sambung belajar, sakit, mati atau sebagainya.
Ketiga: Menghadiri Kelas (Ceramah) selama lima jam
Semasa dalam ceramah, anda tumpukan perhatian seratus peratus (100%) kepada apa yang disampaikan oleh tenaga pengajar. Kertas dan pen biasanya akan disediakan tetapi seeloknya bawalah buku dan pen untuk mencatat. Bukannya kertas, kerana kertas akan terbang atau letak mana-mana. Tetapi buku sudah nak terselit kat mana-mana.
Catatkan apa yang diajar dan kalau ada persoalan, jangan segan untuk bertanya. Pastikan anda betul-betul faham apa yang diajar. Ini penting untuk langkah seterusnya.
Keempat:Ujian Buta Warna
Anda akan diuji sama ada mengalami buta warna atau tidak. Jika anda tersilap menjawab satu soalannya, nama akan disenaraihitamkan. Untuk membersihkan nama, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk tujuan pengesahan tidak buta warna.
Kelima: Ujian Komputer
Sebelum anda bersedia menduduki ujian komputer, anda mestilah benar-benar boleh menjawab soalan yang bakal ditanya. Ada buku latihan yang dijual. Cubalah menjawab soalan-soalannya. Anda juga boleh menggunakan orang lain untuk bertanyakan anda soalan dan anda menjawabnya dengan yakin itulah jawapannya.
Nampak tak di sini, anda perlulah bersedia dan boleh menjawab soalan dengan jawapan yang betul seratus peratus. Kalau tidak yakin, studi lagi. Ingat betul-betul jawapannya kerana ada jawapan yang hampir sama tetapi yang dikira adalah jawapan tepat. Nama pun komputer, tak ada toleransi jawapan hampir sama. Studi betul-betul sebelum menduduki ujian komputer.
Markah lulus ialah 42 dari 50. Jika anda gagal, anda perlulah mengulangi ujian komputer dengan bayaran RM17. Membazir sahaja jikalau kita boleh lulus dengan cemerlang, tetapi kurang usaha sahaja. Lebih baik, studi betul-betul.
Aku dapat 47. Hehe~
Sebelum menduduki ujian Bahagian I, anda dikehendaki membayar RM10 untuk gambar yang akan diambil oleh JPJ. Tujuannya supaya jika lesen anda hilang JPJ ada bukti yang anda sudah menduduki ujian komputer. Harus diingat bahawa, gambar dan duit tidak dikembalikan kepada anda kerana masuk ke dalam sistem JPJ.
Bahagian II
Keenam: Kelas Teori dan Amali
Selesai ujian komputer dan anda lulus, masuk kelas semula. Tiga jam untuk Teori dan tiga jam untuk amali. Semuanya enam jam. Kat sini, kalau anda tidak faham, tidak boleh ke langkah seterusnya.
Apabila selesai kelas Asas pemanduan kenderaan, anda akan diberikan lesen L. Gambar bersaiz passport kena bagi ye, kalau belum bagi pada institut memandu. Lesen L ini hanya boleh bawa kenderaan di dalam litar sahaja. Tempoh laku lesen ini adalah 3 bulan sahaja. Jadi, bermakna anda perlu mendapatkan lesen P dalam jangka masa tiga bulan. Kalau melebihi 3 bulan, anda perlu memperbaharui lesen L.
Latihan Amali selama lapan jam
Ada tenaga pengajar yang akan tegur anda kalau ada buat salah. Tetapi seeloknya fahami dahulu dalam kelas yang diajar sebelum ini. Latihan amali ini, anda kena buat sampai yakin boleh buat tanpa ada kesalahan.
Tempah QTI dan Ujian JPJ
QTI adalah ujian cubaan untuk melihat keyakinan dan kesediaan calon. Kalau anda ada soalan, bertanyalah. Apabila lulus ujian QTI, anda bolehlah menempah untuk mengambil ujian JPJ yang sebenar. Usah cemas, takut. Buat macam biasa sahaja. Kan sudah banyak berlatih, 8 jam. Jika gagal ujian JPJ, kena bayar RM50 untuk ulangan.
Ada dua bahagian, iaitu Bahagian I (halangan - titi, kon, break kecemasan, bulan 8 dan jalan zig zag) manakala Bahagian II ialah jalan raya (periksa kenderaan, selekoh, isyarat berhenti, isyarat perlahan, bulatan round about, tongkat dua).
Tips lain untuk senang lulus:
Kalau pun korang datang seorang dan tiada kawan, buat kawan. Make a friends! Tak semua yang datang tu berteman. Ada ramai yang datang sorang-sorang dan tak ada teman. Apa kata anda sapa menyapa rakan yang sama nak ambil lesen dan berbincang mengenai cara-cara menduduki ujian JPJ.
Berselawat, berdoa, minta orang terdekat doakan, dan sebagainya.
Yakin diri dan senyum.
Selamat berjaya dan selamat memandu!
Rujukan: http://www.jpj.gov.my/penetapan-kadar-bayaran-bagi-lesen-memandu-kelas-b2
tag: lesen jpj motor, belajar motor, lesen P, nak ambil lesen, cara-cara buat lesen,
tengok blog ni, baru teringat kat lesen motor,
BalasPadambila tamatnyer eh??
huhu, kang tak pepasal kena saman.
dah la hari raya tu beraya sakan dengan motor tu. haha
(dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
~blogspot : rawatankanser2013
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam#area alor setar...klo ada yg twu bole info no wsap..0134987688..pnat dh cri tp xjmpa...hehe
Padam#area alor setar...klo ada yg twu bole info no wsap..0134987688..pnat dh cri tp xjmpa...hehe
PadamLokasi latihan kv area alor dekat mna ada/mendaftar kusus..
BalasPadamperubatan Khalifah: a ah kan.. kadang2 terlupa.
BalasPadamBuka seat? Roadtax kot, bukan lesen.
Faizal: Dekat bangunan depan fly over Kamdar. Depan lagi. Kira depan fly over yang nak ke Kolej Sultan Abdul Hamid.
BalasPadamFeeling nk ambil lesen dh lama.. Tp tgk mcm bnyk la pulak selok beloknya.. Haha.. MalasnyaðŸ˜
BalasPadam