Bayam duri |
Neem atau nama lainnya Mambu |
Demam campak atau cengkering boleh menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran dengan virus tersebut dan sistem ketahanan tubuh badan yang lemah.
Terdapat beberapa daun yang sesuai untuk merawat demam campak, semasa dan selepas campak habis keluar.
Pokok bayam duri. Cabut sampai keluar akar dan rendam ke dalam bekas air. Hasilnya, air rendaman tersebut terasa sedikit sejuk dan serangan virus dapat dipatahkan dari menjangkiti orang lain pula di dalam rumah tesebut.
Daun Neem atau Mambu. Selalunya berada di kawasan orang India kerana mereka menggunakan khasiat pokok ini.
Daun Cermai juga sesuai untuk dibuat bedak dan tempekkan ke seluruh badan setelah campak keluar habis dan susut (sembuh). Tujuan daun cermai dicampurkan ke dalam bedak sejuk atau beras yang dikisar adalah untuk menghilangkan parut campak.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.